GWGF anjur program Jom Masuk U

MARAN 7 Jun - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menganjurkan program 'Jom Masuk Universiti' dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kemasukan sesi akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerjasama pihaknya dengan universiti itu adalah selaras dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Menurut beliau, program itu akan membantu pelajar Melayu berkelayakan dan daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 sebulan supaya dapat melanjutkan pengajian di UiTM.

"Seramai 317 sukarelawan GWGF di setiap tanah rancangan Felda akan turun padang mencari pelajar miskin yang mempunyai kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Abdullah berkata, program itu merupakan tanggungjawab pertubuhan tersebut membantu generasi baru Felda untuk mendapatkan tempat pengajian di universiti berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi akan ditawarkan mengikuti dua kursus pra diploma iaitu perdagangan dan sains.

Tambah beliau, mereka perlu mendaftar dengan sukarelawan GWGF yang ditempatkan di setiap tanah rancangan Felda.

Beliau berkata, mereka yang terpilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan mengikuti pengajian pada peringkat tersebut selama enam bulan secara percuma.

sumber : Utusan Malaysia edisi Pahang, 08 jun 2011

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN