Sukarelawan GWGF FELDA Semenchu menerima kereta proton wira daripada GWGF

keadaan kereta beliau ketika dijumpai selepas dihanyutkan banjir

kereta beliau yang dihanyutkan air banjir

 
Mengimbau kembali musibah yang menimpa En. Ariff Muslizam Jamaludin pada 30 Januari yang lalu, beliau yang berasal dari FELDA Semenchu, Kota Tinggi Johor pastinya tidak dapat dilupakan oleh beliau. Tatkala melihat kereta beliau dihanyutkan air banjir semasa hari mengundi pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lalu, beliau bagaikan terkesima, terpinga-pinga serta bagaikan hilang punca.

“Setelah sehari insiden kereta saya dihanyutkan air banjir, saya menghubungi En.Kamarulzaman Mohamad, Setiausaha GWGF dan menceritakan masalah yang berlaku dan beliau mengatakan beliau akan cuba sebaik mungkin untuk membantu. Kemudian 2 minggu yang lepas, saya dihubungi oleh seseorang melalui telefon dan diberitahu bahawa pihak GWGF serta pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail sudi memberikan sebuah kereta kepada saya bagi menggantikan kereta saya yang dihanyutkan air banjir dulu”, kata Ariff Muslizam di majlis penyerahan kereta kepada beliau oleh pihak GWGF yang diwakili oleh Dato’ Mat Hairi Ismail, Pengarah Eksekutif GWGF dan berlangsung di Wisma SunwayMas, Shah Alam pada 12 Mei 2011.

Ditanya mengenai perasaan En.Ariff Muslizam ketika menerima kereta Proton Wira pemberian GWGF tersebut, beliau berkata “andai kata Tan Sri Rozali ada depan saya sekarang, saya nak peluk cium dia.Terima kasih banyak-banyak kepada pihak GWGF kerana sudi membantu saya. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan bagi menggambarkan perasaan saya ketika ini. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. Harapan saya semoga GWGF ini akan terus wujud serta membantu membela nasib warga FELDA di seluruh Malaysia ”

en ariff muslizam menerima dokumen geran kenderaan yang diserahkan oleh Dato' Mat Hairi Ismail Pengarah Eksekutif GWGF semasa majlis penyerahan kereta di Wisma SunwayMas, Shah Alam

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN