ASEAN RIDE FESTIVAL 2015

TPM MENYOKONG PENUBUHAN STORM RIDER JUNIOR

Putrajaya, 12 September  2015 : Storm Rider Junior Malaysia adalah sebuah kelab yang di wujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti permotoran yang meliputi semua aspek yang berkaitan dengan motosikal kapcai.  Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan dengan kerjasama daripada Kelab Storm Rider GWGF bersama membuka ruang pameran di Asean Ride Festival 2015 yang lalu.


Petugas semasa Asean Ride Festival 2015, Putrajaya.


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia


Booth Pameran Storm Rider Junior Malaysia 

Festival yang telah dianjurkan Persatuan Superbike Malaysia (SAM) dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Pengerusi Eksekuti SAM. Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Presiden Gabungan Superbike Malaysia, Datuk Abdul Halim Suleiman.











Dalam majlis tersebut Ahmad Zahid turut menyerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Abdul Halim selaku Presiden SAM atas penganjuran festival itu yang berjaya menghimpunkan sebanyak 11,099 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara dan beberapa negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.





Menurut Penaung Storm Rider Junior Malaysia (SRJM), YBhg. Tan Sri Rozali Ismail menyatakan matlamat penubuhan adalah untuk menyatupadukan golongan belia seluruh malaysia menerusi aktiviti bermotorsikal. SRJM berhasrat menjadi platform kepada generasi muda menjalankan program bermotorsikal secara sihat dan SRJM senantiasa bergerak aktif dalam siri kejohanan Petronas AAM Malaysia Cup Prix melalui Storm Rider Junior Racing Team. Selain itu SRJM juga menganjurkan program konvoi bermotorsikal, aktiviti riadah dan kemasyarakatan bersama ahli-ahli SRJM. Keahlian terkini untuk ahli-ahli SRJM sudah mencecah 2000 ahli semenjak penubuhan pada Februari 2015.









Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat ruang pameran Storm Rider Junior Racing Team dengan diiringi oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF merangkap penaung Storm Rider Junior Racing Team. Dalam rangka lawatan ke ruang pameran Storm Rider Junior Racing Team, Ahmad Zahid menzahirkan sokongan mengenai penubuhan Storm Rider Junior Racing Team dan beliau melihat ianya sebagai platform orang muda dalam mengetengahkan bakat dalam arena permotoran dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.











Inisiatif yang diambil oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ini adalah untuk melihat Generasi Baru FELDA mendapat manfaat daripada pembangunan FELDA dan seterusnya membangunkan FELDA secara berterusan sebagai mencerminkan imej negara.

MUHAMMAD HAFIZ HAJI BAHARI,
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA MALAYSIA

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN