MAJLIS PELANCARAN JERSI KELAB REKREASI GWGF

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 FELDA

Tanggal 11 Mac 2015 bersamaan dengan 20 Jamadil Awal 1436 H, Kelab Rekreasi GWGF telah melancarkan jersi pasukan Futsal yang telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi GWGF.


COO GWGF, YBhg. En. Mohd Ismail Masri, melancarkan jersi KRG

Kelab Rekreasi GWGF (KRG) adalah sebuah kelab untuk kakitangan dalam menjaga kebajikan dan juga menjalankan aktiviti riadah untuk semua kakitangan. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kelab ini telah beberapa kali menjalani tranformasi sehingga ke hari ini. KRG telah dipimpin oleh En. Nur Farhat Iskandar dan dibantu oleh Timbalan Presiden En. Ishak Ismail dan barisan exco yang lain.


Ketua Pegawai Operasi GWGF, En. Mohd Ismail Masri


Ketua Pegawai Operasi GWGF, bersama nombor jersi beliau



Presiden KRG, YBrs. En. Nur Farhat Iskandar Md. Isa


Timb. Presiden KRG, YBrs. En Ishak bin Ismail.

Pelancaran jersi ini adalah kali pertama dilakukan dengan hasil idea yang telah digembling oleh Presiden KRG dan juga COO GWGF. Jersi ini juga akan di pakai untuk perlawanan persahabatan apa jua pertandingan yang diatur oleh pihak sekratariat kelab. Perlawanan persahabatan yang terdekat adalah futsal antara KRG menentang Vehicle Managment Unit (VMU) Puncak Niaga Sdn. Bhd.





Semoga dengan mengadakan perlawanan persahabatan ini, membuatkan lagi persahabata antara dua syarikat ini akan lebih akrab. InsyaALLAH dengan kepimpinan sekarang KRG akan terus maju mendokong GWGF dalam semua hal yang berkaitan.

MUHAMMAD HAFIZ HJ. BAHARI
SETIAUSAHA
SHAH ALAM, SELANGOR




Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN