ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI BALI, INDONESIA


BALI, INDONESIA - Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad YBhg. Tan Sri Rozali Ismail telah dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Global 2016 pada majlis yang diadakan di Pullman Hotel and Resorts, Bali Legian Nirwana, Indonesia pada 23 April 2016 yang lalu. Beliau merupakan anak jati FELDA dari FELDA Gedangsa, Wilayah Trolak dan juga Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengharumkan nama negara untuk menerima anugerah “Leadersip Excellence in Utilities” . Pengiktirafan yang telah diterima oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail adalah satu penghormatan kepada kepimpinan beliau melalui pencapaian dan kejayaan dalam sektor utiliti khususnya industri air, sektor alam sekitar serta sektor pembinaan.

Anugerah kepimpinan global dianjurkan oleh “The Leadership International Magazine“ iaitu sebuah majalah perniagaan yang berprofil tinggi dan berpangkalan di Malaysia serta mendapat pengiktirafan daripada American Leadership Development” (ALDA). Majlis penganugerahan ini adalah majlis yang bersejarah dan berprestij dalam memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada kepimpinan organisasi dari pelbagai negara yang telah banyak menyumbang kepada kemanpatan ekonomi negara dan kepada masyarakat setempat. Majlis ini juga turut menerima kehadiran daripada beberapa syarikat ternama dari 74 buah negara, yang melibatkan beberapa tokoh usahawan yang berjaya yang terdiri daripada latar belakang bidang perniagaan yang berbeza-beza, pakar-pakar ekonomi dunia, ahli-ahli korporat serta penggiat seni, tokoh-tokoh akademik dan wakil-wakil diplomatik serantau.

Anugerah yang telah masuk edisi ke-6 dan PNHB telah dipilih berdasarkan kepada keberkesanan pelaksanaan syarikat dalam kualiti pengurusan operasi yang menyeluruh dan keupayaan syarikat untuk mempamerkan amalan kualiti dan kecemerlangan dalam operasi perniagaan. Penerima-penerima anugerah pada malam tersebut juga kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat yang berpengaruh dan aktif dalam komuniti, komited kepada penambahbaikan yang berterusan dan mempunyai rekod prestasi pencapaian dan inovasi yang cemerlang.

Anugerah ini telah dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Dr. (HC) Oesman Sapta, Naib Pengerusi Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia dan disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Tengku Panglima Diraja Selangor dan Tuan Yang Terutama Dato' Seri Zahrain Hashim, Duta Besar Malaysia ke Indonesia  telah memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan sendiri pingat penghargaan tersebut kepada Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.

Sebagai pemimpin dalam sektor utiliti YBhg. Tan Sri telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara melalui kepimpinan yang berkarisma, pengetahuan dan kepakaran dalam industri air , air kumbahan, sektor alam sekitar dan pembinaan. YBhg. Tan Sri Rozali telah menunjukkan kepimpinan teladan dan nilai-nilai yang sempurna serta integriti dan tanggungjawab yang membolehkan beliau untuk mengatasi cabaran. Pengiktirafan diberikan kepada YBhg. Tan Sri Rozali adalah bersama-sama dengan 33 kategori pencapaian yang turut diraikan termasuk beberapa anugerah yang baru seperti Lifetime Achievement, Master Class CEO of the Year, Master Class Brand of the Year, Emerging CEO of the Year, Women Entrepreneur of the Year and International Businesses and Industrial Clusters

YBhg. Tan Sri Rozali telah diiringi oleh anaknya, En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengurus Besar, Puncak Niaga Holdings Berhad ,YBhg. Dato' Amran Mohamad, Presiden Pertubuhan Kontraktor GWGF, En. Fauzi Mamat Setiausaha Kelab Golf Generasi FELDA serta 6 pegawai pengiring.







Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN