Masyarakat FELDA Perlu Anjakan Paradigma Positif

Masyarakat FELDA Perlu Anjakan Paradigma Positif

 Masyarakat FELDA Perlu Anjakan Paradigma Positif

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa warga Felda termasuk peneroka supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak tertentu yang berniat menimbulkan masalah dan perbalahan dalam kalangan mereka pada majlis Semai Bakti Felda 2012.

GWGF berpendapat warga peneroka perlu lebih arif dalam menilai sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk mengelirukan dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Sekiranya ini tidak di lakukan secara berterusan, maka pihak lain akan mengambil kesempatan dan menjatuhkan imej FELDA sendiri khususnya dan kerajaan amnya.

Oleh itu, GWGF amat bersetuju dengan pendekatan melalui turun padang sebagai langkah berkesan  yang perlu dipergiatkan bagi menghalang pihak lain yang mempunyai agenda tersendiri untuk mengambil peluang ke atas warga FELDA terutamanya para peneroka. Aktiviti-aktiviti turun padang dapat memberi peluang dan ruang kepada pihak peneroka berkongsi rintihan atau masalah yang dihadapi serta dapat memberi perhatian serius kepada peneroka dan seterusnya menangani punca masalah yang sebenar.
Sesungguhnya warga FELDA tidak perlu gusar dengan pelbagai perancangan yang diatur kerajaan kerana semuanya bertujuan bagi mengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial di FELDA. Untuk itu, GWGF berharap agar semua warga FELDA  berubah sikap ke arah menjadi aset yang berupaya membina satu pasukan yang bersatu padu bagi melestarikan FELDA ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, pemikiran kreatif dan inovatif dari generasi baru FELDA amat diperlukan negara hari ini kerana terbukti peranan mereka penting bagi menutup ruang anasir-anasir luar yang berhasrat memecah-belahkan masyarakat FELDA .Sokongan dari mereka juga dapat dijadikan benteng pertahanan yang utuh bagi mengekalkan kemakmuran dan kemajuan generasi FELDA pada masa akan datang.

GWGF akan turut serta membantu FELDA agar nasib masyarakat FELDA ini terus dibela serta tidak dibelenggu kemiskinan. Pelbagai program akan dianjurkan bagi membantu mereka membuka minda dalam menerima setiap pembaharuan yang bakal berlaku.


Read More

Projek Sentuhan Kasih FELDA Bukti Kasih Kerajaan kepada Warga FELDA

Projek Sentuhan Kasih FELDA Bukti Kasih Kerajaan kepada Warga FELDA

Projek Sentuhan Kasih FELDA Bukti Kasih Kerajaan kepada Warga FELDA

Gabungan Wawasan Generasi Baru FELDA (GWGF) mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kesungguhan serta komitmen dalam usaha transformasi paradigma generasi baharu FELDA sekaligus berjaya membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mungkir janji menerusi penyempurnaan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5, 000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta pada Majlis Himpunan Generasi Baru Felda di Universiti Teknologi MARA yang dihadiri 12,000 belia dari seluruh tanah rancangan FELDA di Malaysia.
Selain itu, GWGF menyokong penuh pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak bagi Projek Sentuhan Kasih untuk generasi kedua FELDA dengan peruntukan  RM120 juta bagi membina rumah menggunakan kaedah pasang siap melalui Industri Building System (IBS). Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Melalui ucapan YAB Perdana Menteri, rumah untuk generasi kedua peneroka akan dijual dengan harga RM70, 000 seunit dengan ansuran bulanan pinjaman bank kira-kira RM360. Sejumlah 300 unit rumah yang akan dibina di tanah rancangan Felda di Besut, Terengganu; Chini Timur 2, Pahang; dan Tenggaroh, Johor; pada penghujung tahun ini adalah permulaan dan langkah yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua generasi kedua peneroka. Langkah ini dapat memberi sinar baru kepada generasi baru FELDA untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan masing-masing.
Dalam pada itu, pembinaan rumah generasi baru perlu dipercepatkan dan kerajaan perlu membuat ‘laluan hijau’ bagi mempercepatkan proses pembinaan. Ini penting kerana rata-rata generasi baru perlu dibantu terutamanya proses mendapatkan pinjaman perumahan.Jika amalan sekarang digunapakai oleh bank –bank perdagangan yang ada, GWGF lihat ramai lagi generasi yang tidak dapat memiliki rumah sendiri dan ini akan merencatkan pemilikan rumah oleh mereka. Seharusnya mereka ini dibantu atau setidak-tidaknya diberi penerangan berkaitan pinjaman yang mudah untuk mereka dapatkan. Jika peneroka diberi RM40, 000 sebagai pinjaman perumahan tanpa faedah, maka kerajaan atau FELDA perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mereka mendapat pinjaman. Kita tidak mahu objektif pembinaan ini gagal mencapai hasrat Perdana Menteri.

Sentuhan Kasih FELDA ini jelas dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Secara dasarnya, kejayaan penubuhan Felda tidak hanya dinikmati oleh hanya generasi pertama, akan tetapi dapat dinikmati hingga ke generasi baharu. Semoga nikmat kemudahan yang dinikmati pada hari ini akan berkekalan hingga ke generasi seterusnya.

Read More

Generasi Kedua Felda Tersenyum Lebar, Pemberian 'Durian Runtuh' Fasa 3 November Ini

Generasi Kedua Felda Tersenyum Lebar, Pemberian 'Durian Runtuh' Fasa 3 November Ini

Generasi Kedua Felda Tersenyum Lebar, Pemberian 'Durian Runtuh' Fasa 3 November Ini


Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkenaan pemberian ‘Durian Runtuh’ fasa ketiga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM563 juta.

Pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM5,000 bagi satu keluarga untuk pusingan ketiga kepada generasi kedua peneroka Felda akan mula diagihkan mulai 10 November ini.  Ia akan diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda, yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pengumuman ini melegakan Generasi Kedua FELDA kerana bagi mereka berita ini diumumkan tepat pada masanya memandangkan sudah sekian lama mereka sabar menanti ‘Durian Runtuh’ Fasa 3 ini. Melalui tinjauan GWGF, ramai di antara mereka yang masih was-was serta menunggu dalam keadaan tidak pasti bilakah durian runtuh ini akan diberi. Maka, dengan pengumuman ini slogan kerajaan bahawa ‘janji ditepati’ adalah benar dan tidak perlu diragui lagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kerajaan melalui FELDA di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada generasi baru FELDA hari ini.

Sesungguhnya pemberian ini adalah satu bonus tanda ucapan terima kasih kerajaan atas kerja kuat dan juga komitmen generasi baru FELDA dalam membangunkan tanah rancangan FELDA bersama ibu bapa masing-masing.  Untuk itu, GWGF berharap agar Generasi Baru FELDA yang tinggal di tanah rancangan FELDA atau di Lembah Klang dapat turun beramai-ramai bagi memeriahkan acara selama tiga hari ini  dan sekaligus membuktikan sokongan mereka terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri.

GWGF menyeru dan mengingatkan warga FELDA agar sentiasa berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja durian runtuh ini. Selain itu, pembahagian secara adil, saksama dan muafakat adalah penting bagi mengukuhkan lagi institusi keluarga di tanah rancangan FELDA. Elakkan perselisihan faham serta tidak puas hati dalam pembahagian duit ini. Semoga manfaat dari durian runtuh ini akan merancakkan lagi sektor ekonomi dan mengukuhkan lagi institusi keluarga di FELDA.


Read More

Bajet 2013 Nasib Generasi Baru FELDA Terbela

Bajet 2013 Nasib Generasi Baru FELDA Terbela

Bajet 2013 Nasib Generasi Baru FELDA Terbela

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)  menyambut baik usaha kerajaan bagi merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khasnya FELDA seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat.

Projek perumahan generasi baru FELDA sebanyak 20,000 unit yang akan dibina untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion adalah satu langkah yang perlu bagi menambahbaik sistem sosial dan ekonomi masyarakat FELDA.

Pengumuman ini sedikit sebanyak memberi wajah baru kepada generasi baru FELDA kerana berita seperti ini sudah lama dinanti-nantikan oleh mereka sekaligus menghilangkan terus kegusaran yang sentiasa menjadi persoalan memandangkan mereka ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan bekerja di ladang serta tidak mempunyai tempat tinggal sendiri.

GWGF berharap segala perancangan dan pembinaannya akan dipermudahkan dan tidak seperti projek perumahan komersial yang lain khasnya dalam urusan permohonan kelulusan pinjaman bank.  Ini kerana masalah perumahan generasi baru FELDA berdasarkan kajian GWGF adalah sangat mendesak dan berlaku dihampir setiap tanah rancangan FELDA. Jadi, kita perlu mempercepatkan proses pembinaannya dan mengelak dari berlakunya birokrasi apabila cadangan dibuat.
Selain itu juga, GWGF berharap agar FELDA dapat bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berhasrat membantu membina perumahan generasi FELDA dengan membina infrastruktur seperti jalanraya , bekalan air dan elektrik dengan percuma.

Selain itu, Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan membuktikan bahawa peranan FELDA bukan hanya kepada masyarakat di tanah rancangan sahaja bahkan melibatkan mereka yang tinggal berhampiran kerana mereka ini turut sama dalam pembangunan ekonomi, sosial serta pendidikan generasi FELDA.

Bajet kali ini dilihat lebih fokus kepada kumpulan sasar iaitu golongan belia yang berada di FELDA. Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada 5000 generasi baru FELDA bagi program pendidikan dan latihan kemahiran sebagai modal awal untuk mereka  terus cemerlang dalam segala bidang yang diceburi disamping dapat menambah ilmu pengetahuan dari sudut teknologi terkini. Perbelanjaan ini sangat besar dan impaknya sudah pasti memberi manfaat besar kepada industri pendidikan dan sumber tenaga yang efektif.

GWGF merasa amat bertuah kerana YAB Perdana Menteri sentiasa menitik beratkan sektor pendidikan kepada Generasi FELDA dalam kerangka perbelanjaan negara yang menjurus ke arah usaha melahirkan generasi FELDA yang terbilang.
Pengumuman pemberian BR1M 2.0, rebat RM200 telefon pintar 3G, RM100 bantuan pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucer buku mahasiswa dalam Budget 2013 juga secara tidak langsung  bakal dinikmati oleh hampir 1.5 juta warga FELDA khasnya peneroka, penerokawati dan belia.

Sebagai Pengerusi GWGF, saya menyeru agar semua ahli GWGF, anak-anak peneroka dan masyarakat FELDA dapat bekerja dengan lebih tekun lagi dan menghargai jasa serta sumbangan kerajaan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa memastikan rancangan-rancangan tanah tidak diganggu gugat oleh pihak yang cuba memecah belahkan kesatuan  yang sedia ada dikalangan masyarakat peneroka di seluruh Negara.

Read More

MAKLUMAN MENGENAI GEMPAK

MAKLUMAN MENGENAI GEMPAK
MAKLUMAN PENTING UNTUK AHLI GWGF:

1. GWGF telah bekerjasama dengan ketua-ketua peneroka wilayah dengan menubuhkan GEMPAK dan telah melantik En. Shamsudin Othman sebagai pengerusi, Ybhg. Tan sri Rozali Ismail sebagai timbalan pengerusi. manakala Ybhg Datuk Abdullah sebagai setiausaha kehormat dan En Sulong Jamil sebagai setiausaha kerja.

2.Dalam isu penyenaraian FGVH, GEMPAK telah membuat resolusi iaitu menyokong hasrat YAB perdana menteri untuk menyenaraikan FGVH. Walau bagaimanapun GEMPAK hendaklah diberi makluman terperinci tentang penyenaraian tersebut agar penilaian dapat dibuat dan pendirian sebenar dapat diberikan.
Read More

95 ORANG WARGA FELDA HADIRI PROGRAM PENERANGAN GWGF

95 ORANG WARGA FELDA HADIRI PROGRAM PENERANGAN GWGF
Seramai 95 orang warga FELDA yang terdiri daripada ketua-ketua peneroka dan ketua-ketua penerokawati FELDA Chuping telah menghadiri satu sesi ceramah mengenai pelbagai hal ehwal dan isu semasa mengenai FELDA yang disampaikan oleh YBhg Datuk Abdullah Abu Bakar dan En. Kamarulzaman Mohamad. Program tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Penerangan dan tugas-tugas khas Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Persatuan Peneroka FELDA Malaysia (PPFM). Turut hadir ketika majlis ialah presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia (PKGFM). Salah satu tujuan program sebegini dianjurkan adalah untuk memberikan penerangan dan maklumat ngan sebenar dan yang lebih jelas kepada warga FELDA agar mereka lebih memahami serta tidak terpedaya dengan maklumat-maklumat salah yang disebarkan oleh sesetengah pihak. Selain itu, nilai-nilai murni seperti kejiranan, kemasyarakatan dan kerjasama juga ditekankan agar penduduk FELDA tidak melupakan nilai-nilai tersebut. Adalah menjadi harapan pihak GWGF agar setiap warga FELDA mempunyai pengetahuan dan maklumat yang cukup mengenai isu semasa dan terkini FELDA.

Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN