IBADAH QORBAN 1436 H :GWGF MEMBANTU UMNO CAWANGAN KG.BAHAGIA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Kemeriahan Aidiladha pada tahun ini disambut dengan melaksanakan ibadah qurban untuk diagihkan kepada penduduk setempat. Perkongsian rezeki ini kebiasaanya dibuat setiap tahun sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.



Pada tahun ini UMNO Kg. Bahagia dibantu oleh GWGF mengadakan ibadah korban dengan menyembelih 3 ekor lembu secara bergotong royong yang telah disumbangkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF dirumah kelahirannya baru-baru ini.




















Aktiviti gotong ini selain dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, ianya juga dapat menyuburkan semangat kerjasama antara peserta dan orang ramai. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan kenduri kesyukuran selain daging korban ini diagihkan kepada penduduk setempat.


















Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF, YBhg. Dato' Mat hairi Ismail, Ketua UMNO Cawangan Kg. Bahagia, En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia dan penduduk tempatan.





Kemeriahan dan ikatan semangat kerjasama ini akan terus subur dalam masyarakat setempat walaupun pembangunan negara semakin berkempang pesat.











Semoga ibadah korban pada tahun ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Muhammad Hafiz Haji Bahari
Pegawai Perhubungan Awam
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN