Pertandingan Tertutup Badminton GWGF Piala Ketua Pegawai Operasi (En. Mohd Ismail Masri)

Assalamualaikum dan Salam 1 FELDA

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah melaksanakan pertandingan badminton tertutup piala Ketua Pegawai Operasi (En. Mohd Ismail Bin Masri). Pertandingan ini hanya melibatkan kaktingan GWGF lelaki sahaja. 

Misi :

  1. Mengeratkan silaturahim di antara kakitangan dan pihak pengurusan.
  2. Mencungkil bakat kakitangan untuk dibawa mewakili GWGF di dalam sukan FELDA.
Pertandingan pada edisi kali ini melibatkan 3 pasukan, yang mana cabutan undian dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi, YBrs. En. Mohd Ismail bin Masri.

Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Ismail Masri mencabut cabutan untuk undian pasukan.


 Ketua Jawatankuasa Pertandingan, En. Ishak Ismail (berdiri di white board) menerangkan aturan pertandingan.

Pertandingan ini telah dijalankan di Dewan Badminton Sukses, Seksyen 6 Shah Alam. Ia diajalankan pada setiap hari selasa.

Antara aksi pemain yang berentap dalam merebut Piala KPO.


Antara kakitangan GWGF yang berentap dalam cabaran merebut trofi KPO GWGF, En. Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari.


Ketua Pegawai Operasi GWGF, En. Mohd Ismail Masri turut hadir bagi memeriahkan perlawanan.

Semoga dengan adanya pengajuran kejohanan ini, dapat mencapai misi yang ditetapkan. Majulah Sukan Untuk Negara.



Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN