LAWATAN KUNJUNG HORMAT GWGF KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA ; YBHG. DATUK HAJI ARISS SAMSUDIN, AHLI MAJLIS MARA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

GWGF TERUSKAN LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) meneruskan kunjung hormatnya ke atas generasi baharu FELDA yang berjaya dalam bidang masing-masing dan kali ini memilih Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera MARA bagi tujuan tersebut.

Delegasi GWGF yang menyertai kunjung hormat ini diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar. Turut serta beberapa pegawai antaranya, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Mohd Ismail Masri; Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan; Mohamad Firdaus Sahat, Setiausaha Eksekutif dan Muhammad Hafiz Hj. Bahari, Eksekutif Perhubungan Korporat.

Datuk Haji Ariss Samsudin, merupakan anak peneroka dari FELDA Ulu Tebrau, Wilayah Johor Bahru dan sebelum menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis MARA, beliau antara ikon yang tidak asing dalam arena politik di selatan tanah air iaitu Johor Bahru dengan mejawat beberapa jawatan dalam UMNO. Antaranya beliau pernah menyandang jawatan Exco Pemuda UMNO selama 6 tahun bermula pada tahun 1990. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong selama 12 tahun dan kemudian menyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Parit Sulong seterusnya pernah menjadi Yang Berhormat di kawasan ADUN Semerah selama 2 penggal. Namun beliau cukup disenangi oleh semua lapisan masyarakat di kawasan tersebut meskipun bukan lagi bergelar Yang Berhormat.

Beliau kemudian telah dilantik menjadi Ahli Majlis MARA dan bersama-sama YB. Tan Sri Anuar Musa, Pengerusi MARA dalam bersama memartabatkan MARA ke peringkat antarabangsa dan dikenali seluruh dunia sehingga kini.

Seiring dengan objektif kunjungan hormat GWGF yang bertujuan berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak FELDA yang berjaya, Datuk Haji Ariss turut memberi beberapa buah fikiran, terutamanya berkaitan dengan MARA dalam membantu Generasi Baru FELDA khususnya.

Antara buah fikiran yang dilontarkan ialah, pihak MARA amat mengalukan sebarang bentuk kerjasama dengan GWGF dalam melaksanakan aktiviti – aktivti kemasyarakatan yang memberi manfaat bersama kepada generasi FELDA dan antara lain adalah bersama-sama membina minat generasi FELDA dalam bidang keusahawanan dalam membantu meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi orang FELDA. Tambah beliau lagi, pihak-pihak lain khususnya badan-badan korporat dan GLC harus membantu masyarakat luar bandar khususnya masayarakat FELDA, kerana masyarakat FELDA adalah penyumbang utama kepada undi Barisan Nasional.

Pada pertemuan yang sama juga, beliau telah menekan beberapa aspek kepada GWGF sebagai sebuah badan bukan kerajaan ialah dengan membantu kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak dalam bersama menepis segala tohmahan yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Pegawai Perhubungan Korporat GWGF, Muhammad Hafiz Hj. Bahari menyatakan idea kunjung hormat ini telah diilhamkan oleh Presiden GWGF, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Kunjung hormat GWGF telah dimulakan pada awal tahun 2014 dan sehingga oktober 2015 sudah lebih 30 orang generasi FELDA yang berjaya ditemui dari pelbagai bidang seperti usahawan, ahli politik, ahli korporat, penjawat awam dan sebagainya










































Muhmammad Hafiz Haji Bahari
Pegawai Perhubungan Awam
Gabungan Wawasan Generasi FELDA

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN