Jawatan Kosong Terkini GWGF

Jawatan Kosong Terkini GWGF


GWGF mempunyai beberapa jawatan kosong untuk dipenuhi oleh generasi FELDA yang berminat:

1 . Pengurus (1 kekosongan)
SYARAT :
a.    Lelaki
b.    Berumur 30 tahun ke atas.
c.     Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
d.     Mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e.     Mempunyai pengetahuan am yang luas dan berkobolehan sebagai seorang pemimpin.
f.    Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun.
g.    Bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).

2.  Eksekutif  Kanan (1 kekosongan)
SYARAT :
a.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
b.    Mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
c.    Mempunyai pengetahuan am yang luas dan berkobolehan dalam penulisan.
d.    Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun.
e.    Bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).

3. Eksekutif Keahlian (1 kekosongan)
SYARAT :

a.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
b.    Mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
c.    Mempunyai pengetahuan am yang luas dan mahir menggunakan komputer.
d.    Bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).

4 . Eksekutif Akademi Islam  (1 kekosongan)
SYARAT :
a.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
b.    Mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
c.    Mempunyai pengetahuan am yang luas dan berkebolehan dalam penulisan serta aktif di dalam persatuan dan ko-kurikulum.
d.    Bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam)
       
5. Pegawai Perubatan (1 kekosongan)
SYARAT :
a. berdaftar dengan MMC (Malaysia Medical Resources),
b. pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun
c. bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).


6. Eksekutif Perhubungan Awam (1 kekosongan)
SYARAT :
a. memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan
b. mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
c. Mempunyai pengetahuan am yang luas dan berkobolehan dalam penulisan.
d. bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).


7. Kerani (2 kekosongan)
SYARAT :
a. memiliki sekurang-kurangnya SPM
b. boleh bekerja di bawah pengawasan minima
c. Sanggup bekerja di luar kawasan

pemohon yang berminat boleh menhantar resume ke :

ukerjaya@gwgf.org.my

serta melalui pos ke :

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran
Tinkat 9, Wisma SunwayMas,
No.1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Selangor.

Read More

PENAMPILAN SULUNG GWGF DALAM KEJOHANAN BADMINTON

PENAMPILAN SULUNG GWGF DALAM KEJOHANAN BADMINTON

Gabungan Wawasan Generasi FELDA ( DWGF)  menghantar 13 pemain pemain badminton ke Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai usaha memartabatkan sukan itu dikalangan golongan belia FELDA.

Kejohanan badminton kali ke 53 itu akan diadakan di Stadium Badminton Taman Tasik Titiwangsa selama lima hari bermula 21 September 2011 ini adalah julung kali disertai GWGF agar lebih ramai golongan belia FELDA bergiat  cergas dalam sukan berprestij itu.

Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdulah Bakar, berkata, pihaknya sudah memilih tujuh pemain lelaki dan enam pemain perempuan untuk memberikan saingan kepada pasukan bertanding dikejohanan ini.    

Katanya, setakat ini persediaan sudah dilakukan bagi memastikan GWGF boleh merangkul kemenangan dalam Sembilan kategori yang akn dipertandingkan berikutan prestasi cemerlang ditunjukan pemain.

“Berdasarkan kemampuan pemain, GWGF mempertaruhkan 2 orang pemain bagi perseorangan lelaki terbuka, 4 orang bagi bergu lelaki terbuka, 4 orang bagi bergu perempuan terbuka, 2 orang bagi perseorangan wanita terbuka dan seorang pemain bagi kategori perseorangan veteran.

“Pemain-pemain ini telah dipilih melalui kejohanan badminton yang telah dianjurkan oleh GWGF di setiap wilayah bermula Ogos 2010 hingga Julai 2011” katanya Berita Harian di sini.

Abdulah berkata, untuk memperkasakan pasukannya, GWGF melantik  jurulatih Sukan Malaysia ( SUKMA) Selangor, Abd Rani Abd Wahab menjadi jurulatih.

Beliau berkata, pemain badminton pasukan ini dijangka akan menghadapi saingan dari pemain negara jiran seperti Singapura dan Indonesia yang turut menyertai kejohanan kali ini.

Mengenai latihan membantu kekuatan mental dan fizikal pemain, beliau berkata usaha sudah dijalankan memberi dorongan serta ransangan kepada pemain supaya mereka tabah menghadapi persaingan daripada pemain negara lain.

Katanya, latihan yang diberikan sudah memadai dan GWGF berkeyakinan pasukan anak FELDA ini mampu menjulang kejayaan seperti diharapkan.

Abdullah berkata, FELDA mahu melihat golongan belia ditanah rancangan FELDA menonjol dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, sukan, politik dan sosial supaya boleh dijadikan contoh kepada negara lain.

“GWGF berharap penyertaannya dalam kejohanan dapat membuka ruang buat pemain-pemain sukan badminton FELDA ini menempa kejayaan dalam arena ini sehingga peringkat antarabangsa seterusnya menyuntik semangat serta menaikkan minat warga FELDA di tanah rancangan untuk turut bergiat dalam sukan ini.

“Oleh itu, Warga FELDA diminta memberikan sokongan moral kepada pemain GWGF dalam usaha memartabatkan sukan ini kalangan generasi muda” katanya.

Read More

Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kali ke-53

Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kali ke-53
Pasukan GWGF akan berentap dalam Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kali ke-53 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Badminton Melayu Malaysia bertempat di Stadium Badminton Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 21-25 sep ini..jom ramai-ramai kita sokong anak felda:


JADUAL PERLAWANAN bagi pasukan GWGF dalam KEJOHANAN BADMINTON Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kali ke-53:

khamis (22/9) -
10 pg : perseorangan veteran (gelanggang E)
11.30 pg : perseorangan wanita (gelanggang E)
12.00 tghri : perseorangan wanita (glnggang B)
3.30 ptg : bergu lelaki terbuka (glnggang C)
4 ptg : bergu lelaki terbuka (glnggang B)

Jumaat (23/9): 10.30 pg -bergu wanita: (glnggang B)

sabtu (24/9) : 9.30 pg-Bergu Wanita (glnggang A)
Read More

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2011

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2011
Pada 17hb September yang lepas, kira-kira 1000 warga FELDA dari seluruh Malaysia telah bersama-sama berhimpun di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagi menghadiri jamuan hari raya aidilfitri 2011 yang telah diadakan bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Jamuan yang turut dihadiri oleh sukarelawan GWGF dari setiap FELDA seluruh Malaysia ini turut dihiburkan oleh persembahan artis-artis FELDA seperti Jalil Hamid, Harun Ahmad, Nora Zulkifli, Suhaimi Inteam, Faizol Malaysian Idol, Isman Hijjaz, Khairul Mustika, Along exist, Ayie Spider, Ijat Indie Band dan Nafi Spider. Selain acara persembahan nyanyian, turut diadakan sesi melukis potret oleh kartunis Butet yang juga merupakan anak jati FELDA

Majlis yang cukup meriah itu diselitkan dengan pelbagai acara menarik seperti acara pemberian duit raya kepada kanak-kanak, pertandingan karaoke yang disertai oleh tetamu-tetamu yang hadir, pertandingan pakaian tercantik lelaki dan wanita, dan acara teka-teki. Dalam kita bergembira, yang susah tidak dilupakan. GWGF turut menghulurkan sumbangan kepada kirakira 40 orang anak yatim dari FELDA-FELDA yang dibawa khusus dari negeri Pahang.

Pihak GWGF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan jamuan hari raya aidilfitri GWGF. Pihak GWGF juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

** gambar program boleh dilihat di facebook GWGF
http://www.facebook.com/pages/GWGF/120286201326503
Read More

Jawatan Kosong Terkini GWGF (diperlukan segera)

Jawatan Kosong Terkini GWGF (diperlukan segera)
GWGF mempunyai beberapa jawatan kosong untuk dipenuhi oleh generasi FELDA yang berminat:

1. Pegawai Perubatan (1 kekosongan)
SYARAT :
a. berdaftar dengan MMC (Malaysia Medical Resources),
b. pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun
c. bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).


2. Eksekutif Perhubungan Awam (1 kekosongan)
SYARAT :
a. memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan
b. mempunyai keyakinan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
c. Mempunyai pengetahuan am yang luas dan berkobolehan dalam penulisan.
d. bersedia untuk bertugas luar dari Shah Alam (Ibu pejabat di Shah Alam).


3. Kerani (2 kekosongan)
SYARAT :
a. memiliki sekurang-kurangnya SPM
b. boleh bekerja di bawah pengawasan minima
c. Sanggup bekerja di luar kawasan

pemohon yang berminat boleh menhantar resume ke :

ukerjaya@gwgf.org.my atau farahwahida@gwgf.org.my

serta melalui pos ke :

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran
Tinkat 9, Wisma SunwayMas,
No.1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Selangor.
Read More

Rumah terbuka aidilfitri GWGF

Rumah terbuka aidilfitri GWGF



GWGF akan mengadakan MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI GWGF dan menjemput semua warga felda dan generasi felda untuk turut hadir pada:

tarikh : 17hb september 2011 (sabtu)
tempat : Wisma Rozali, No. 4, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Masa : 10.45 pagi - 2.00 petang

** pelbagai acara dan persembahan dari artis-artis yang berasal dari felda akan turut menghiburkan anda..
Read More

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FELDA 2011 BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FELDA 2011 BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.
Sempena aidilfitri yang lalu, Gabungan Wawasan Generasi FELDA sekali lagi telah menganjurkan program gotong royong perdana FELDA sempena hari raya aidilfitri seperti tahun 2010 yang lalu dan ianya telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record kerana mendapat penyertaan terbesar iaitu sebanyak 317 buah FELDA dalam program gotong royong. Aktiviti gotong royong ini diadakan di 317 rancangan FELDA di seluruh negara tersebut dijalankan dengan kerjasama pihak FELDA, pengurusan FELDA dan penduduk FELDA.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin anak-anak FELDA yang pulang beraya serta memupuk kerjasama antara semua generasi tanpa mengira usia dalam bersama bergotong royong menperindahkan dan membersihkan kawasan FELDA seperti di kawasan blok, kawasan kubur, masjid, jalan masuk utama FELDA dan sebagainya kerana dengan adanya program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara Generasi muda FELDA dengan golongan emas dan warga FELDA, menghidupkan kembali suasana tolong menolong, bekerjasama dan saling bertolak ansur di kalangan warga FELDA serta memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota masyarakat yang dibantu, malah kepada golongan belia itu sendiri kerana mereka ini yang menjadi sandaran kepada pembangunan dan kemajuan kepada FELDA dan Negara di masa akan datang.

Program tahunan ini diharap dapat di teruskan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi memupuk budaya dan nilai-nilai murni di kalangan Generasi Baru FELDA serta salah satu usaha untuk mengindahkan lagi kawasan Tanah Rancangan FELDA serta memastikan kawasan tanah rancangan FELDA sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.

** gambar program boleh dilihat di facebook rasmi GWGF..
Read More

TAKBIR RAYA GWGF-RTM DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA.

TAKBIR RAYA GWGF-RTM DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA.
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri dari warga-warga Generasi Baru Peneroka FELDA, Peneroka FELDA dan Penerokawati dari 317 rancangan tanah FELDA di seluruh Negara. Ianya diurus oleh anak-anak peneroka FELDA dari golongan professional dan penubuhan yang dibuat khusus untuk memajukan Generasi Baru FELDA dan bertindak sebagai badan penasihat kepada 13 buah Persatuan lain yang bernaung di bawah GWGF.

Sempena aidilfitri yang menjelang, GWGF telah berjaya melakukan rakaman takbir raya GWGF dengan kerjasama JAKIM dan pihak RTM. Perkara ini telahpun dapat direalisasikan dan rakaman takbir raya ini telah dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya. Objektif utama rakaman takbir raya GWGF ini diadakan adalah untuk memperkenalkan GWGF kepada seluruh warga Malaysia selain warga FELDA, untuk mewakili warga FELDA dan Generasi Baru FELDA dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mereka yang terlibat dalam rakaman takbir raya ini adalah Tan Sri Rozali Ismail (Pengerusi GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar (Timbalan Pengerusi GWGF), Encik Kamarulzaman Mohamad (Ketua Pegawai Operasi GWGF), Ahli-ahli Majlis Tertinggi GWGF, kakitangan lelaki GWGF, ADUN-ADUN dan Artis-artis Malaysia yang terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu Peneroka FELDA. Rakaman takbir raya GWGF ini telah di ketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Imam Muda FELDA yang di bawah naungan GWGF iaitu Encik Nuri Ali Arbain.

Semoga dengan adanya siaran rakaman takbir raya GWGF ini, GWGF akan lebih dikenali dan meniti di bibir-bibir warga Malaysia dalam apa jua program yang dilaksanakan.
Read More

GWGF MENGUNJUNGI 2 BERADIK MANGSA SIMBAHAN ASID

GWGF MENGUNJUNGI 2 BERADIK MANGSA SIMBAHAN ASID
Kebelakangan ini terlalu kerap kita dengar dan baca di dada-dada akhbar mengenai kes-kes yang membabitkan simbahan asid dan cuka getah oleh mereka yang tidak dikenali kepada mereka yang tidak berdosa. Kawasan FELDA juga tidak ketinggalan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini ini. Pada penghujung Julai yang lalu bertempat di FELDA Jengka 9, Pahang dua orang kanak-kanak yang tidak berdosa iaitu Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi yang berumur 13 tahun dan adiknya Syaffiy Aiman Mat Safar Zaidi yang berumur 10 tahun yang disimbah cuka getah semasa pulang dari sekolah oleh individu yang tidak dikenali dan dipercayai juga berasal dari tanah rancangan berkenaan.

Pihak Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) cuba meringankan beban ke atas mangsa simbahan cuka getah yang berasal dari FELDA Jengka 9, Pahang te;ah mengadakan kunjungan pada 18hb Ogos yang lalu serta memberikan sumbangan kepada mangsa dan keluarga mangsa dan ianya telah disampaikan sendiri oleh Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga merupakan Timbalan Pengerusi GWGF bertujuan bagi membantu pembiayaan kos rawatan dua beradik berkenaan, selain berjanji untuk memantau perkembangan perubatan mereka. Setakat ini sudah lima hingga enam kali dua beradik itu dibedah untuk merawat bahagian yang cedera dan menampal kulit pada tempat tertentu yang berlubang.

Dua beradik yang menjadi simbahan cuka getah oleh seorang lelaki yang di percayai kurang siuman pada 19hb Julai lalu kini masih menerima rawatan di Unit Kebakaran Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur(HKL) , telah cedera di seluruh muka, telinga dan beberapa bahagian badan, kini masih trauma dengan kejadian terbabit. Lelaki berkenaan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Abdullah berkata rakyat Malaysia kini seharusnya lebih berhati-hati jika mahu keluar rumah untuk ketempat kerja, bersantai atau apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan kerana terlalu banyak kejadian yang sebegini telah berlaku.
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN