MAJLIS PERJUMPAAN GENERASI FELDA MEMBINCANGKAN MASA DEPAN FELDA: CABARAN & HARAPAN

MAJLIS PERJUMPAAN GENERASI FELDA MEMBINCANGKAN MASA DEPAN FELDA: CABARAN & HARAPAN

SERDANG, 2 April 2016: Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah satu entiti badan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan seluruh FELDA untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi, sosial dan pendidikan Generasi Baru FELDA khususnya dan membantu dalam pembangunan FELDA secara amnya telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Generasi FELDA Membincangkan Masa Depan FELDA: Cabaran & Harapan.

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 2 April 2016 pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang yang melibatkan lebih 400 orang peserta daripada agensi berkaitan FELDA, Persatuan Gabungan GWGF, NGO-NGO FELDA, agensi-agensi FELDA serta generasi FELDA khusus yang menetap di sekitar Lembah Klang.

Majlis perjumpaan ini diadakan bagi mengumpulkan Generasi Baru FELDA dan wakil-wakil persatuan dari seluruh negara bersama-sama GWGF dan FELDA dalam berkoloborasi idea, pengalaman serta merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan kemajuan dan pembangunan FELDA secara keseluruhannya.

Selain itu juga perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan masa depan FELDA mengikut perspektif cabaran dan harapan untuk FELDA dan menfokuskan beberapa isu terkini berkaitan dengan FELDA,FGV dan FIC seterusnya usul perbincangan ini akan dibawa kepada YAB Perdana Menteri. Perbincangan ilmiah ini telah melibatkan 14 persatuan Gabungan GWGF yang terdiri ;

1.    Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
2.    Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
3.    Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
4.    Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia
5.    Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
6.    Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
7.    Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
8.    Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
9.    Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
10.  Kelab Storm Rider GWGF
11.  Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia
12.  Kelab Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
13.  Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia
14.  Kelab Golf Generasi FELDA

Turut sama dalam perbincangan ini adalah :

1.    SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri
2. Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) yang mewakili Peneroka & Penerokawati seluruh Malaysia.
3.    Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM)
4.    Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM)
5. Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) daripada 22 IPTA seluruh negara.
6.    Gabungan Profesional FELDA (GAPROF)
7.    Generasi FELDA Berjaya Dari Seluruh Negara

Perbincangan dan perkongsian dalam majlis ini adalah amat penting untuk menunjukkan bahawa kesedian FELDA dalam membantu generasi baru FELDA supaya lebih maju, progresif & dinamik dalam pelabagai aspek seperti ekonomi, sosial dan pendidikan. GWGF berharap melalui majlis ini satu sinergi hubungan rapat GWGF dengan generasi FELDA seluruh Malaysia dapat diteruskan demi pembangunan FELDA keseluruhannya.

GWGF dan ahli gabungannya akan menyokong sepenuhnya setiap perancangan strategik yang akan direncanakan oleh pengurusan FELDA dalam membantu Generasi FELDA mendepani cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi kelak.

GWGF juga menyeru agar setiap lapisan masyarakat khususnya bangsa Melayu supaya bersatu dan bermuafakat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang selain mengenepikan perbezaan ideologi politik dalam memastikan keutuhan perpaduan rakyat Malaysia dapat dikekalkan demi kesejahteraan generasi masa hadapan.

GWGF juga berharap supaya Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak supaya melihat FELDA lebih terperinci menerusi penetapan dasar, hala tuju, pentadbiran agensi selain melihat semula pelan pembaharuan yang ditetapkan agar ianya selaras dengan wawasan dan visi FELDA itu sendiri. Ramai pemimpin akar umbi FELDA kini berpendapat supaya hala tuju FELDA diperbetulkan semula agar ianya tidak tersasar daripada matlamat penubuhan FELDA yang sebenar.

GWGF juga berpendirian menyokong penuh kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus menerajui negara dan FELDA bagi meneruskan legasi kempimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah banyak berjasa dan masyarakat FELDA khususnya dan Malaysia amnya. Di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, FELDA telah melaksanakan banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan demi kemajuan dan manfaat masyarakat FELDA seiring dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang giat dilaksanakan.

GWGF juga menyeru semua masyarakat FELDA menghargai jasa serta sumbangan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib dan sentiasa memastikan tanah-tanah rancangan tidak diganggu gugat oleh pihak yang sentiasa cuba memecah belahkan kesatuan sedia ada dikalangan masyarakat peneroka di seluruh negara.


























































































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN