GWGF DAN PERKESAN ANJURKAN BENGKEL KELESTARIAN TEATER

 
GWGF DAN PERKESAN ANJURKAN BENGKEL KELESTARIAN TEATER

FELDA SOEHARTO, 2 SEPTEMBER 2015 - Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi Felda Malaysia (PERKESAN) adalah sebuah persatuan yang di wujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti kesenian yang meliputi semua aspek antaranya adalah nyanyian dan juga lakonan. Program ini melibatkan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan mendapat kerjasama daripada Provoiz Consultancy & Services telah mengadakan Bengkel Kelestarian Teater yang melibatkan 98 murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Soeharto.


Bengkel Kelestarian Teater ini dirangka khas sebagai aktiviti tambahan disamping memupuk jati diri serta kreativiti pelajar.  Selain itu, bengkel ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar bagi meningkatkan kemahiran dan kognitif pelajar. Para peserta didedahkan kepada latihan asas teater yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti harian seperti latihan mengawal emosi dan juga latihan menerima tekanan dalam sesuatu keadaan.
















Menurut pengerusi PERKESAN, Cikgu Siti Hajar Ismail yang juga seorang guru vokal yang tidak asing lagi di tanah air dan juga anak jati FELDA Soeharto, menyatakan program ini dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan bertindak secara aktif dan spontan. Justeru itu, program berbentuk pendidikan melalui hiburan ini secara tidak langsung dapat memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta membentuk sahsiah pelajar dengan menggunakan medium teater. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diadakan kepada semua peringkat tingkatan kerana modul yang digunakan amat sesuai untuk semua pelajar, bukan hanya terhad kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan sahaja.


Cikgu Siti Hajar Ismail, Presiden PERKESAN

Program ini diadakan di Dewan Komuniti, FELDA Soeharto dengan dihadiri Encik Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia seterusnya merasmikan perasmian penutupan program pada hari tersebut. Dalam ucap utama semasa perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua anak-anak FELDA yang sudah berjaya diluar sana agar kembali ke FELDA untuk menabur bakti dalam membantu pelajar-pelajar yang masih berada di alam persekolahan agar ianya akan menjadi pemimpin yang berkaliber untuk masa hadapan dan berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.


Mohd Ismail Masri, menyampaikan ucap utama dalam perasmian penutupan bengkel

Bengkel ini juga turut dihadiri Encik Muhammad Faisal bin Ahmad, Pensyarah Teater Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Cikgu Mat Amin bin Mat Ghaus Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Zulkafli bin Sulaiman Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Mutlain bin Baharin Guru Kaunseling dan guru-guru SMK Kg Soeharto.



Cikgu Siti Hajar Ismail
Presiden
Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian FELDA Malaysia (PERKESAN)
Pengerusi
Kluster Swasta, Kebudayaan & Sukan

Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF)

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN