GWGF SERU WARGA FELDA WASPADA TERHADAP TANAH RUNTUH

SHAH ALAM, 26 Mei 2011 – Kejadian yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Di Batu 14, Hulu Langat Selangor pada 21hb Mei 2011 yang lalu sehingga mengorbankan 16 orang harus dijadikan iktibar oleh pelbagai pihak. Mengulas kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak terlibat melakukan kajian menyeluruh ke atas penempatan yang dibina atas tanah berstatus pertanian bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, GWGF mengambil maklum dan menyeru agar langkah proaktif dapat diambil dan sentiasa mengenal pasti kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Untuk itu, GWGF mengambil beberapa langkah proaktif bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan dan masyarakat FELDA menangani masalah kejadian tana h runtuh supaya ianya tidak berulang lagi. GWGF melalui sukarelawan GWGF yang berada di 317 buah Tanah Rancangan FELDA di seluruh Malaysia akan mula mengenal pasti dan membanci rumah-rumah Peneroka FELDA yang berada di kawasan cerun yang mungkin mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak kami juga ingin memohon kepada pihak pengurusan FELDA agar turut sama dalam inisiatif ini bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko menyebabkan kejadian tanah runtuh di Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia.

Setakat hari ini, Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) yang dilancarkan pada 21hb November 2011 yang lalu telah berjaya menyelesaikan masalah berkaitan tanah runtuh dimana BAPAK telah menerima satu aduan mengenai tebing runtuh daripada Allahyarham Mat Saat Ahmad, peneroka FELDA Mempaga 2, Pahang pada 17 Disember 2011 yang lalu dan tindakan susulan telah diambil selepas 4 hari aduan diterima. Rumah beliau hampir runtuh ekoran kejadian tanah runtuh di tebing rumah dan beliau telah memaklumkan masalah tersebut kepada BAPAK. Apabila perkara ini dimaklumkan oleh BAPAK kepada FELDA, maka masalah tanah runtuh ini telah dapat diatasi dengan segera sebelum kejadian buruk berlaku.

Oleh yang demikian, GWGF menyeru kepada warga FELDA yang mempunyai masalah seperti itu agar terus melaporkan serta membuat aduan kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) melalui pelbagai cara seperti talian bebas tol 1800 88 4943, SMS : 019-3894943, Emel : aduan@gwgf.org.my, surat dan borang aduan serta melalui sukarelawan GWGF di 317 buah Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia. Pihak BAPAK akan memastikan tindakan susulan diambil dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.

Tan Sri Rozali Ismail
Pengerusi,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN