KEMBARA GWGF KE KOLEJ AUTO PRIMA

KEMBARA GWGF KE KOLEJ AUTO PRIMA


Kota Kemuning, 24 Mei 2016 ; Kembara GWGF ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam berjumpa dengan Generasi FELDA yang menuntut di Kolej Auto Prima. GWGF diketuai oleh YBhg. Dr. Abdul Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad dan diiringi oleh En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia. Objektif perjumpaan bersama Generasi FELDA di Kolej Auto Prima, secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim dan bertukar pendapat bersama mahasiswa dan berbicara mengenai ruang dan peluang untuk masa hadapan dalam sektor pekerjaan. Perkongsian singkat antara GWGF bersama Generasi FELDA di sini, amat bermakna. Terima kasih Kolej Auto Prima.






















Read More

DISKUSI ILMIAH GWGF BERSAMA SERANTA FELDA

DISKUSI ILMIAH GWGF BERSAMA SERANTA FELDA
Catatan Semasa ; 18 Mei 2016 - Diskusi ilmiah berkenaan Kluster Ekonomi dan Keusahawan, Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) antara GWGF yang diwakili oleh Lt. Kol (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar bersama YBhg. Dato' Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir bersama adalah En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF, En. Azrel Izat Nordin, Setiausaha GAPROF, En. Shahril, Setiausaha Kerja Kluster Ekonomi dan Keusahawanan dan En. Mohd Syafiq Wahab, Pegawai Khas kapada Ketua Pegawai Operasi.
Intipati perbincangan adalah menjurus kepada perlaksanaan program berkaitan Kluster Ekonomi dan Keusahawanan yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.











Read More

PRESIDEN GWGF TERIMA ANUGERAH DI MONACO

PRESIDEN GWGF TERIMA ANUGERAH DI MONACO
Monaco-15 Mei 2016 ; Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, merangkap Presiden GWGF diatas penganugerahan 'WORLD LEADER BUSINESSPERSON' .
Majlis penganugerah ini telah dianjurkan oleh The Bizz 2016, World Confederation Of Businesses. Beliau merupakan anak peneroka FELDA Gedangsa dan menjadi orang pertama generasi FELDA menerima anugerah ini. Pencapaian dalam bidang perniagaan dan kepimpinan termasuk program khidmat masyarakat dalam membantu masyarakat umum dan FELDA melayakkan beliau dalam menerima anugerah tersebut.
Turut sama adalah YBhg. Dato' Amran Mohamad, Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Zainol Fithri bin Dato' Othman, Pengarah Eksekutif Sumber Strategik dan Perhubungan Awam PNHB, En. Imran Abdullah Setiausaha Kelab Storm Rider GWGF dan En. Anwar Tan Sri Rozali.








Read More

MISI GWGF DAN 60 RAJD DI GUGUSAN CHINI, PEKAN PAHANG

MISI GWGF DAN 60 RAJD DI GUGUSAN CHINI, PEKAN PAHANG

SHAH ALAM, 10 MEI 2016; Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama 60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), telah menyalurkan bantuan bekalan air bersih/terawat kepada penduduk sekitar Gugusan FELDA Chini yang telah mengalami krisis air berikutan cuaca panas melampau yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

Misi bantuan air ini telah bermula semenjak 26 April 2016 hingga operasi ditamatkan pada 5 Mei 2016. Misi ini telah berjalan selama 10 hari dengan diketuai oleh Encik Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF merangkap koordinator untuk misi kali ini. Selain GWGF dan RAJD, turut bersama dalam mengagihkan bekalan air bersih/terawat adalah daripada pasukan Tentera Bridged, Kem Terendak dan dibantu  pasukan 60 RAJD negeri-negeri iaitu dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS, Selangor), Lembaga Air Perak (LAP, Perak), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB, Melaka), Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB, Kelantan), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA, Pulau Pinang) , Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS, Negeri Sembilan) dan Syarikat Air Terengganu (SATU, Terengganu) yang melibatkan lebih 50 orang sukarelawan.

Kawasan FELDA yang terkesan akibat cuaca panas yang melampau terdiri daripada FELDA Chini Timur 1, FELDA Chini Timur 2, FELDA Chini Timur 3, FELDA Chini 1, FELDA Chini 2, FELDA Chini 3, FELDA Chini 4, FELDA Chini 5 dan juga perkampungan orang asli disekitar gugusan ini. Lebih 4,600 akaun penduduk sekitar Gugusan Chini yang terjejas berikutan masalah kemarau yang berpanjangan ini.

Sepanjang misi bantuan air yang dijalankan selama 10 hari di Gugusan Chini, GWGF dan RAJD turut mendapat kerjasama penuh daripada Yang Berhormat Dato’ Abu Bakar Haron, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini juga merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang senantiasa cakna dalam membantu setiap peneroka FELDA yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih ini.

Pengagihan bekalan air bersih/terawat dari rumah ke rumah telah banyak membantu melancarkan kehidupan seharian setiap warga FELDA yang terputus bekalan air bersih dan dengan cara pengagihan seperti ini dapat memastikan setiap warga FELDA yang terputus bekalan air ini dapat merasai kembali bekalan air bersih yang dihantar oleh petugas-petugas.

Bantuan bekalan air bersih daripada GWGF dan RAJD adalah atas dasar keprihatinan daripada YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF merangkap Briged Jeneral (K) RAJD yang senantiasa cakna berkenaan masalah yang dihadapi oleh warga FELDA khususnya perkara asas dalam kehidupan seperti ketiadaan air. Bantuan ini merupakan satu inisiatif GWGF dalam menyumbang tenaga dengan memberi bantuan khususnya kepada warga FELDA bagi meringankan beban setiap mangsa yang terjejas akibat kemarau ini. Program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat GWGF kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA yang memerlukan bantuan khas.

GWGF juga sebuah badan NGO FELDA yang aktif bagi memberi bantuan dalam pelbagai misi bantuan bagi meringankan beban penduduk FELDA khususnya. Misi bantuan bekalan air bersih ini bukan sahaja dapat menyumbangkan khidmat GWGF kepada masyarakat FELDA, malahan dapat mendekati dan mengeratkan hubungan GWGF dengan masyarakat FELDA Gugusan Chini.

Sumbangan yang diberikan oleh pasukan GWGF dan RAJD ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat FELDA yang dalam kesusahan akibat dugaan musim el-nino ini. GWGF juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat terutamanya PAIP, Pejabat Daerah Pekan, ICU JPM, FELDA dan kepimpinan masyarakat setempat yang telah memberikan kerjasama erat kepada GWGF dalam melaksanakan misi ini dengan jayanya.

MOHD ISMAIL MASRI
KETUA PEGAWAI OPERASI GWGF
KOORDINATOR MISI BANTUAN AIR DI GUGUSAN FELDA CHINI
 



Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Muhammad Hafiz Hj. Bahari, Eksekutif Perhubungan Korporat di talian 014 6384475 atau emel hafiz@gwgf.org.my









































































































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN