TAKBIR RAYA GWGF-RTM DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA.

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri dari warga-warga Generasi Baru Peneroka FELDA, Peneroka FELDA dan Penerokawati dari 317 rancangan tanah FELDA di seluruh Negara. Ianya diurus oleh anak-anak peneroka FELDA dari golongan professional dan penubuhan yang dibuat khusus untuk memajukan Generasi Baru FELDA dan bertindak sebagai badan penasihat kepada 13 buah Persatuan lain yang bernaung di bawah GWGF.

Sempena aidilfitri yang menjelang, GWGF telah berjaya melakukan rakaman takbir raya GWGF dengan kerjasama JAKIM dan pihak RTM. Perkara ini telahpun dapat direalisasikan dan rakaman takbir raya ini telah dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya. Objektif utama rakaman takbir raya GWGF ini diadakan adalah untuk memperkenalkan GWGF kepada seluruh warga Malaysia selain warga FELDA, untuk mewakili warga FELDA dan Generasi Baru FELDA dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mereka yang terlibat dalam rakaman takbir raya ini adalah Tan Sri Rozali Ismail (Pengerusi GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar (Timbalan Pengerusi GWGF), Encik Kamarulzaman Mohamad (Ketua Pegawai Operasi GWGF), Ahli-ahli Majlis Tertinggi GWGF, kakitangan lelaki GWGF, ADUN-ADUN dan Artis-artis Malaysia yang terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu Peneroka FELDA. Rakaman takbir raya GWGF ini telah di ketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Imam Muda FELDA yang di bawah naungan GWGF iaitu Encik Nuri Ali Arbain.

Semoga dengan adanya siaran rakaman takbir raya GWGF ini, GWGF akan lebih dikenali dan meniti di bibir-bibir warga Malaysia dalam apa jua program yang dilaksanakan.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN