LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJYA (YBhg. Dato' Mohammad Sahfri Ab Aziz)










Pada tanggal 16 Februari 2015  bersamaan dengan 27 Rabiul Akhir 1436 Hijrah, pihak GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu Dr. Abd. Rahim bin Aw. Kechik Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, En. Mohd Ismail bin Masri Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, En. Nur Farhat Iskandar bin Mohame Isa Eksekutif Program GWGF, En. Anas bin Alimor Setiausaha Eksekutif dan En.  Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari Eksekutif Hal Ehwal Sosial dan Kemasyarakatan GWGF kepada generasi FELDA yang berjaya iaitu YBhg. Dato' Mohamad Sahfri bin Ab Aziz, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Latar belakang beliau adalah merupakan anak kepada peneroka FELDA Keratong 2 yang terletak di dalam Wilayah Kuantan, Pahang Darul Makmur. YBhg. Dato’  Mohamad Sahfri bin Ab Aziz, seorang warganegara Malaysia berumur 39 tahun, telah dilantik ke jawatan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di DUN Bukit Ibam. Selain itu beliau juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Pahang.

Di dalam pertemuan ringkas yang dilangsungkan di pejabat beliau, beliau menyentuh beberapa aspek terutamanya adalah mengenai kepincangan di dalam FELDA dan juga FGV, kerana beliau berpendapat dengan kepincangan ini institusi peneroka akan rebah kerana tiada kesefahaman di dalam tadbir urus. Selain itu juga beliau ada menekankan mengenai perumahan bagi generasi FELDA yang meletakan harga agak tinggi dan ianya akan membataskan pembelian oleh generasi FELDA yang hanya bekerja sebagai buruh dan lain lain.

Selain itu juga beliau juga ada mencadangkan mengenai perjumpaan anak-anak FELDA di sekitar Lembah Klang untuk bertanya khabar dan juga menyelesaikan beberapa masalah yang di hadapi oleh generasi baru FELDA yang tinggal di sekitar ibu kota.

Di akhir, perbincangan ringkas beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak GWGF kerana sudi untuk hadir bertemu dengan generasi FELDA yang berjaya. Beliau amat menyokong hasrat murni pihak GWGF untuk membuat lawatan kepada semua generasi FELDA yang berjaya kerana ianya mampu menonjolkan identiti GWGF sebagai badan bukan kerajaan yang membantu FELDA.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN