KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA - DATO' MD AZEMI HAJI MAHAT

KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA - DATO' MD AZEMI HAJI MAHAT
GWGF TERUSKAN LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) meneruskan kunjung hormatnya ke atas generasi baharu FELDA yang berjaya dalam bidang masing-masing dan kali ini memilih  YBhg. Dato’ Md. Azemi Haji Mahar, Pengarah Urusan AM Setia Sdn. Bhd

Delegasi GWGF yang menyertai kunjung hormat ini diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar. Turut serta beberapa pegawai antaranya, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Mohd Ismail Masri; Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan; Mohamad Firdaus Sahat, Setiausaha Eksekutif dan Muhammad Hafiz Hj. Bahari, Eksekutif Perhubungan Korporat.

Dato’ Md Azemi bin Hj. Mahat, adalah Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat AM Setia Sdn. Bhd merupakan anak jati FELDA Medoi, Segamat. Mengenai latar belakang beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perbankan, perhubungan kerajaan dan korporat sebelum mengasaskan Kumpulan AM Setia pada April 2014. Dato’ Md Azemi pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Hi-Q Biotech Berhad pada tahun 2013 dan sebagai Penasihat Perhubungan Kerajaan di Syarikat AWC Berhad pada tahun 2009. Beliau juga pernah menyertai sektor perbankan di mana jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengurus Bahagian Perhubungan Kerajaan di CIMB Bank Berhad pada tahun 2009.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengajian Ekonomi (MSc Global Economy and Business Institutions) daripada University of Hertfordshire, United Kingdom. Dato’ Md Azemi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan Siswa di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2013 dan merupakan bekas Penasihat Keusahawanan di Universiti Malaysia Pahang.

Dato’ Md Azemi bin Hj. Mahat telah dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Ulang tahun Keputeraan DYMM Sultan Pahang Ke-83 yang membawa gelaran Dato’.

Seiring dengan objektif kunjungan hormat GWGF yang bertujuan berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak FELDA yang berjaya, Dato. Md Azemi Haji Mahat memberi komitmen dalam membantu generasi baru FELDA untuk berjaya di dalam bidang perniagaan. Selain itu juga beliau menyambut baik langkah GWGF dalam menjejak anak-anak FELDA yang berjaya kerana secara tidak langsung ianya akan membuka mata beberapa pihak bahawa masyarakat FELDA juga mampu bersaing dengan yang lain. Beliau juga mengharapkan agar, NGO-NGO lain turut melaksanakan program seperti ini.

Antara buah fikiran yang dilontarkan memberi peluang perniagaan kepada belia FELDA di kawasan masing-masing dalam meningkatkan taraf kehidupan. Selain itu beliau juga mencadangkan agar FELDA dan GWGF membantu kerajaan dari sudut menarik undi orang muda supaya Barisan Nasional akan dapat terus diberi mandat dalam mentadbir kerajaan.

Pada pertemuan yang sama juga, beliau telah menekan beberapa aspek kepada GWGF sebagai sebuah badan bukan kerajaan ialah dengan membantu kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak dalam bersama menepis segala tohmahan yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Pegawai Perhubungan Korporat GWGF, Muhammad Hafiz Hj. Bahari menyatakan idea kunjung hormat ini telah diilhamkan oleh Presiden GWGF, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Kunjung hormat GWGF telah dimulakan pada awal tahun 2014 dan sehingga oktober 2015 sudah lebih 30 orang generasi FELDA yang berjaya ditemui dari pelbagai bidang seperti usahawan, ahli politik, ahli korporat, penjawat awam dan sebagainya.

Mohd Ismail Bin Masri,
Ketua Pegawai Operasi,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)



Untuk makluman lanjut, Pegawai Perhubungan Awam, Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, di talian 014- 6384475







































Read More

PETRONAS AAM CUPPRIX PUSINGAN KE 8

PETRONAS AAM CUPPRIX PUSINGAN KE 8
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAEPS,SERDANG : 18 Oktober 2015, Gabungan Wawasan Generasi FELDA bersama-sama Storm Rider Junior Malaysia telah berada di MAEPS, SERDANG selama 2 hari dalam membuka ruang pameran berkenaan SRJM. Untuk makluman juga SRJM ada menyertai kejohanan Petronas AAM CUPPRIX yang telah berlangsung.

Antara objektif utama SRJM adalah untuk mengumpulkan belia dari kalangan FELDA atau bukan FELDA dalam bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti berkonvoi dan lain-lain. Ketika di MAEPS, keahlian baru SRJM yang berdaftar lebih kurang 1600 keahlian baru. 

Kepada belia-belia diluar sana masih lagi tidak berdaftar menjadi ahli SRJM, anda boleh mendaftar keahlian terus kepada kami dengan menghubungi 03 5521 4800.


Petugas SRJM sepanjang 17 dan 18 Okt 2015




















































































































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN