GWGF FUNRACE MOTOCROSSSG DUSUN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1 GWGF

KEJOHANAN GWGF FUNRACE MOTOCROSS SG DUSUN 2015

Hulu Selangor, 7 Jun 2015 ; Persatuan Sukan Bermotor GWGF adalah sebuah persatuan yang diwujudkan untuk menarik minat golongan muda menyertai sukan lasak seara amnya dalam sukan permotoran motocross. Disamping itu juga, mendedahkan mereka dengan ciri-ciri keselamatan dalam menyertai sukan ini.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2015 bertempat di Litar Motocross Sungai Dusun, FELDA Soeharto, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kejohanan ini disertai lebih 100 peserta melibatkan Generasi Baru FELDA dan luar FELDA daripada seluruh negara. Persatuan ini adalah salah satu persatuan yang bergabung dengan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang akan menganjurkan Pertandingan GWGF Funrace Motorcross Sungai Dusun dengan kerjasama Kelab Sungai Dusun Motorsport.

 Objektif penganjuran ini adalah seperti berikut : -
  • Menarik minat dan menggalakkan penyertaan belia untuk menyertai aktiviti sukanlasak.
  • Menjalinkan ikatan perpaduan, diantara belia memperluaskan pergaulan
  • Memupuk semangat kesukanan dikalangan belia 
Pertandingan ini akan membuka peluang kepada para pelumba untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin sebagai persediaan para pelumba untuk menyertai pertandingan motocross yang lebih besar pada masa akan datang. Sebanyak 6 kategori dipertandingkan antaranya seperti berikut :

     
                      i.        Motocross Open
                    ii.        Motocross Veteren
                   iii.        Cubcross Open
                   iv.        CKD & Classic Open
                    v.        Motocross Endurance
                   vi.        Cub Standard

Pertandingan ini akan mengenengahkan pelumba-pelumba yang professional dalam sukan
lasak ini. Bakat-bakat baru juga akan dicungkil terutamanya daripada golongan Generasi Baru
FELDA untuk digilap bagi menyertai pertandingan lain pada masa akan datang. Pelbagai juga aktiviti-aktiviti yang menarik disediakan kepada pengunjung yang hadir menyaksikan pertandingan GWGF Funrace Motocross Sg. Dusun 2015, seperti berikut:

                      i.        Pameran daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
                    ii.        Pameran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
                   iii.        Pameran daripada Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
                   iv.        Pameran daripada pasukan penapis air JERNIH
                    v.        Pendaftaran keahlian GWGF dan  Storm Rider Junior Racing Team
                   vi.        Gerai-gerai jualan

Selain itu, kejohanan ini juga mendapat kerjasama daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyumbangkan 30 unit banting dan 6 banner yang memaparkan pelbagai mesej pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar dan kebersihan. Kejohanan  ini dirasmi dan disempurnakan oleh Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), dan juga merupakan Penaung kepada Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Pihak persatuan menyeru kepada semua warga Generasi Baru FELDA yang berminat dengan sukan lasak motocross ini untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia bagi membolehkan bakat mereka digilap dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.Kejohanan ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan dengan semua pihak yangterlibat membantu menjayakan pertandingan ini.

Hadiah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Rozali, Presiden GWGF kepada para pemenang pemenang pertandingan.Pihak persatuan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KementerianBelia & Sukan yang sentiasa menyokong program seperti ini dengan melibatkan GenerasiBaru untuk lebih produktif dan berdaya saing pada masa akan datang.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN