PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FELDA 2011 BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

Sempena aidilfitri yang lalu, Gabungan Wawasan Generasi FELDA sekali lagi telah menganjurkan program gotong royong perdana FELDA sempena hari raya aidilfitri seperti tahun 2010 yang lalu dan ianya telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record kerana mendapat penyertaan terbesar iaitu sebanyak 317 buah FELDA dalam program gotong royong. Aktiviti gotong royong ini diadakan di 317 rancangan FELDA di seluruh negara tersebut dijalankan dengan kerjasama pihak FELDA, pengurusan FELDA dan penduduk FELDA.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin anak-anak FELDA yang pulang beraya serta memupuk kerjasama antara semua generasi tanpa mengira usia dalam bersama bergotong royong menperindahkan dan membersihkan kawasan FELDA seperti di kawasan blok, kawasan kubur, masjid, jalan masuk utama FELDA dan sebagainya kerana dengan adanya program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara Generasi muda FELDA dengan golongan emas dan warga FELDA, menghidupkan kembali suasana tolong menolong, bekerjasama dan saling bertolak ansur di kalangan warga FELDA serta memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota masyarakat yang dibantu, malah kepada golongan belia itu sendiri kerana mereka ini yang menjadi sandaran kepada pembangunan dan kemajuan kepada FELDA dan Negara di masa akan datang.

Program tahunan ini diharap dapat di teruskan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi memupuk budaya dan nilai-nilai murni di kalangan Generasi Baru FELDA serta salah satu usaha untuk mengindahkan lagi kawasan Tanah Rancangan FELDA serta memastikan kawasan tanah rancangan FELDA sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.

** gambar program boleh dilihat di facebook rasmi GWGF..

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN