GWGF SERU WARGA FELDA WASPADA TERHADAP TANAH RUNTUH

GWGF SERU WARGA FELDA WASPADA TERHADAP TANAH RUNTUH
SHAH ALAM, 26 Mei 2011 – Kejadian yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Di Batu 14, Hulu Langat Selangor pada 21hb Mei 2011 yang lalu sehingga mengorbankan 16 orang harus dijadikan iktibar oleh pelbagai pihak. Mengulas kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak terlibat melakukan kajian menyeluruh ke atas penempatan yang dibina atas tanah berstatus pertanian bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, GWGF mengambil maklum dan menyeru agar langkah proaktif dapat diambil dan sentiasa mengenal pasti kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Untuk itu, GWGF mengambil beberapa langkah proaktif bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan dan masyarakat FELDA menangani masalah kejadian tana h runtuh supaya ianya tidak berulang lagi. GWGF melalui sukarelawan GWGF yang berada di 317 buah Tanah Rancangan FELDA di seluruh Malaysia akan mula mengenal pasti dan membanci rumah-rumah Peneroka FELDA yang berada di kawasan cerun yang mungkin mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak kami juga ingin memohon kepada pihak pengurusan FELDA agar turut sama dalam inisiatif ini bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko menyebabkan kejadian tanah runtuh di Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia.

Setakat hari ini, Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) yang dilancarkan pada 21hb November 2011 yang lalu telah berjaya menyelesaikan masalah berkaitan tanah runtuh dimana BAPAK telah menerima satu aduan mengenai tebing runtuh daripada Allahyarham Mat Saat Ahmad, peneroka FELDA Mempaga 2, Pahang pada 17 Disember 2011 yang lalu dan tindakan susulan telah diambil selepas 4 hari aduan diterima. Rumah beliau hampir runtuh ekoran kejadian tanah runtuh di tebing rumah dan beliau telah memaklumkan masalah tersebut kepada BAPAK. Apabila perkara ini dimaklumkan oleh BAPAK kepada FELDA, maka masalah tanah runtuh ini telah dapat diatasi dengan segera sebelum kejadian buruk berlaku.

Oleh yang demikian, GWGF menyeru kepada warga FELDA yang mempunyai masalah seperti itu agar terus melaporkan serta membuat aduan kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) melalui pelbagai cara seperti talian bebas tol 1800 88 4943, SMS : 019-3894943, Emel : aduan@gwgf.org.my, surat dan borang aduan serta melalui sukarelawan GWGF di 317 buah Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia. Pihak BAPAK akan memastikan tindakan susulan diambil dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.

Tan Sri Rozali Ismail
Pengerusi,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Read More

PELANCARAN PROGRAM GWGF BERSAMA MASYARAKAT FELDA SEPANJANG TAHUN 2011/2012

PELANCARAN PROGRAM GWGF BERSAMA MASYARAKAT FELDA SEPANJANG TAHUN 2011/2012
SHAH ALAM, 26 Mei 2011 – Bermula Jun 2011 sehingga Jun 2012, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah menggariskan perancangan program-program yang akan dijalankan sepanjang tempoh masa tersebut. Program GWGF Bersama Masyarakat FELDA Sepanjang Tahun 2011/2012 ini adalah terhasil daripada program jelajah “ Sesi Taklimat Cadangan Penyusunan Semula Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Dibawah Model Baru Ekonomi, Sosial Dan Pendidikan Untuk Generasi Baru Felda Bagi 20 Tahun Akan Datang ” yang telah dilaksanakan oleh pihak GWGF bermula dari Julai 2010 sehingga Januari 2011 yang lalu dimana ianya merangkumi 9 siri jelajah dan melibatkan kesemua 11 buah wilayah FELDA di seluruh Malaysia.

GWGF akan memastikan bahawa kalendar aktiviti GWGF bagi tahun 2011/2012 ini akan diadakan di pelbagai peringkat iaitu di peringkat Nasional hinggalah ke peringkat tanah rancangan FELDA dan ianya akan lebih memberikan fokus kepada golongan sasaran seperti golongan peneroka dan penerokawati, warga emas, belia, orang kurang upaya (OKU), pelajar-pelajar, usahawan,kontraktor, ibu tunggal serta anak-anak yatim.

Program-program yang akan dijalankan ini akan diselaraskan dan disertai oleh 12 buah persatuan yang bergabung di bawah GWGF iaitu :

1. Persatuan Peneroka FELDA Malaysia,
2. Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia,
3. Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia,
4. Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia,
5. Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia,
6. Pertubuhan Kebudayaan Dan Kesenian Generasi FELDA Malaysia (PERKESAN),
7. Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia,
8. Kelab Storm Rider GWGF,
9. Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia,
10. Pertubuhan Anak-anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia,
11. Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia,
12. Yayasan Pembangunan Generasi FELDA Malaysia

dan dengan kerjasama FELDA, PDRM, Kementerian kesihatan dan Pihak Bomba serta lain-lain agensi berkaitan.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah merangkumi beberapa aspek seperti kebudayaan dan kesenian, keagamaan, pendidikan, ekonomi, sukan dan sosial. Diantara aktiviti yang telah dirancang ialah :

SUKAN :
1. Kejohanan Sukan Felda (Futsal, Badminton & Bola Jaring).
2. Kejohanan Motor Cross Peringkat Negeri-Negeri.
KEBUDAYAAN & KESENIAN :
1. Pencarian Bakat FELDA (Nyanyian, Lakonan & Nasyid)

PENDIDIKAN :
1. Program Jom Masuk Kampus (Kerjasama GWGF dan Kolej Swasta)
2. Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa, (MDAB) Kerjasama GWGF-UITM.
3. Program Motivasi Di Tanah Rancangan FELDA
4. Program Mentor Mentee Untuk Pelajar Sekolah

EKONOMI :
1. Kursus & Seminar Kontraktor Kepada Generasi Baru FELDA.
2. Program Keusahawanan /Perniagaan Melalui Syarikat Kerjasama
3. Program Peluang Perniagaan Daripada Tender FELDA Kepada Generasi FELDA.
4. Program Penubuhan Koperasi Untuk Generasi Baru FELDA

SOSIAL :
1. Program Khas Semai Bakti (PDK)
2. Klinik Bergerak BAKTI-GWGF
3. Gotong Royong Perdana FELDA Sempena Hari Raya Aidilfitri 2011
4. Hari Peneroka Peringkat Tanah Rancangan FELDA

KEAGAMAAN :
1. Ceramah Agama Peringkat Tanah Rancangan di setiap FELDA.
2. Bengkel Pengurusan Imam Dan Bilal Generasi Baru FELDA.
3. Kursus Pengurusan Jenazah.
4. Program Rakan Masjid.
5. Kelas Pembudayaan Al-Quran.

Semua program tersebut akan diselaraskan dan digabungkan di dalam program “1 FELDA 1 Tekad (SATU)” dimana siri jelajah bagi program tersebut akan bermula di FELDA Lawin Selatan, Gerik, Perak dalam masa terdekat. GWGF juga akan memulakan Program “Saya Anak FELDA : Semarak Ilmu” yang akan dijalankan sepanjang bulan Jun 2011 hingga Disember 2011. Program ini akan dipenuhi dengan pengisian khusus seperti Ceramah Agama, Pertandingan Musabaqah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid.

Terdapat juga beberapa aktiviti lain yang akan dijalankan oleh GWGF dalam masa terdekat iaitu Program Sambutan 50 tahun Jubli Emas FELDA Gedangsa pada 28 & 29hb Mei ini dan program Sambutan Hari Peneroka peringkat Kebangsaan di Wilayah Jengka pada 7hb Julai 2011.

Dengan kekuatan seramai 317 orang sukarelawan GWGF yang berada di 317 buah tanah rancangan FELDA Seluruh Malaysia dan 11 orang pegawai perhubungan wilayah serta 7 orang penolong pegawai perhubungan wilayah yang bertugas di 11 buah wilayah FELDA seluruh Malaysia , GWGF yakin bahawa semua aktiviti dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan akan mendapat sambutan yang baik.

GWGF amat mengalu-alukan penyertaan semua warga FELDA dalam program ini secara amnya dan generasi baru FELDA khususnya sama ada yang berada di Tanah Rancangan FELDA atau yang berada di luar Tanah Rancangan. Mereka yang berminat untuk menyertai program-program anjuran GWGF bolehlah mendaftar melalui borang penyertaan yang diedarkan di setiap tanah rancangan FELDA melalui Sukarelawan GWGF. Selain itu mereka juga boleh menyertai mana-mana persatuan yang bergabung di bawah GWGF bagi memberi khidmat sukarela dalam usaha untuk berbakti kepada masyarakat FELDA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang diaturkan, bolehlah menghubungi Sekretariat GWGF di talian 03-55180995, melalui laman web rasmi GWGF iaitu www.gwgf.org.my , melalui laman sosial seperti facebook (carian : GWGF), twitter GWGF, Blog GWGF (http://mygwgf.blogspot.com) serta melalui sukarelawan GWGF yang berada di setiap Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia.

Tan Sri Rozali Ismail
Pengerusi,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Read More

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERHUBUNGAN WILAYAH DI GWGF..

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERHUBUNGAN WILAYAH DI GWGF..
JAWATAN KOSONG DI GWGF..

GWGF sedang mencari calon untuk mengisi kekosongan sebagai PEGAWAI PERHUBUNGAN WILAYAH ALOR STAR.

syarat :
1. mempunyai ijazah @ diploma
2. mempunyai lesen kereta atau motorsikal
3. sanggup bekerja dan bergerak ke selurah felda di wilayah alor star
4. boleh bekerja di bawah pengawasan minimum
berasal dari FELDA di dalam wilayah alor star
 kepada yang berminat bolehlah menghantar resume melalui email : noraini88_razali@yahoo.com, hazimin@gwgf.org.my atau melalui pos ke Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF),Tingkat 9, Wisma SunwayMas, No 1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, seksyen 9, 40100 Shah Alam Selangor.
Read More

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●• SELAMAT HARI GURU ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●• SELAMAT HARI GURU  ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•




GWGF serta warga kerja mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru Di Malaysia tidak kira dimana anda berbakti..jasamu kami sanjungi dan akan dikenang hingga ke akhir hayat..

TERIMA KASIH GURU
(Sempena Hari Guru 2009)

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN