Felda tampung RM16,700 kos tanam semula peneroka

Felda tampung RM16,700 kos tanam semula peneroka
KUALA LUMPUR 20 Jun — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menampung sejumlah RM16,700 bagi kos setiap peneroka yang menanam semula kelapa sawit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Felda akan menampung perbezaan jumlah caruman penuh bagi setiap peneroka rancangan sawit dengan kos bagi tanam semula sawit.

"Jumlah caruman penuh bagi setiap peneroka rancangan sawit dalam tempoh 20 tahun ialah RM9,600, manakala kos tanam semula sawit ialah RM2,630 seekar atau RM26,300 bagi 10 ekar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (Pas-Pendang) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad berkata, bagi rancangan-rancangan yang telah selesai penanaman semula kali pertama, Felda telah mewujudkan tabung untuk caruman peneroka bagi program tanam semula kali kedua.

Program tanam semula kali kedua itu akan dibiayai melalui caruman yang dikutip dan kutipan untuk caruman itu adalah sebanyak RM12 seekar sebulan kepada peneroka, katanya.

Beliau berkata, bagi peneroka tanaman asal iaitu getah, mereka tidak mencarum dalam caruman tanam semula kerana kos bagi kerja-kerja penanaman semula ini akan dibiayai oleh Wang Bantuan Risda yang kemudiannya dibayar kepada peneroka melalui Felda. — Bernama
Read More

JAWATAN KOSONG DI GWGF !!

JAWATAN KOSONG DI GWGF !!
1. Setiausaha
- mempunyai diploma/degree kesetiausahaan, pengurusan pejabat @ berkaitan
- pengalaman sekurang 2 tahun sebagai setiausaha
- anak felda

2.Pengurus Sumber manusia
- degree sumbermanusia @ berkaitan
- pengalaman sekurangnya 5 tahun dalamsumbermanusia
-anak FELDA

3. Pegawai perhubungan wilayah Alor Star
- mempunyai diploma/degree
- anak FELDA wilayah alor star

HANTARKAN RESUME KE EMEL ukerjaya@gwgf.org.my atau pos ke GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA, TINGKAT 9, WISMA SUNWAYMAS, NO 1, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH C9/C, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR
Read More

GWGF anjur program Jom Masuk U

GWGF anjur program Jom Masuk U
MARAN 7 Jun - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menganjurkan program 'Jom Masuk Universiti' dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kemasukan sesi akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerjasama pihaknya dengan universiti itu adalah selaras dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Menurut beliau, program itu akan membantu pelajar Melayu berkelayakan dan daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 sebulan supaya dapat melanjutkan pengajian di UiTM.

"Seramai 317 sukarelawan GWGF di setiap tanah rancangan Felda akan turun padang mencari pelajar miskin yang mempunyai kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Abdullah berkata, program itu merupakan tanggungjawab pertubuhan tersebut membantu generasi baru Felda untuk mendapatkan tempat pengajian di universiti berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi akan ditawarkan mengikuti dua kursus pra diploma iaitu perdagangan dan sains.

Tambah beliau, mereka perlu mendaftar dengan sukarelawan GWGF yang ditempatkan di setiap tanah rancangan Felda.

Beliau berkata, mereka yang terpilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan mengikuti pengajian pada peringkat tersebut selama enam bulan secara percuma.

sumber : Utusan Malaysia edisi Pahang, 08 jun 2011
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN