ASEAN RIDE FESTIVAL 2015

ASEAN RIDE FESTIVAL 2015
TPM MENYOKONG PENUBUHAN STORM RIDER JUNIOR

Putrajaya, 12 September  2015 : Storm Rider Junior Malaysia adalah sebuah kelab yang di wujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti permotoran yang meliputi semua aspek yang berkaitan dengan motosikal kapcai.  Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan dengan kerjasama daripada Kelab Storm Rider GWGF bersama membuka ruang pameran di Asean Ride Festival 2015 yang lalu.


Petugas semasa Asean Ride Festival 2015, Putrajaya.


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia 

Festival yang telah dianjurkan Persatuan Superbike Malaysia (SAM) dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Pengerusi Eksekuti SAM. Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Presiden Gabungan Superbike Malaysia, Datuk Abdul Halim Suleiman.











Dalam majlis tersebut Ahmad Zahid turut menyerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Abdul Halim selaku Presiden SAM atas penganjuran festival itu yang berjaya menghimpunkan sebanyak 11,099 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara dan beberapa negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.





Menurut Penaung Storm Rider Junior Malaysia (SRJM), YBhg. Tan Sri Rozali Ismail menyatakan matlamat penubuhan adalah untuk menyatupadukan golongan belia seluruh malaysia menerusi aktiviti bermotorsikal. SRJM berhasrat menjadi platform kepada generasi muda menjalankan program bermotorsikal secara sihat dan SRJM senantiasa bergerak aktif dalam siri kejohanan Petronas AAM Malaysia Cup Prix melalui Storm Rider Junior Racing Team. Selain itu SRJM juga menganjurkan program konvoi bermotorsikal, aktiviti riadah dan kemasyarakatan bersama ahli-ahli SRJM. Keahlian terkini untuk ahli-ahli SRJM sudah mencecah 2000 ahli semenjak penubuhan pada Februari 2015.









Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat ruang pameran Storm Rider Junior Racing Team dengan diiringi oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF merangkap penaung Storm Rider Junior Racing Team. Dalam rangka lawatan ke ruang pameran Storm Rider Junior Racing Team, Ahmad Zahid menzahirkan sokongan mengenai penubuhan Storm Rider Junior Racing Team dan beliau melihat ianya sebagai platform orang muda dalam mengetengahkan bakat dalam arena permotoran dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.











Inisiatif yang diambil oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ini adalah untuk melihat Generasi Baru FELDA mendapat manfaat daripada pembangunan FELDA dan seterusnya membangunkan FELDA secara berterusan sebagai mencerminkan imej negara.

MUHAMMAD HAFIZ HAJI BAHARI,
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA MALAYSIA
Read More

ASEAN RIDES FESTIVAL 2015

ASEAN RIDES FESTIVAL 2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Putrajaya : Gabungan Wawasan Generasi FELDA dan Storm Rider Junior Racing Team akan menyertau 'ASIAN RIDE FESTIVAL 2015' bersama-sama membuka ruang pameran dan juga pendaftaran keahlian GWGF serta Storm Rider Junior Racing Team.



Untuk makluman, YAB Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri akan bersama-sama dif-dif kehormat akan melawat ruang pameran yang disediakan termasuk ruang pameran GWGF dan Storm Rider Junior Racing Team.

Berikut adalah tentatif mengenai majlis ini :

PERGERAKAN KONVOI

JUMAAT - 11 SEPTEMBER 2015


SABTU - 12 SEPTEMBER 2015


SABTU 12 SEPTEMBER 2015

SABTU 12 SEPTEMBER 2015

AHAD 13 SEPTEMBER 2015

Justeru itu, sekretariat ingin memanjangkan jemputan kepada semua agar bersama memeriahkan majlis ini dan juga merebut peluang untuk bersama menjadi ahli GWGF dan juga ahli SRJ dan memenangi cabutan bertuah.

MUHAMMAD HAFIZ HJ BAHARI
Read More

KONVOI STORM RIDER JUNIOR

KONVOI STORM RIDER JUNIOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bentong, 6 September 2015 ; Sorm Rider Junior Racing Team konvoi ke air terjun Chamang bersama lebih 50 ahli dengan pelbagai jenis motorsikal. Antara tujuan utama adalah mengeratkan hubungan antara ahli SRJ dari pelbagai negeri. Konvoi ini juga diketuai beberapa motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggangi oleh Ahli Kelab Stor Rider.



Sebahagian ahli SRJ di 'Pit Stop' yang pertama BHP Lebuhraya Kuala Lumpur Karak


SRJ selamat tiba ke destinasi Air Terjun Chamang


Setiausaha Kelab Storm Rider, En Imran Abdullah (Paling Kanan) bersama urusetia konvoi


Bergambar sebelum berangkat pulang, berlatarkan Air Terjun Chamang

Muhammad Hafiz Hj. Bahari
Ketua Unit
Bahagian Perhubungan Korporat
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Read More

GWGF DAN PERKESAN ANJURKAN BENGKEL KELESTARIAN TEATER

GWGF DAN PERKESAN ANJURKAN BENGKEL KELESTARIAN TEATER
 
GWGF DAN PERKESAN ANJURKAN BENGKEL KELESTARIAN TEATER

FELDA SOEHARTO, 2 SEPTEMBER 2015 - Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi Felda Malaysia (PERKESAN) adalah sebuah persatuan yang di wujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti kesenian yang meliputi semua aspek antaranya adalah nyanyian dan juga lakonan. Program ini melibatkan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan mendapat kerjasama daripada Provoiz Consultancy & Services telah mengadakan Bengkel Kelestarian Teater yang melibatkan 98 murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Soeharto.


Bengkel Kelestarian Teater ini dirangka khas sebagai aktiviti tambahan disamping memupuk jati diri serta kreativiti pelajar.  Selain itu, bengkel ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar bagi meningkatkan kemahiran dan kognitif pelajar. Para peserta didedahkan kepada latihan asas teater yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti harian seperti latihan mengawal emosi dan juga latihan menerima tekanan dalam sesuatu keadaan.
















Menurut pengerusi PERKESAN, Cikgu Siti Hajar Ismail yang juga seorang guru vokal yang tidak asing lagi di tanah air dan juga anak jati FELDA Soeharto, menyatakan program ini dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan bertindak secara aktif dan spontan. Justeru itu, program berbentuk pendidikan melalui hiburan ini secara tidak langsung dapat memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta membentuk sahsiah pelajar dengan menggunakan medium teater. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diadakan kepada semua peringkat tingkatan kerana modul yang digunakan amat sesuai untuk semua pelajar, bukan hanya terhad kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan sahaja.


Cikgu Siti Hajar Ismail, Presiden PERKESAN

Program ini diadakan di Dewan Komuniti, FELDA Soeharto dengan dihadiri Encik Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia seterusnya merasmikan perasmian penutupan program pada hari tersebut. Dalam ucap utama semasa perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua anak-anak FELDA yang sudah berjaya diluar sana agar kembali ke FELDA untuk menabur bakti dalam membantu pelajar-pelajar yang masih berada di alam persekolahan agar ianya akan menjadi pemimpin yang berkaliber untuk masa hadapan dan berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.


Mohd Ismail Masri, menyampaikan ucap utama dalam perasmian penutupan bengkel

Bengkel ini juga turut dihadiri Encik Muhammad Faisal bin Ahmad, Pensyarah Teater Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Cikgu Mat Amin bin Mat Ghaus Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Zulkafli bin Sulaiman Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Mutlain bin Baharin Guru Kaunseling dan guru-guru SMK Kg Soeharto.



Cikgu Siti Hajar Ismail
Presiden
Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian FELDA Malaysia (PERKESAN)
Pengerusi
Kluster Swasta, Kebudayaan & Sukan

Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF)
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN