Sejarah Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Sejarah Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)














Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) telah ditubuhkan pada 23hb Ogos 2002. Majlis perasmian penubuhannya telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (pada ketika itu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor.



Seiring dengan perhimpunan ini, turut diadakan simposium yang merangkumi sesi percambahan fikiran, pembentangan kertas kerja dan perbincangan. Sesi-sesi ini telah menghasilkan satu resolusi yang menjadi teras kepada perjuangan GWGF dalam usaha memartabatkan masa depan peneroka dan generasi peneroka Felda yang lebih gemilang. GWGF turut mengadakan pameran dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan serta menjalankan pendaftaran keahlian GWGF.

Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN