PENAMPILAN SULUNG GWGF DALAM KEJOHANAN BADMINTON


Gabungan Wawasan Generasi FELDA ( DWGF)  menghantar 13 pemain pemain badminton ke Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai usaha memartabatkan sukan itu dikalangan golongan belia FELDA.

Kejohanan badminton kali ke 53 itu akan diadakan di Stadium Badminton Taman Tasik Titiwangsa selama lima hari bermula 21 September 2011 ini adalah julung kali disertai GWGF agar lebih ramai golongan belia FELDA bergiat  cergas dalam sukan berprestij itu.

Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdulah Bakar, berkata, pihaknya sudah memilih tujuh pemain lelaki dan enam pemain perempuan untuk memberikan saingan kepada pasukan bertanding dikejohanan ini.    

Katanya, setakat ini persediaan sudah dilakukan bagi memastikan GWGF boleh merangkul kemenangan dalam Sembilan kategori yang akn dipertandingkan berikutan prestasi cemerlang ditunjukan pemain.

“Berdasarkan kemampuan pemain, GWGF mempertaruhkan 2 orang pemain bagi perseorangan lelaki terbuka, 4 orang bagi bergu lelaki terbuka, 4 orang bagi bergu perempuan terbuka, 2 orang bagi perseorangan wanita terbuka dan seorang pemain bagi kategori perseorangan veteran.

“Pemain-pemain ini telah dipilih melalui kejohanan badminton yang telah dianjurkan oleh GWGF di setiap wilayah bermula Ogos 2010 hingga Julai 2011” katanya Berita Harian di sini.

Abdulah berkata, untuk memperkasakan pasukannya, GWGF melantik  jurulatih Sukan Malaysia ( SUKMA) Selangor, Abd Rani Abd Wahab menjadi jurulatih.

Beliau berkata, pemain badminton pasukan ini dijangka akan menghadapi saingan dari pemain negara jiran seperti Singapura dan Indonesia yang turut menyertai kejohanan kali ini.

Mengenai latihan membantu kekuatan mental dan fizikal pemain, beliau berkata usaha sudah dijalankan memberi dorongan serta ransangan kepada pemain supaya mereka tabah menghadapi persaingan daripada pemain negara lain.

Katanya, latihan yang diberikan sudah memadai dan GWGF berkeyakinan pasukan anak FELDA ini mampu menjulang kejayaan seperti diharapkan.

Abdullah berkata, FELDA mahu melihat golongan belia ditanah rancangan FELDA menonjol dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, sukan, politik dan sosial supaya boleh dijadikan contoh kepada negara lain.

“GWGF berharap penyertaannya dalam kejohanan dapat membuka ruang buat pemain-pemain sukan badminton FELDA ini menempa kejayaan dalam arena ini sehingga peringkat antarabangsa seterusnya menyuntik semangat serta menaikkan minat warga FELDA di tanah rancangan untuk turut bergiat dalam sukan ini.

“Oleh itu, Warga FELDA diminta memberikan sokongan moral kepada pemain GWGF dalam usaha memartabatkan sukan ini kalangan generasi muda” katanya.


Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN