MAJLIS PENYERAHAN KAD PENGENALAN KEPADA GENERASI BARU FELDA

MAJLIS PENYERAHAN KAD PENGENALAN KEPADA GENERASI BARU FELDA
Assalamualaikum dan Salam 1 GWGF

Kota Tinggi, 15 Jun 2015 ; Penantian seorang ibu melihat anaknya memiliki taraf warga negara selepas di tinggalkan suami warga Indonesia sejak sembilan tahun yang lalu menjadi kenyataan apabila menerima MyKad daripada Jabatan Pendaftran Negara.

Siti Hajar Sarmani, 50 berkata bantuan daripada Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyelesaikan masalah itu, membolehkan anaknya hidup selesa. Sebelum ini, dua anak saya Hasnol Abdullah, 33 dan Siti Noraishah, 9 saja yang mempunyai Kad Pengenalan.

"Anak saya pasangan kembar Jupri, 28 dan Noraini 28, Abdul Aziz 27, Kadri 21, serta Umar, 20 baru sahaja memperoleh Kad Pengenalan, manakala permohonan Rohaizila 14, masih dalam proses,' katanya.

Majlis Penyerahan kad pengenalan ini disempurnakan Pegawai Pendaftran Kota Tinggi, En. Mohd Izzuan Izham Khan dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdullah bin Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Mohd Ismail Masri.

Siti Hajar berkata, kediaman yang jauh di pendalaman selain buta huruf menyukarkan dia mendaftarkan anaknya. Semenjak ketiadaan suami, saya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menyara anak dengan bekerja sebagai nelayan. Kekangan hidup menyukarkan saya mendaftarkan kelahiran anak sehingga menyebabkan mereka gagal memiliki kad pengenalan hingga dewasa.

Sementara itu Abdullah berkata, GWGF membantu menyelesaikan masalah ini melalui satu surat sokongan yang dikeluarkan dan dihantar kepada Ketua Pengarah JPN  sebelum diproses Kementerian Dalam Negeri (KDN), Beliau berkata lagi meminta kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama, sila tampil.

GWGF juga mendesak kepada kepimpinan FELDA rancangan untuk memantau nasib Generasi Baru FELDA agar ianya terpelihara daripada sebarang masalah dan meminta kepimpinan FELDA turun padang dalam menyelesaikan perkara-perkara seperti ini khusunya melibatkan kewarganegaraan.

KERATAN AKHBAR

HARIAN METRO 17 JUN 2015 - HALAMAN 2 (EDISI JOHOR)

SINAR HARIAN 17 JUN 2015 - HALAMAN 40 (EDISI JOHOR)



SINAR HARIAN ONLINE


FELDA VOICE ONLINE


FELDA VOICE ONLINE

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PENYERAHAN



Ucapan aluan oleh Saudara Hafiz, Tuan Pengerusi Majlis


Bacaan doa diketui oleh Ustaz Mohammad Kamil


YBhg. Datuk Haji Abdullah memberi ucapan aluan



En. Mohd Izzuan Izham Khan menyerahkan replika IC kepada Abdul Aziz Abdullah dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar.


YBhg. Datuk Haji Abdullah menyerahkan cenderahati kepada wakil JPN Kota Tinggi


Abdul Aziz Abdullah bersama ibunya Puan Satiajah sedang di temu bual oleh wartawan 



Sesi bergambar bersama semua urusetia yang menjayakan majlis ini

Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari
Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN