MERAIKAN HARI JADI KAKITANGAN GWGF PADA 7 DISEMBER 2016

MERAIKAN HARI JADI KAKITANGAN GWGF PADA 7 DISEMBER 2016
SHAH ALAM, 7 DISEMBER 2016 ; Gabungan Wawasan Generasi FELDA telah menyambut hari kelahiran kakitangan pada hari ini, iaitu Puan Nurazilah binti Abd. Rashid. Beliau merupakan pegawai khas kepada COO GWGF Berhad.

Dalam majlis yang ringkas ini turut disertai oleh YBhg. Dr. Abdul Rahim Aw. Kechik, COO GWGF Berhad dan En. Mohd Ismail Masri, COO GWGF Malaysia.



YBhg. Dr. Rahim dalam ucapanya telah menekankan bahawa bersatu dalam melaksanakan kerja akan memberikan banyak kelebihan dan beliau turut menyarankan agar setiap kakitangan mempertingkatkan potensi diri untuk masa hadapan.


Gabungan Wawasan Generasi FELDA mengucapkan selamat hari lahir kepada Puan Nurazilah Abd Rashid. Semoga diberikan nikmat kesihatan dan juga ruang rezeki yang murah.



Read More

GWGF MELAWAT ANAK CIKGU SITI HAJAR AKIBAT KEMALANGAN

GWGF MELAWAT ANAK CIKGU SITI HAJAR AKIBAT KEMALANGAN
KUALA LUMPUR ; Ziarah kasih kepada Puan Siti Hajar Cikgu Vokal , Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Keseniaan FELDA (PERKESAN) di atas musibah yang ditimpa oleh anak beliau iaitu adik Muhammad afif (16 tahun) akibat kecelekaan jalan raya pada lewat pagi semalam.
Ziarah kasih ini diketuai oleh Leftenan Kolonel (K) Datuk Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF dan turut disertai oleh YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timbalan Pengarah Kanan, Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri bagi mewakili Pengurusan Seranta Felda & Sekretariat GAPROF.
Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat ilahi semoga adik afif terus kuat dalam menangani segala komplikasi ke atasnya dan di doakan agar Cikgu Siti Hajar dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah Taala.


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF menyerahkan cenderahati kepada Cikgu Siti Hajar Ismail, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian FELDA (PERKESAN)


YBhg. Datuk Haji Abdullah diberi kesempatan untuk melawat Afif di ICU HKL



YBhg. Datuk Haji Abdullah turut berbincang berkenaan isu-isu semasa FELDA bersama YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timbalan Pengarah Kanan Seranta FELDA, JPM


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, mendengar perkembangan keadaan Adik Afif dari Cikgu Siti Hajar


Kehadiran YBhg. Datuk diiringi oleh En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF


En. Halim Sohod, bapa kepada adik Afif memberi penerangan berkenaan perkembangan anaknya.


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar mendengar penerangan daripada Cikgu Siti Hajar berkenaan perkembangan adik Afif.



Read More

PENGARAH URUSAN GWGF HADIR MERAIKAN PASANGAN RAJA SEHARI KAKITANGAN GWGF

PENGARAH URUSAN GWGF HADIR MERAIKAN PASANGAN RAJA SEHARI KAKITANGAN GWGF

BATU CAVES, 5 DISEMBER 2016 : Pengarah Urusan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) YBhg. Leftenan Kolonel (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar hadir meraikan kakitangan GWGF iaitu Sdr. Farhan pemandu kepada Pengarah Urusan. Kehadiran YBhg. Datuk telah disambut oleh seluruh ahli keluarga Farhan.

Majlis perkahwinan telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 4 Disember 2016, namun kekangan masa YBhg. Datuk tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Namun YBhg. Datuk tetap hadir pada hari berikutnya dalam meraikan pasangan mempelai ini.

YBhg. Datuk turut menitipkan pesanan agar menjaga rumah tangga dengan sebaiknya dan jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikon dalam rumah tangga untuk kekal harmoni.

Turut hadir bersama adalah En. Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Penolong Pengurus Bahagian Pentadbiran GWGF dan En. Mohamad Firdaus Sahat, Pegawai Khas kepada YBhg. Datuk.

Gabungan Wawasan Generasi FELDA mengucapkan setinggi tahniah kepada Sdr. Farhan di atas perkahwinan yang telah dilangsungkan.




YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar menyerahkan sumbangan kepada ayah Sdr. Farhan


Turut hadir bersama adalah YBhg. Datin dan anak-anak YBhg. Datuk


YBhg. Datuk merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menerima kehadirannya








Read More

KELAB STORM RIDER GWGF TELAH MENGANJURKAN FIESTA BIKERS 2016 DENGAN KERJASAMA KOPERASI JPJ SELANGOR BERHAD, SKUAD MUDA 1JPJ NEGERI SELANGOR

KELAB STORM RIDER GWGF TELAH MENGANJURKAN FIESTA BIKERS 2016 DENGAN KERJASAMA KOPERASI JPJ SELANGOR BERHAD, SKUAD MUDA 1JPJ NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 13 NOVEMBER 2016 ; Kelab Storm Rider GWGF merupakan salah sebuah badan yang bergabung di bawah Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF). Antara matlamat utama kelab ini ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan dan membangunkan sukan bermotor di peringkat FELDA dan masyarakat awam di seluruh Malaysia, mengekalkan hubungan dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan bagi sukan bermotor.

Koperasi JPJ Selangor Berhad, Skuad Muda 1JPJ Negeri Selangor dan Kelab Storm Rider GWGF telah menganjurkan Fiesta Bikers 2016 dan Karnival JOM JPJ Negeri Selangor yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam baru-baru ini.  Penganjuran ini telah memasuki tahun kedua dan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Fiesta Bikers 2016 telah diadakan selama 2 hari yang bermula pada 12 November hingga 13 November 2016. Seramai 15,000 pemilik motorsikal berkuasa besar dan kecil dari seluruh negara membanjiri Stadium Shah Alam serta konvoi perarakan masuk motorsikal diketuai oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Penaung Kelab Storm Rider GWGF merangkap Pengerusi Skuad Muda 1 JPJ Negeri Selangor dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Nadzri Siron, Ketua Pengarah JPJ Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ismail Ahmad, Pengerusi Skuad Muda 1 JPJ Malaysia dan Tuan Nazli Md Taib Pengarah JPJ Negeri Selangor.

Program pada kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nadzri Siron, Ketua Pengarah JPJ Malaysia dan dalam ucap utama perasmian, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kelab Storm Rider GWGF di atas komitmen yang ditunjukan bagi menjayakan Fiesta Bikers 2016 pada kali ini.

“Tambah beliau lagi, penglibatan secara langsung Kelab Storm Rider GWGF dalam Fiesta Bikers 2016 pada kali ini menunjukkan bahawa kelab ini amat serius dalam membantu kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat berkenaan dengan keselamatan jalan raya bagi membendung aktiviti-aktiviti kurang sihat terhadap golongan mat-mat motor yang sinonim dengan gejala rempit dan sebagainya.”

 Dalam majlis ini juga, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Penaung Kelab Storm Rider GWGF memohon kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menurunkan kos membuat lesen demi menarik lebih ramai penunggang motorsikal memiliki lesen yang sah, sekali gus meringankan beban dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan golongan berkenaan.

Selain itu juga, komitmen YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ingin mewujudkan Bengkel Motorsikal 1 Malaysia yang dijanjikan pada penganjuran Fiesta Bikers 2015 yang lalu diterjemahkan melalui pengiktirafan daripada YAB Perdana Menteri yang telah  merestui cadangan ini dijalankan. Sehingga kini di negeri Selangor terdapat 3 Bengkel motorsikal 1 Malaysia iaitu di Kayu Ara, Damansara, Kampung Sungai Udang, Klang dan Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Sebelum penganjuran Fiesta Bikers 2016 kali ini telah diadakan “road tour’ ke setiap daerah di negeri Selangor bagi mempromosikan Fiesta Bikers 2016 dan memberi penerangan berkenaan nilai-nilai murni kemanusian supaya masyarakat setempat tidak memandang sinis kepada golongan bermotorsikal ini yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Borhanudin Ramli, Presiden Kelab Storm Rider GWGF dan En. Mohd Farid Jamsari, Presiden Storm Rider Junior Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir seperti pameran dan edaran risalah mengenai keselamatan jalan raya dan cara penunggangan motosikal yang selamat dari pihak jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), kaunter bergerak serta kaunter pendaftaran keahlian Skuad Muda 1JPJ dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pameran dan pendaftaran keahlian Kelab Storm Rider GWGF dan Kelab Storm Rider Junior Malaysia. Selain itu juga terdapat promosi-promisi diskaun saman yang dijalankan oleh JPJ bagi menggalakkan masyarakat setempat menjelaskan saman.


Kelab Storm Rider GWGF mengharapkan dengan penganjuran program ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara penunggang motorsikal yang hadir. Selain itu juga program ini akan mengeratkan hubungan antara orang awam dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sering menganggap bahawa JPJ adalah sebuah agensi yang tidak disenangi ramai kerana melibatkan penguatkuasaan undang-undang.

Penaung Kelab Storm Rider GWGF YBhg. Tan Sri Rozali Ismail memberi ucap utama Fiesta Bikers 2016


Aksi Stunt dari Sdr. Gabit Salleh dengan motorsikal KTM Duke


Auto Show kereta


Ahli Storm Rider Junior Malaysia berkonvoi sehingga ke Stadium Shah Alam


Aweera sedang buat persembahan


Dato' Nash buat persembahan dengan diiringi oleh Man Kidal


Pemandangan dari atas penglibatan peserta yang hadir


YBhg. Tan Sri Rozali Ismail bersama dengan Ketua Pengarah JPJ Malaysia YBhg. Datuk Nadzri Siron dan Pengerusi Skuad Muda 1 JPJ Malaysia YBhg. Datuk Seri Ismail Ahmad



Kumpulan motor Ladies Bikers memenangi konvoi terbaik


Penyerahan mock up sijil Bengkel 1 Malaysia


Penyerahan cenderahati kepada wakil-wakil penaja

Read More

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN
PUTRAJAYA, 03 November 2016.: Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) di bawah SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN yang melibatkan graduan-graduan Generasi FELDA dari universiti awam. Kluster Ekonomi dan Keusahawanan yang di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ini berfungsi untuk menjana idea dan saranan bagi memperkasakan kemajuan FELDA melalui usaha-usaha kompilasi idea dan sinergi ilmu khususnya dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan. Majlis Pra Pelancaran yang diadakan ini turut mendapat kerjasama daripada FELDA, Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)


Mentor Kluster Ekonomi dan Keusahawanan

Dari kiri : Dato' Haji Amran Mohamad, Dato' Md. Azemi Haji Mahat, Kapten (B) Haji Rosdin Abas, En. Zaki Abdul Halim, Prof. Madya. Dr. Haji Sharifudin, Haji Nasir Khan Yahaya


Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timbalan Pengarah Kanan, Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri


En. Azrel Izad bin Md Nordin, Setiausaha GAPROF turut bersama memberi penerangan berkaitan GAPROF


Wakil Generasi FELDA dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Sharifudin Mentor USIM memberi pandangan serta idea.


YBhg. Dato' Haji Amran Mohamad, Mentor UTM turut memberi pandangan


Wakil Generasi FELDA dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Wakil Generasi FELDA dari Universiti Malaya (UM)


En. Fazrin Zamani, juru video untuk mesyuarat pada kali ini


En. Mohd Ismail Masri, Penyelaras program memberi penerangan berkenaan Pertandingan mencipta idea perniagaan.


En. Mohd Ismail Masri, Penyelaras program memberi penerangan berkenaan Pertandingan mencipta idea perniagaan.


En. Mohamad Firdaus Sahat, Ahli Jawatankuasa Kerja sekretariat turut hadir bersama.


YBhg. Dato' Haji Amran mendengar penerangan berkenaan program yang akan dijalankan


YBhg. Encik Janudin Bakar dari UKM-CESMED (baju maroon) memberi pandangan berkenaan Pertandingan Membina Idea Perniagaan ini.


YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat, Mentor UiTM turut mengetengahkan pendapat berkenaan program ini.


YBhg. Kapten pengerusi majlis mendengar setiap isi dan cadangan yang dikemukakan


YBhg. Prof. Dr. Razmi Chik dari Masmed UiTM (berdiri), memberi pandangan berkenaan skim pemarkahan yang dibuat.


Group Foto bersama Mentor dan Generasi FELDA


Read More

KLUSTER EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN GAPROF SERANTA FELDA JPM ANJURKAN MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN.

KLUSTER EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN GAPROF SERANTA FELDA JPM ANJURKAN MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN.



KLUSTER EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN GAPROF SERANTA FELDA JPM ANJURKAN MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN.

PUTRAJAYA, 03 November 2016.: Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) di bawah SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN yang melibatkan graduan-graduan Generasi FELDA dari universiti awam. Kluster Ekonomi dan Keusahawanan yang di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ini berfungsi untuk menjana idea dan saranan bagi memperkasakan kemajuan FELDA melalui usaha-usaha kompilasi idea dan sinergi ilmu khususnya dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan. Majlis Pra Pelancaran yang diadakan ini turut mendapat kerjasama daripada FELDA, Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Matlamat utama program ini diadakan untuk memacu kelestarian FELDA bagi mencapai matlamat Aspirasi FELDA Glokal yang dicetuskan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan penglibatan para cendekiawan generasi baru FELDA selaras dengan perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Inisiatif yang diambil oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, GAPROF adalah memberikan pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan dalam pelbagai aspek perniagaan. Selain daripada itu Tan Sri Rozali Ismail turut berpandangan program seperti ini akan melahirkan golongan generasi FELDA sebagai usahawan yang berjaya dengan bimbingan mentor-mentor yang berkelayakan dan berjaya dalam bidang perniagaan.
Rentetan Pelancaran dan Perlantikan Mentor dalam Bengkel “Jom Berniaga” yang di anjurkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, sebagai Pengerusi Kluster Ekonomi & Keusahawanan GAPROF pada 31 Mei 2016 yang lalu, satu pertandingan mencipta idea-idea dalam perniagaan yang boleh diimplimentasi akan dilaksanakan yang melibatkan pelajar-pelajar universiti awam tempatan.

Pada peringkat fasa pertama universiti awam yang terlibat adalah seperti berikut :
  • 1.    Universiti Malaysia (UM)
  • 2`` Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • 3.    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 4.    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • 5.    Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • 6.    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dalam majlis ini juga, Kluster Ekonomi dan Keusahawanan GAPROF akan menawarkan pelbagai latihan termasuk ‘start up capital’ bagi perniagaan yang terpilih dalam pertandingan  mencipta idea perniagaan ini. Para peserta akan mula membentangkan idea perniagaan yang dirancang seawal Januari 2017 dan dijangka pembentangan idea perniagaan akan dilaksanakan di negeri Pahang dan Johor.

Selain itu juga, mentor-mentor yang telah dilantik akan membantu peserta-peserta daripada universiti awam ini dalam menjalankan penyelidikan serta gerak kerja bagi memastikan idea perniagaan yang dihasilkan dapat dikomersialkan untuk masa hadapan dan memberi impak kepada masyarakat seperti mampu mewujudkan peluang perniagaan dan sebagainya.
Dengan bimbingan khusus ini diharapkan agar semua peserta memahami segala ilmu dan kemahiran keusahawanan yang diberikan, supaya ianya boleh diaplikasi dalam dunia perniagaan sebenar.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan membantu sektor ekonomi orang Melayu khususnya generasi FELDA dalam meneruskan kehidupan serba mencabar dan membuktikan bahawa generasi FELDA mampu berjaya dan bersaing dengan kuasa besar dunia korporat.

TAN SRI ROZALI ISMAIL
PENGERUSI
KLUSTER EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF)

Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Read More

Perumahan Generasi Ke-Dua FELDA : GWGF Mohon Penjelasan

Perumahan Generasi Ke-Dua FELDA : GWGF Mohon Penjelasan


SHAH ALAM, 25 September 2016 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) kesal dengan kelewatan FELDA menyiapkan projek perumahan generasi FELDA walaupun telah diumumkan YAB Perdana Menteri 4 tahun lalu.

Acap kali disuarakan oleh Generasi ke dua FELDA berkenaan isu perumahan generasi ke-2 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak 20,000 unit yang masih gagal dilaksanakan oleh FELDA bagi memenuhi keperluan generasi FELDA untuk memiliki rumah.

Walaupun FELDA dikatakan ‘terlebih mampu’ untuk menyediakan dan menyegerakan projek perumahan ini, namun kegagalan FELDA dalam perkara ini menjadi tanda tanya. Adakah FELDA tiada kontraktor yang berkebolehan atau dana yang sepatutnya diperuntukan untuk tujuan ini digunakan untuk perkara lain.

Jangka masa yang lama diambil oleh FELDA ini sememangnya perlu diteliti. Kepakaran pengurusan juga perlu diambil berat kerana FELDA adalah aset penting kepada pembangunan negara.

Pentadbiran FELDA mestilah bersikap objektif, produktif dan komited dalam menangani isu ini dan bukan seperti melepaskan batuk ditangga dan memberikan janji-janji manis tanpa ada tindakan segera dilaksanakan.

Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mendengar rungutan generasi FELDA dalam pebagai peringkat, GWGF ingin memohon dan mendesak FELDA untuk lebih ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab kepada seluruh generasi FELDA yang mengharapkan pengurusan yang lebih cemerlang dalam semua aspek pengurusan khususnya isu perumahan ini.

Oleh itu, pengurusan tertinggi FELDA juga harus sentiasa turun ke tanah-tanah rancangan FELDA untuk mendengar rungutan-rungutan generasi FELDA dan  bukan membiarkan isu yang kecil diperbesarkan sehingga menjadi barah yang merebak akhirnya merugikan FELDA dan kerajaan.

FELDA juga mestilah bekerjasama erat denga NGO-NGO FELDA dalam menangani pelbagai isu yang ditimbulkan supaya badan-badan NGO ini sedikit sebanyak dapat membantu FELDA melancarkan pengurusan mereka.

Jesteru itu, GWGF mendesak untuk FELDA memberikan penjelasan berkenaan kelambatan menyiapkan projek perumahan ini dengan seberapa segera.

MOHD ISMAIL MASRI
Setiausaha

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Read More

PERBINCANGAN BERSAMA SERANTA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI

PERBINCANGAN BERSAMA SERANTA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA, 20 September 2016 ; Gabungan Wawasan Generasi Felda di ketuai oleh YBhg. Dr. Abd. Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad dan En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia hadir ke Ibu Pejabat Seranta FELDA untuk bertemu YBhg. Dato' Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta FELDA JPM.


Pertemuan tersebut adalah membincangkan program berkenaan Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, GAPROF yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Ianya adalah rentetan daripada program Bengkel 'Mari Berniaga' yang dilaksanakan tempoh hari.



Turut bersama wakil Seranta Felda dalam perbincangan ini adalah YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timb. Pengarah Kanan Seranta FELDA. Sdr Azrel Izad bin Mohamed Nordin, Penolong Pengarah (Seksyen Latihan & NGO's) dan Sdr. Ery Rozairi Ismail, Pegawai Seranta.









Bahagian Perhubungan Korporat 
Gabungan Wawasan Generasi Malaysia (GWGF)

Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN