PELUANG PEKERJAAN BAGI ANAK FELDA

PELUANG PEKERJAAN BAGI ANAK FELDA
Bagi anak felda yang sedang mencari pekerjaan, ini adalah peluang keemasan :

Alamat : 
Restoran makanan sedap,
No E-46-G & E-47-G, jalan teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara PJU5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Kemudahan :
1. Tempat tinggal disediakan
2. Makanan Disediakan


Pendidikan :
SPM, STPM, Diploma, Ijazah (mengikut jawatan)


Gaji Minimum :
RM1,200.00 (mengikut jenis jawatan)


SENARAI JAWATAN KOSONG :


1. Pembantu Dapur (3 kekosongan)
2. Pembantu Tukang masak (2 kekosongan)
3. Steward (2 kekosongan)
4. Pelayan perkhidmatan di meja Hadapan (3 kekosongan)
5. Penyambut tetamu (3 kekosongan)
6. Tukang Bancuh Minuman (2 kekosongan)
7. Koordinator setting banquet (1 kekosongan)
8. Kerani pembelian stok (1 kekosongan)
9. juruwang (2 kekosongan)
10. Eksekutif Pemasaran & setiausaha akaun (1 kekosongan)

kepada yang berminat bolehlah menghantar resume ke : hazimin@gwgf.org.my
Read More

Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan Skim Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua

Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan Skim Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua
Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Kelayakan
  • Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
  • Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan tidak layak memohon.
  • Mereka yang mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap juga tidak layak memohon.
Penajaan
  • Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
  • Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
  • Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Tempoh Tajaan
  • Ph.D – maksimum lapan (8) semester
  • Sarjana – maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.
Syarat-Syarat Umum
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
  3. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
  4. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
  5. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
  6. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
  7. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.
Syarat-Syarat Khusus
  1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
  2. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.
Permohonan
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila lihat senarai soalan lazim atau hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my
Read More

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

CIRI-CIRI DAN FAEDAH UTAMA

 Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100% 
  • Harta kediaman sahaja

 KRITERIA KELAYAKAN

Peminjam/Pelanggan Yang Layak

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  •  Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

HARTA YANG LAYAK
·          
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  •  Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM220,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
KEPERLUAN PEMBIAYAAN

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  •  Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
PERMOHONAN

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.


1.      AFFIN BANK
2.      AFFIN ISLAMIC
3.      ALLIANCE BANK
4.      ALLIANCE ISLAMIC BANK
5.      AMBANK
6.      AMBANK ISLAMIC
7.      BANK ISLAM
8.      BANK MUAMALAT
9.      CIMB BANK
10.  CIMB ISLAMIC
11.  EON BANK
12.  EON CAP (ISLAMIC BANK)
13.  HONG LEONG BANK
14.  HONG LEONG ISLAMIC BANK
15.  MAYBANK
16.  MAYBANK ISLAMIC
17.  OCBC BANK
18.  OCBC AL-AMIN
19.  PUBLIC BANK
20.  PUBLIC ISLAMIC BANK
21.  RHB
22.  RHB ISLAMIC BANK
23.  STANDARD CHARTERED
24.  STANDARD CHARTERED SAADIQ
25.  UOB

Read More

Prihatin Masalah Peneroka (sumber: sinar harian edisi pahang, 07 mac 2011)

Prihatin Masalah Peneroka  (sumber: sinar harian edisi pahang, 07 mac 2011)

JENGKA 22 – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) giat melaksana program GWGF Prihatin termasuk membantu membekalkan air bersih melalui Misi Bantuan Air Bersih ke Wilayah Jengka.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, program ini turut meliputi bantuan kepada warga emas dan pesakit terlantar di samping turut melaksanakan program khidmat masyarakat di kawasan rancangan terlibat.

Menurutnya, program ini merupakan program berterusan dan bukannya untuk tujuan pilihan raya sahaja.

“Kita telah bantu warga Felda di Felda Semenchu, Johor, Felda Sahabat 3, Sabah dan beberapa rancangan lain melalui program ini yang berkonsepkan bantuan terus kepada sasaran.

“Malah hari ini lebih daripada 30 sukarelawan dan kakitangan GWGF turun padang menjayakan program ini di mana kita bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jengka 22 di samping mengecat bangunan sekolah tersebut,” katanya.

Abdullah berkata, malah beberapa masalah yang telah dirujuk kepada kita turut dipanjangkan kepada pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka bagi tindakan dan sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan pihak GWGF akan ambil tindakan untuk membantu.

“Antara yang disuarakan keadaan kerusi dan meja kantin yang digunakan oleh pelajar terlalu uzur memandangkan telah lebih 30 tahun digunakan.

“Pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka memandang serius masalah ini dan akan membantu dari segi penyediaan enam meja dan enam kerusi panjang bagi kegunaan kantin tersebut,” katanya.

Menurutnya, malah masalah air yang dihadapi oleh pihak sekolah ini telah mendapat perhatian GWGF apabila sebuah tangki air statik ditempatkan di sini bagi kegunaan pihak sekolah.
Read More

Misi Bantuan Air Ke FELDA Di Wilayah Jengka

Misi Bantuan Air Ke FELDA Di Wilayah Jengka


















Dengan hasrat ingin meringankan beban yang dipikul oleh warga FELDA dari wilayah Jengka, pihak Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan usahasama Pembinaan Era Dinamik Sdn. Bhd (PED) akan melaksanakan satu misi bantuan bekalan air ke FELDA wilayah jengka pada 26 Februari 2011 ini. Sebanyak 2 buah lori tangki akan dihantar dari Kuala Lumpur ke FELDA wilayah Jengka dengan kapasiti 1200 gelen setiap satu bagi membolehkan penduduk-penduduk yang terlibat mendapat bekalan air yang mencukupi bagi mememenuhi keperluan harian.


 
















Sebelum ini pihak JBA Pahang pernah membekalkan bekalan air ke kawasan tersebut tetapi bekalan yang disalurkan tidak dapat memenuhi keperluan penduduk menyebabkan pihak GWGF dan pihak PED terpanggil untuk turut menyalurkan bantuan bekalan air kepada warga FELDA yang terlibat dengan harapan supaya permasalahan yang melanda warga FELDA tidak akan berterusan dan mendapat pembelaan dan bantuan sewajarnya.


Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN