KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI GWGF


KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI GWGF

1.      Tiada yuran keahlian dikenakan.

2.      Keahlian adalah seumur hidup. (tidak perlu diperbaharui)

3.      Berpeluang mengikuti program kemasyarakatan & aktiviti yang dianjurkan oleh GWGF di seluruh Negara dan segala maklumat mengenainya akan dihebahkan melalui penghantaran SMS.

4.      Berpeluang menjadi ahli kepada persatuan/pertubuhan yang bergabung di bawah GWGF.
Cth : Kelab Storm Rider, Kelab Motorcross, dll.

5.      Ahli GWGF ditawarkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti aktiviti indoor ataupun outdoor yang bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara peneroka dan generasi FELDA.

6.      Memberi mandat kepada GWGF untuk membela nasib warga FELDA seperti menyakurkan bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan dalam bentuk kewangan ataupun barangan.

7.      Ahli GWGF berpeluang untuk menyuarakan pendapat yang membina untuk membangunkan warga FELDA khasnya dan ahli boleh menggunakan saluran BAPAK sebagai tempat mengadu bagi pelbagai masalah yang dihadapi di FELDA.

8.      Dapat bersama-sama memperjuangkan hak-hak yang perlu dipertahankan oleh peneroka dan generasi-generasi akan datang.

9.      Berpeluang untuk menambah rangkaian perniagaan ahli-ahli yang mempunyai perniagaan sendiri dengan mempromosikan kepada ahli-ahli GWGF yang lain dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan FELDA hingga ke peringkat global.


** ** senarai keistimewaan ini tidak tetap. ianya akan berubah dari semasa ke semasa






Related Posts
Previous
« Prev Post

4 comments

11 May 2011 at 05:21

Salam Kesejahteraan, Salam 1Malaysia dan Salam 1GWGF,

Semoga setiap apa yang disenaraikan dapat dilaksanakan dan disebarluas dengan sebaiknya.

Jika boleh wujudkan satu koperasi dan khairat kematian untuk para ahli.

Reply
avatar
16 May 2011 at 12:32

insyaallah..kami mencuba yang terbaik untuk menjaga kebajikan ahli-ahli GWGF

Reply
avatar
Anonymous
16 May 2011 at 19:30

SALAM...
HOPEFULLY GWGF AKAN TRUS B'BKTI PD WARGA FELDA...SEMOGA NIAT MURNI ANDA DI BERKATI...

Reply
avatar

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN