JAWATAN KOSONG GWGF 2016 TARIKH TUTUP PADA 19 FEB 2016

JAWATAN KOSONG GWGF 2016 TARIKH TUTUP PADA 19 FEB 2016

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah sebuah badan NGO yang menggabungkan anak-anak Generasi Baru FELDA untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi, sosial dan pendidikan Generasi Baru FELDA khususnya dan membantu dalam pembangunan FELDA secara amnya.

Sehingga kini GWGF keahlian sudah mencecah Seratus ribu orang ahli. GWGF amat mengalukan kepada semua warga FELDA untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut ;

Eksekutif Perhubungan Awam (Junior)

Kelayakan ;
  • Mempunyai diploma atau ijazah yang berkaitan.
  • Graduan yang baru tamat belajar amat digalakkan untuk memohon.
  • Mahir dengan penggunaan komputer.
  • Mempunyai gaya penulisan yang baik khususnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Berperwatakan menarik
  • Boleh kerja lebih masa
  • Keutamaan diberikan oleh warga FELDA
  • mempunyai lesen dan kenderaan sendiri.
Sekiranya anda adalah calon yang kami cari, sila hantarkan resume serta gambar berukuran pasport sebelum  19 Februari 2016 ke alamat email masidah@gwgf.org.my

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Terima Kasih
Read More

MESYUARAT KOORDINASI BIL 1/2016 SEMPENA PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA OLEH KELAB STORM RIDER GWGF & SKUAD MUDA 1 JPJ 2016

MESYUARAT KOORDINASI BIL 1/2016 SEMPENA PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA OLEH KELAB STORM RIDER GWGF & SKUAD MUDA 1 JPJ 2016
Damansara, 5 Februari 2016 ; Mesyuarat Koordinasi Bil 1/2016 sempena Program Kembara Jelajah FELDA Oleh Kelab Storm Rider GWGF & Skuad Muda 1 JPJ 2016. Program ini akan dilaksanakan di FELDA Besout 1 dan InysaAllah akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Semoga apa yang dirancang dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya.


Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Borhanuddin Ramli


Ketua Pegawai Operasi GWGF, Tuan Mohd Ismail sedang membentangkan kertas kerja untuk progam ini.





Read More

TAHNIAH KEPADA YBHG DATO' HAJI BORHANUDIN RAMLI DAN YBHG DATO' AMRAN MOHAMMAD

TAHNIAH KEPADA YBHG DATO' HAJI BORHANUDIN RAMLI DAN YBHG DATO' AMRAN MOHAMMAD
Gabungan Wawasan Generasi Felda mengucapkan setinggi-Tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Amran Mohamad dan juga YBhg. Dato'Borhanuddin Ramli diatas kurniaan darjah kebesaran yang telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Pahang baru-baru ini. YBhg. Dato' Amran merupakan anak jati FELDA Jengka 9, Pahang dan Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA. YBhg. Dato' Borhanudin anak jati FELDA Soeharto dan Presiden Kelab Storm Rider GWGF serta Pengarah Urusan Damini Corporation Sdn. Bhd. Semoga dengan kurniaan darjah kebesaran ini akan memberi semangat kepada YBhg. Dato' dalam bersama memajukan generasi FELDA


Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN