MAJLIS RAMAH MESRA ANTARA PERSADA UPSI DAN GWGF

MAJLIS RAMAH MESRA ANTARA PERSADA UPSI DAN GWGF
Catatan Bergambar ;

Tanjung Malim UPSI, 23 April 2015 - Lawatan kunjung hormat kepada pelajar-pelajar Generasi baru FELDA. Turut hadir bagi pihak GWGF, YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar, Timbalan Presiden. Pelbagai perbincangan dapat dikupas bersama, khusunya mengenai Generasi Baru FELDA. Semoga perhubungan ukhwah ini berterusan.

GWGF dalam rangka lawatan untuk menemui mahasiswa-mahasiswa Generasi baru FELDA dalam merapatkan kembali ukhwah yang terjalin sebelum ini.











Read More

MESYUARAT BERSAMA PENGERUSI PERSATUAN

MESYUARAT BERSAMA PENGERUSI PERSATUAN

Catatan Bergambar :
Shah Alam, 22 April 2015 - Mesyuarat bersama pengerusi-pengerusi persatuan di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda dalam membincang isu isu semasa dan juga membincangkan mengenai program yang akan dilaksanakan bersama FELDA dengan menjemput YBhg. Datuk Pengarah FELDA yang baru untuk berdiskusi bersama Generasi FELDA dan juga NGO NGO FELDA yang lain. Semoga dipermudahkan usaha murni ini

Cadangan program MAJLIS PERJUMPAAN PERSATUAN-PERSATUAN DI BAWAH GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA, akan diadakan pada tarikh 16 Mei 2015. Ianya akan melibatkan Pengarah Besar FELDA selaku VVIP dalam majlis ini. Majlis ini dirancang akan diadakan di MSU Shah Alam. Penglibatan di dalam majlis ini akan melibatkan Generasi Baru FELDA di sekitar Lembah Klang dan juga NGO-NGO FELDA. Antara Tujuan utama adalah untuk meramah mesra bersama Generasi baru FELDA.





MUHAMMAD HAFIZ BIN HJ. BAHARI
SHAH ALAM
Read More

MESYUARAT JAWATANKUASA PERLAKSANAAN KEJOHANAN TAHUNAN GOLF GWGF

MESYUARAT JAWATANKUASA PERLAKSANAAN KEJOHANAN TAHUNAN GOLF GWGF

Catatan Bergambar :

SHAH ALAM, 22 April 2014 - Mesyuarat koordinasi bersama Kelab Golf Generasi FELDA Malaysia, untuk menganjurkan satu Kejohanan Golf Tahunan GWGF ke-2. Ianya akan melibatkan penyertaan dari kalangan Generasi Baru FELDA. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden GWGF YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar. Semoga dipermudahkan segala urusan ini.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 17 Mei 2015 bertempat di Kelab Golf UPM, Kejohanan ini adalah kejohana tahunan yang ke-2 akan diadakan setelah dilakukan pada tahun lepas. Kejohanan ini akan mengumpul semua generasi baru FELDA untuk menyertai pertandingan ini. 







Read More

SIARAN MEDIA (Tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Besar FELDA)

SIARAN MEDIA  (Tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Besar FELDA)

 Tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Besar FELDA

Shah Alam, 6 April 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia dengan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Datuk Hanapi Shuhada  atas perlantikan sebagai Pengarah Besar, yang telah diluluskan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Sejak penubuhan FELDA pada 1 Julai 1956, FELDA telah berjaya mengubah sosiekonomi peneroka yang dahulunya seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kini, program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELDA telah berjaya membasmi kemiskinan penduduk luar bandar, dan menjadi contoh kepada banyak negara-negara luar.

Pemilihan YBhg. Datuk Hanapi Shuhada sebagai Pengarah Besar FELDA yang ke-8 adalah amat dialukan kerana ketokohan beliau dan pengalaman luas beliau di dalam FELDA adalah amat ditagih untuk memajukan FELDA dalam misi mencapai misi Negara maju Wawasan 2020. ,Beliau juga adalah seorang yang mesra kepada kakitangan dan senantiasa peka terhadapa nasib peneroka, sebagai contoh beliau membatalkan cuti dan bergegas turun meninjau keadaan warga felda di beberapa kawasan Felda yang dilanda banjir pada Disember 2014.

GWGF yakin dan percaya bahawa YBhg. Datuk mampu menggalas tugas dengan baik berlandaskan pengalaman YBhg. Datuk bersama FELDA dalam tempoh yang lama dan diharapkan bahawa YBhg. Datuk meneruskan lagi kecemerlangan FELDA ke tahap yang lebih membanggakan

GWGF akan menyokong sepenuhnya perancangan yang akan dilaksanakan oleh FELDA dalam membantu Generasi Baru FELDA Khususnya dan seluruh warga FELDA amnya

Tan Sri Rozali Ismail,
Presiden,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Mohd Ismail Masri di talian 012-566 6880



Read More

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI BARU FELDA YANG BERJAYA (YBHG. DATO' HJ. KHAIRUDIN BIN MOHAMAD)

 LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI BARU FELDA YANG BERJAYA (YBHG. DATO' HJ. KHAIRUDIN BIN MOHAMAD)
GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA

Nama              : YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Khairuddin Bin Mohamad
Jawatan          : Pengarah, SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri  
Tempat           : Aras 2 Blok Barat Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran                           Kerajaan Persekutuan
Tarikh             : 9 April 2015 Bersamaan 19 Jamadil Akhir1436 Hijrah
            FELDA            : Soeharto, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

PENDAHULUAN

Kunjung hormat bersama generasi FELDA yang berjaya telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia pada mesyuarat jawatankuasa GWGF pada 31 Mac 2014. Justeru itu pihak GWGF mengambil inisiatif untuk melakukan kunjungan hormat kepada generasi FELDA yang berjaya untuk berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

Pada tanggal 9 April 2015 bersamaan dengan 19 Jamadil Akhir1436 Hijrah, pihak GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu :

1.      Dr. Abd. Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad,
2.      En. Mohd Ismail bin Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia,
3.      En Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan
4.      En. Mohammad Hafizzi bin Sabudin, Eksekutif
5.      En.Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, Eksekutif
6.      En. Anas bin Alimor, Setiausaha Eksekutif

Latar belakang beliau adalah merupakan anak kepada peneroka FELDA Soeharto yang terletak di dalam Wilayah Trolak, Perak Darul Ridzuan. YBhg. Dato’ Hj Khairuddin memulakan pengajian di peringkat Universiti di Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. Ketika di kampus beliau aktif sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) 1994/1995. Semenjak belajar di Kolej Islam Klang (kini dikenali Kolej Islam Sultan Alam Shah), beliau didedahkan dengan ruang kepimpinan. Apabila di Pra Akademi Islam Universiti Malaya (UM), beliau menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor.

Sifat kepimpinan beliau terus menyerlah sepanjang pengajiannya di  UM dengan menyandang pelbagai jawatan seperti Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Exco MPPUM, Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan aktif sebagai fasilitator dalam BTN.

Sebelum beliau menyertai Seranta FELDA ini, beliau pernah berkhidmat bersama Puncak Niaga Sdn. Bhd dan juga GWGF selama lebih kurang 3 tahun, selepas daripada itu beliau menyertai Jabatan Perdana Menteri dengan berkhidmat bersama Ybhg. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) pada tahun 2004. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Datuk Ahmad Maslan. Selepas daripada itubeliau telah dipanggil oleh YAB. Perdana Menteri untuk menjawat jawatan Pengarah Seranta FELDA. Ianya menjadi satu sejarah bagi Seranta FELDA sendiri, kerana YBhg. Dato’ Hj. Khairuddin adalah anak peneroka yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut. Ianya menjadi satu penghormata besar kepada generasi baru FELDA khusunya.

Di dalam pertemuan ringkas di pejabat beliau tempoh hari, beliau juga menerangkan peranan agensi Seranta Felda, memainkan peranan sebagai pemudahcara dan penerang dasar kerajaan dalam komuniti Felda. Seranta Felda ditubuhkan 1981, kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sejak Jun 2013, beliau mengambil pendekatan 5P di mana setiap pegawai Seranta Felda boleh menjadi pemimpin, pengurus, pembimbing, pemangkin dan penyatu dalam membantu transformasi insan 1 Malaysia, sebagaimana diharapkan Perdana Menteri.

Seranta Felda bekerja akrab dengan Felda dan Felda Global Ventures Sdn (FGV) untuk mendekati komuniti Felda. Sehingga kini Felda mempunyai 317 tanah rancangan, 11 wilayah Felda di seluruh Malaysia dengan jumlah 112,635 peneroka.

Komuniti Felda meliputi 1.6 juta orang termasuk anak isteri peneroka dan pekerja di 54 kawasan parlimen dan 92 Dun.

Pelbagai program dilaksanakan untuk komuniti, peneroka dan mahasiswa. Contohnya Persatuan Permuafakatan Mahasiswa Mahasiswi Felda (Persada) yang melibatkan 20 IPTA dibantu Seranta Felda bermula 2009.

Antara lain juga di dalam perbincangan ini, juga ada berkongsi mengenai sejarah penubuhan Seranta FELDA ini yang mana Unit Seranta (FELDA) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1981 iaitu kira-kira 27 tahun yang lalu. Pada peringkat awal penubuhannya, Jabatan telah diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Berikutan dengan penstrukturan semula kementerian-kementerian pada 27 Mac 2004, Jabatan telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri apabila FELDA diletakkan di bawah tanggungjawab YAB. Perdana Menteri bermula pada bulan Jun 2004 sehingga kini. Kini, Pejabat Unit Seranta (FELDA) terletak di Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dengan jumlah pegawai seramai 170 orang merangkumi di setiap negeri

Di akhir pertemuan, beliau juga mengingatkan mengenai integriti bagi semua pihak agar bekerja dengan penuh tanggungjawab dan juga mengelak daripada menerima rasuah, kerana jika dilihat pada zaman sekarang terlalu sangat banyak rasuah berlaku di sektor kerajaan ataupun pihak swasta.

Di akhir, perbincangan ringkas beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak GWGF kerana sudi untuk hadir bertemu dengan generasi FELDA yang berjaya. Beliau amat menyokong hasrat murni pihak GWGF untuk membuat lawatan kepada semua generasi FELDA yang berjaya kerana ianya mampu menonjolkan identiti GWGF sebagai badan bukan kerajaan yang membantu FELDA.


YBhg. Dato’ Hj. Khairudin Mohamad mengucapkan terima kasih kepada delegasi GWGF yang sudi hadir.


YBhg. Dato’  Hj. Khairudin mendengar penerangan dari YBhg. Datuk Hj. Abdullah Abu Bakar mengenai isu-isu semasa yang melibatkan FELDA.


YBhg. Datuk Hj. Abdullah memberi cenderahati kepada YBhg. Dato’ Pengarah Seranta sebagai tanda kenangan.


Wakil GWGF dan Wakil Seranta FELDA bergambar sebagai tanda kenangan


Turut hadi, dari kanan ; En. Mohd Ismail, En. Muhammad Hafiz, En. Nur Farhat Iskandar, Dr. Abd Rahim



Read More

ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI GENEVA, SWITZERLAND

ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI GENEVA, SWITZERLAND

ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI
GENEVA, SWITZERLAND

SHAH ALAM - Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) sebuah syarikat yang membekalkan dan mengagihkan air terawat kepada pelanggan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikendalikan  oleh  Tan Sri Rozali Ismail, seorang anak felda dan juga Presiden GWGF telah mengharumkan nama negara dengan mewakili negara untuk menerima Anugerah Century International Quality ERA (CQE) 2015, yang telah diadakan di Geneva, Switzerland.

Majlis berprestij yang berlangsung di Pusat Konvensyen InterContinental Genève, Switzerland pada 22 Mac 2015 lepas, turut menerima kehadiran daripada beberapa syarikat ternama dari 74 buah negara, yang melibatkan beberapa tokoh usahawan yang berjaya yang terdiri daripada latar belakang bidang perniagaan yang berbeza-beza, Pakar-pakar ekonomi dunia, Ahli-ahli korporat serta Pengiat seni, Tokoh-tokoh akademik dan Wakil-wakil diplomatik serantau.

Selaku penganjur, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BID Group One, Jose E. Prieto, telah memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan sendiri pingat penghargaan tersebut kepada Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.

PNHB telah dipilih berdasarkan kepada keberkesanan pelaksanaan syarikat dalam Kualiti Pengurusan Operasi yang menyeluruh dan keupayaan syarikat untuk mempamerkan amalan kualiti dan kecemerlangan dalam operasi perniagaan. Penerima-penerima anugerah pada malam tersebut juga kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat yang berpengaruh dan aktif dalam komuniti, komited kepada penambahbaikan yang berterusan dan mempunyai rekod prestasi pencapaian dan inovasi yang cemerlang.

Latar Belakang Pengerusi Eksekutif PNHB

YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan juga Presiden GWGF. Beliau merupakan anak jati kelahiran Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan menjadi ikon sebagai anak Felda yang berjaya  mencipta nama sebagai usahawan yang berjaya bukan sahaja diperingkat tempatan malah juga diperingkat global.

Beliau yang sebelum ini pernah berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah dalam bidang guaman, bidang pembangunan hartanah, bidang pembinaan dan juga bidang pembankan, telah mengorak langkah drastik untuk berkecimpung dalam bidang perkhidmatan yang melibatkan pengurusan konsesi industi air.  Berdasarkan kejayaan-kejayaan yang dikecapi, kini nama beliau telah sinonim kepada industri perkhidmatan pemprosesan air menta dan beliau juga pernah tersenarai sebagai 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young kerana sumbangan dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.

Sebagai usahawan, beliau juga turut aktif dalam aktiviti kerja-kerja amal dan sering berkerjasama dengan NGO tempatan dan luar negara dalam menjaga dan memeliharan alam sekitar. Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) adalah  contoh idea beliau untuk melahirkan generasi Wawasan 2020 yang dinamik terhadap alam sekitar. Melalui BPS ini beliau mahu generasi muda cintakan kebersihan sungai dan menjadi agen perubahan sikap terhadap kebersihan sungai di kalangan pelajar.

Latar Belakang Syarikat PNHB

Kumpulan PNHB adalah syarikat utama dalam menyediakan penyelesaian bersepadu bagi air, air sisa dan alam sekitar serta syarikat  yang tidak asing lagi di dalam sektor minyak dan gas (O&G) di rantau ini.

PNHB merupakan syarikat pegangan pelaburan dengan subsidiari yang terlibat dalam operasi, penyelenggaraan, pengurusan, pembinaan, pemulihan dan pembaikpulihan kemudahan rawatan air, pembekalan dan penyaluran air terawat dalam negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PNHB juga menjalankan kerja-kerja berkaitan industri minyak dan gas termasuk penyediaan kerja kejuruteraan di pesisir dan luar pesisir, usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan, pembangunan teknologi untuk sektor air, air sisa dan alam sekitar.

Ditubuhkan pada 7 Januari 1997, PNHB telah tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (kini dikenali sebagai Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad) pada 8 Julai 1997.


YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BID Group One, Jose E. Prieto, telah memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan sendiri pingat penghargaan tersebut kepada Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhgTan Sri Rozali Ismail



Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN