MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERKAHWINAN KEPADA ENCIK TAUFIK AHMAD

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERKAHWINAN KEPADA ENCIK TAUFIK AHMAD
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Shah Alam, 30 Mac 2015, Pengerusi Kelab Rekreasi GWGF En. Nur Farhat Iskandar bin Mohamme Isa, mewakili Ketua Pegawai operasi GWGF Malaysia YBhg. EN. Mohd Ismail Masri menyampaikan sumbangan kepada En. Taufik Ahmad, kakitangan GWGF Eksekutif IT. Sumbangan ini dikumpul oleh semua kakitangan GWGF kerana beliau telah menamatkan zaman bujangnya. Tahniah diucapkan.


Semoga bahagia sehingga ke Syurga

Read More

COO GWGF MALAYSIA MERASMIKAN PENUTUPAN 'KEM PEMANTAPAN PROTOKOL PERSADA KEBANGSAAN 2015'

COO GWGF MALAYSIA MERASMIKAN PENUTUPAN 'KEM PEMANTAPAN PROTOKOL PERSADA KEBANGSAAN 2015'
 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU FELDA

Ketua Pegawai Operasi GWGF, YBhg. Tuan Mohd Ismail bin Masri, merasmikan majlis perasmian penutupan "Kem Pemantapan Protokol Persada Kebangsaan 2015"

Dalam intipati pidato beliau,menyatakan bahawa Generasi Baru FELDA sangat bernilai kerana mereka yang akan mewarisi kepimpinan sebuah negara. Beliau juga menyebut perumpamaan yang di nyatakan oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi : Kalau hendak lihat keadaan sebuah negara, maka lihatlah keadaan remaja mereka" Semoga GWGF dan PERSADA berganding bahu dalam melaksanakan Misi dan Visi FELDA dalam menjadikan FELDA unggul di mata dunia
Majlis tersebut telah dilangsungkan di Resort Panvill, Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika berada di majlis tersebut :


'Slide Show' Majlis Perasmian Penutupan


YBhg. Tuan Mohd Ismail Bin Masri, COO GWGF Malaysia memberikan ucapan perasmian penutupan.

YBhg. Tuan Mohd Ismail Masri, bersama barisan Exco PERSADA Kebangsaan menyanyikan lagu rasmi PERSADA

Sesi bergambar sebelum bersurai




Read More

MESYUARAT PERLAKSANAAN PERJANJIAN ANTARA GWGF DAN IKBN

MESYUARAT PERLAKSANAAN PERJANJIAN ANTARA GWGF DAN IKBN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 FELDA

Putrajaya, 25 Mac 2013 bersamaan dengan 4 Jamadil Akhir 1436 Hijrah. Gabungan Wawasan Generasi FELDA telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Pengurusan Transformasi (TMO) untuk hadir berbincang mengenai hala tuju generasi baru FELDA yang telah menamatkan peperiksaan SPM baru-baru ini. GWGF telah disertai ileh 4 orang pegawai dan telah diketuai oleh YBhg. Dr. Abd Rahim bin Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad dan KBS telah diketuai oleh YBhg. En. Shaifoul bahari bin Saad, Pengurus Jabatan Pengurusan Transformasi. 

Untuk makluman juga bahawa, En. Shaifoul Bahari adalah ahli GWGF yang berdaftar, dan beliau adalah salah seorang generasi baru FELDA yang berjaya. Beliau berasal dari FELDA Jengka 21, Bandar Jengka Pahang Darul Makmur. 

Tujuan pertemuan adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju Generasi Baru FELDA pada masa sekarang dan pada masa hadapan. Melalui KBS ada mempunyai institut pengajian tinggi iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). IKBN ini menawarkan kursus-kursus yang berbentuk kemahiran dan GWGF akan membantu pihak IKBN untuk mempromosi mengenai faedah yang akan dapat jika menuntut di IKBN. Kebanyakan rakyat di luar sana lebih cenderung untuk memelih Kolej-Kolej swasta berbanding dengan IKBN, kerana mereka kurang jelas apa kelebihan IKBN. Antara kelebihan utama IKBN adalah menawarkan sistem pendidikan percuma yang tiada terdapat di kolej-kolej swasta yang lain. 

Pihak GWGF akan terus bersama dengan pihak KBS, akan mempromosikan IKBN melalui Wilayah-Wilayah FELDA yang terdapat di dalam negara ini. Dalam perancangan awal, GWGF akan turun pada bersama IKBN dalam masa terdekat. Jika semuanya berjalan dengan lancar seperti apa dirancang, pihak GWGF akan berada di FELDA anda semua.


 Perbincangan antara GWGF dan KBS, yang diwakili oleh Tn. Shaifoul Bahari

Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, memerhatikan perbincangan antara wakil KBS dan GWGF
Read More

BENGKEL PELAN STRATEGIK DAKWAH NGO-NGO ISLAM 2015-2020

BENGKEL PELAN STRATEGIK DAKWAH NGO-NGO ISLAM 2015-2020
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 FELDA.

Kuala Lumpur, GWGF telah menerima jemputan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menyertai Bengkel Pelan Strategik Dakwah NGO-NGO Islam yang berlangsung di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada 19 Mac 2015. GWGF telah menghantar dua orang pegawai iaitu En. Nur Farhat Iskandar dan juga En. Mohd Ishak bin Ismail. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu terutamanya berkaitan dengan Ummat Islam. GWGF amat berbesa hati kerana pihak YADIM melalui pengerusi YADIM iaitu YB Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menjadikan GWGF sebahagian daripada keluarga YADIM. Antara VISI dan MISI bengkel yang disertai adalah seperti berikut :

VISI

MENJADI PENERAJU DALAM URUSAN DAKWAH


MISI

MELAKSANAKAN URUSAN DAKWAH YANG CEKAP DAN BERKESAN

Dalam bengkel ini telah diterajui oleh Sekratariat YADIM, iaitu Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). MAIM telah membahagikan beberapa kluster seperti berikut :
  • Kluster Aqidah dan Syariah
  • Kluster Perpaduan Ummah dan Siasah
  • kluster Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang
  • Kluster Ekonomi dan Kepenggunaan
  • Kluster Pendidikan dan Sosial
  • Kluster Wanita dan Keluarga
GWGF telah diberikan tanggungjawab untuk menyertai KLUSTER EKONOMI DAN KEPENGGUNAAN yang mana matlamat adalah membela hak-hak bumiputera di bidang ekonomi dan pengguna agar tidajk berlaku penindasan dan penipuan pada harga, barangan dan juga perkhidmatan. Di dalam Kluster ini, GWGF juga bersama dengan NGO-NGO Islam lain seperti berikut :
  • PPIM
  • CUEPACS
  • ISLAMIC RELIEF
  • PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG
Di akhir bengkel tersebut, GWGF bersama dengan NGO-NGO Islam lain bersepakat akan bersama menjaga nama baik Islam dan juga membantu antara satu sama lain.


KLUSTER EKONOMI

PERBINCANGAN MENGENAI EKONOMI


KLUSTER EKONOMI


BERSAMA DR. FATHUL BARI


PERBINCANGAN YANG DIKETUAI OLEH YADIM


EN. FARHAT DAN EN. ISHAK YANG MEWAKILI GWGF


MENDENGAR UCAPAN DARI TIMBALAN YDP YADIM


ANTARA PESERTA YANG HADIR


PERBINCANGAN


Read More

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI BARU FELDA YANG BERJAYA

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI BARU FELDA YANG BERJAYA
 KUNJUNG HORMAT

Nama              : YBhg. Dato' Khairil Anuar Aziz
Jawatan          :  Eksekutif, Naib Presiden Head Of TMLO Cluster                
Tempat           : Tingkat 10, Balai FELDA, Jalan Gurney Satu, 
                          54000 Kuala Lumpur, Malaysia                           
Tarikh             : 19 Mac 2015 Bersamaan 28 Jamadil Awal 1436 Hijrah

FELDA             : Sungai Klah. Sungkai Perak

Kunjung hormat bersama generasi FELDA yang berjaya telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia pada mesyuarat jawatankuasa GWGF pada 31 Mac 2014. Justeru itu pihak GWGF mengambil inisiatif untuk melakukan kunjungan hormat kepada generasi FELDA yang berjaya untuk berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

Pada tanggal 19 Mac 2015  bersamaan dengan 28 Jamadil Awal 1436 Hijrah, pihak GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu :-
  1.  En. Mohd Ismail bin Masri Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia,
  2.  Mohamad hafizzi Bin Sabudi, Eksekutif Pentadbiran dan Perhubungan
  3. Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, Eksekutif Hal Ehwal Sosial dan Kemasyarakatan GWGF.
  4. Myrza Fasha binti Hamyruddin, Setiausaha Eksekutif

Latar belakang beliau adalah merupakan anak kepada peneroka FELDA Sungai Klah yang terletak di dalam Wilayah Trolak, Perak Darul Ridzuan. YBhg. Dato’  Khairil Anuar Aziz, seorang warganegara Malaysia berumur 47 tahun, telah dilantik ke jawatan Eksekutif, Naib Presiden Head Of TMLO Cluster . Beliau mendapat pendidikan dariCoventry University, England pada tahun 1993 dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Pemasaran dan Kerjaya beliau bermula sebagai Penganalisis Sistem di Bahagian Pengurusan Sumber di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Wakefield, England. 

Kerjaya beliau bermula di Malaysia pada tahun 1994 sebagai Pelatih Pengurusan Renong Dengan Kumpulan Renong Berhad. Beliau memegang beberapa jawatan dalam Renong Kumpulan Syarikat dan berhenti pada tahun 2001 untuk mengambil alih jawatan Pengurusan Kanan dalam JARING Communications Sdn Bhd (anak syarikat MIMOS Berhad). Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MLABS Systems Berhad (sebuah syarikat sekutu Universiti Sains Malaysia) dan syarikat yang berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad. 

Beliau menyertai SCAN Associates Berhad pada tahun 2006 sebagai Pengurus ITS, Perniagaan Antarabangsa dan Ketua Pegawai Pemasaran, sebelum penyenaraian con sus di Bursa Malaysia Securities Berhad, yang bertanggungjawab ke atas Penyelesaian Keselamatan ICT dan Perundingan untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Aku bersama sebelum ini Pengerusi Eksekutif GSSB Consulting Sdn Bhd Yang Khusus dalam pelbagai Pembangunan Modal Insan, Strategi Korporat dan Pengurusan Perubahan.

Di dalam pertemuan ringkas di pejabat beliau tempoh hari, beliau menyentuh beberapa aspek terutamanya mengenai FGV, tujuan FGV disenaraikan di bursa saham adalah untuk menarik minat pelabur luar seperti sekarang yang mana banyak pelabur-pelabur luar telah menunjukkan minat dengan FGV. Selain itu, beliau juga melontar pandangan dengan menyatakan hendaklah memberi ruang dang peluang kepada generasi FELDA dalam bidang perniagaan sama ada perniagaan berskala besar atau kecil.

Selain itu, antara cadangan beliau kepada GWGF dalam penambahbaikan lawatan kunjung hormat ini, agar dapat dipelbagaikan latar belakang generasi baru FELDA yang berjaya dan pihak GWGF harus menghebahkan perkara ini kepada akhbar 1 suara, supaya masyarakat FELDA tahu mengenai adanya generasi baru FELDA yang berjaya.

Di akhir pertemuan, beliau juga mengingatkan mengenai integriti bagi semua pihak agar bekerja dengan penuh tanggungjawab dan juga mengelak daripada menerima rasuah, kerana jika dilihat pada zaman sekarang terlalu sangat banyak rasuah berlaku di sektor kerajaan ataupun pihak swasta.



Balai FELDA, tempat pertemuan dengan YBhg. Dato' Khairil Anuwar


YBhg. Dato' Khairil Anuwar, mengucapkan terima kasih atas lawatan dari GWGF


YBhg. Datuk Haji Abdullah, Timbalan Presiden GWGF memberi beberapa pandangan mengenai isu semasa


En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF juga memberi beberapa pandangan


Perbincangan yang mengupas isu generasi FELDA sekarang


GWGF menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato' Khairil Anuwar


YBhg. Dato' Khairil Anuwar menyampaikan cenderahati kepada GWGF berbentuk barang keluaran FGV

Lawatan kunjung hormat yang dilakukan oleh pihak GWGF kepada generasi FELDA yang berjaya adalah rangka lawatan yang kedua dilakukan  pada tahun 2014.

Program ini banyak memberi manfaat kepada kakitangan GWGF kerana boleh berkongsi pengalaman dengan generasi FELDA yang berjaya dan seterusnya pihak GWGF boleh mengemukakan idea yang diberi oleh generasi FELDA yang berjaya untuk diangkat kepada pihak yang tertentu.

Pihak GWGF mengharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang kerana ianya amat bermanfaat kepada kakitangan GWGF dan juga kepada masyarakat FELDA.


MUHAMMAD HAFIZ BIN HJ. BAHARI
SHAH ALAM.










Read More

MESYUARAT PERLAKSANAAN AKADEMI GOLF BERSAMA UPM

MESYUARAT PERLAKSANAAN AKADEMI GOLF BERSAMA UPM
Assalamualaikum dan Salam 1 FELDA

Serdang, 17 Mac 2015, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah berangkat ke UPM Serdang untuk menghadiri satu mesyuarat mengenai penubuhan AKADEMI GOLF GWGF. Mesyuarat ini melibatkan 2 pihak bersama iaitu GWGF dan juga UPM. GWGF telah diketuai oleh YBhg. Dr. Abd. Rahim Bin Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad. Antara pegawai lain yang ikut serta di dalam mesyuarat koordinasi penubuhan seperti berikut :

  1. Mohd Ismail Masri- Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia 
  2. Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari - Eksekutif
  3. Mohamad Hafizzi bin Sabudi - Eksekutif
  4. Anas bin Alimor - Eksekutif
Pihak UPM telah diwakili oleh Bendahari dan juga Kelab Golf UPM. Mesyuarat telah dijalankan pada jam 10.00 pagi di pusat pentadbiran UPM. Antara intipati mesyuarat adalah membincangkan mengenai MOU yang akan dilaksana kelak, selain itu juga mesyuarat ada juga menyentuh mengenai pengambilan pelajar dari generasi FELDA yang akan melibatkan seramai 30 orang satu sesi, yang mana setiap tahun akan melibatkan 3-4 sesi. Setiap sesi dijangka akan dilangsungkan selama 3 bulan yang mana modul pembelajaran akan disediakan oleh UPM.

Mesyuarat yang dijalankan hampir selama 2 jam telah mencapai kata sepakat mengenai penubuhan AKADEMI GOLF. kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk melaksanakan secepat yang mungkin. 



Delegasi GWGF diketuai oleh YBhg. Dr. Abd. Rahim


Mesyuarat sedang berlangsung


En. Mohd Ismail sedang beri penerangan kepada UPM


Wakil dari UPM, Bendahari dan Timbalan


Wakil Kelab Golf UPM juga memberi pandangan

Delegasi UPM


Perbincangan 2 pihak


Dr. Abd Rahim bersama delegasi GWGF bergambar sebelum pulang

Semoga dengan perbincangan ini, akan terhasil idea dan inovasi dari Presiden GWGF, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail yang menginginkan AKADEMI GOLF GWGF terbina. InsyaALLAH.

Read More

FUTSAL PERSAHABATAN (Kelab Rekreasi GWGF vs Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd.)

FUTSAL PERSAHABATAN (Kelab Rekreasi GWGF vs Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd.)

Assalamulaikum dan Salam 1 Felda


SIARAN MEDIA 

Shah Alam, 12 Mac 2015. Kelab Rekreasi GWGF telah menganjurkan Perlawanan Futsal Persahabatan dengan Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd.

Perlawanan persahabatan ini berlangsung di Kompleks Sukan Sukses, Seksyen 6 Shah Alam pada 11 Mac 2015 yang melibatkan 15 orang pemain dari kedua-dea pasukan yang terdiri daripada generasi FELDA dan kakitangan PNSB. Sepak mula perlawanan ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Ismail Masri yang merupakan Ketua Pegawai operasi GWGF Malaysia.

Menurut Presiden KRG, En. Nur Farhat Iskandar Mohame Isa memaklumkan perlawan persahabatan adalah yang pertama pada tahun 2015 dan akan diteruskan dari pada masa yang akan datang. KRG juga dalam merangka perlawanan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkait rapat dengan GWGF dan juga agensi-agensi FELDA serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) FELDA. Selain dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua agensi dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Melalui Program ini juga dapat bertukar-tukar fikiran antara kedua-dua agensi ini.

Perlawan ini telah dimenangi oleh pasukan Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd. dengan jaringan 11 berbalas 10. Cenderahati perlawanan telah disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia kepada ketua pasukan Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd. Encik Zairol bin Hj. Halip.


Kelab Rekreasi GWGF dan VMU bergambar bersama pengurus pasukan masing-masing


Barisan pemain KRG yang diketuai oleh Ketua Pasukan KRG En. Nur Farhat Iskandar, serta pengurus pasukan En. Mohd Ismail Masri


Barisan pemain VMU yang diketuai oleh kapten dan pengurus pasukan En. Zairol bin Hj. Halip.


Penyerahan cenderahati  bola sepak dari En Zairol  Pengurus VMU kepada En. Mohd Ismail Masri


Penyerahan cenderahati  dari En Mohd. Ismail Masri Pengurus KRG kepada En. Zairol Hj. Halip


Perlawanan dimulakan dengan VMU melakukan sepak mula


VMU melakukan serangan kepada kubu KRG


Penjaga gol KRG, Ishak Ismail mengarahkan kepada pemain untuk menjaga pemain pasuka  lawan


Penjaga gol KRG, Ishak Ismail bertindak cemerlang dengan menagkis serangan pihak lawan


Pertahanan KRG mengawal pergerakan pemain VMU


Pemain KRG, Hafiz sedang melepasi pemain pihak lawan


Pemain KRG, Farik ingin melaksan percubaan terus ke pintu gol


Pemain sayap KRG, Nizam menanti hantaran bola


Pengurus pasuka KRG memberi taklimat ketika rehat kepada pemain KRG


Pemain VMU melakukan hantaran keluar


Pengurus pasukan KRG, juga turun padang bermain


En. Mohd Ismail Masri, beri sokongan di tepi gelanggang.


Syukur kehadrat Allah S.W.T. perlawanan yang dilangsungkan semalam berakhir dengan jayanya tanpa ada kecederaan yang serius. InsyaAllah kelab Rekreasi GWGF akan terus bergerak seiring dengan transformasi syarikat yang menginginkan kebajikan kakitangan diutamakan. 

Sekian, Terima Kasih.







Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN