LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI BARU FELDA YANG BERJAYA (YBHG. DATO' HJ. KHAIRUDIN BIN MOHAMAD)

GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA

Nama              : YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Khairuddin Bin Mohamad
Jawatan          : Pengarah, SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri  
Tempat           : Aras 2 Blok Barat Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran                           Kerajaan Persekutuan
Tarikh             : 9 April 2015 Bersamaan 19 Jamadil Akhir1436 Hijrah
            FELDA            : Soeharto, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

PENDAHULUAN

Kunjung hormat bersama generasi FELDA yang berjaya telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia pada mesyuarat jawatankuasa GWGF pada 31 Mac 2014. Justeru itu pihak GWGF mengambil inisiatif untuk melakukan kunjungan hormat kepada generasi FELDA yang berjaya untuk berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

Pada tanggal 9 April 2015 bersamaan dengan 19 Jamadil Akhir1436 Hijrah, pihak GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Hj. Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu :

1.      Dr. Abd. Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad,
2.      En. Mohd Ismail bin Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia,
3.      En Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan
4.      En. Mohammad Hafizzi bin Sabudin, Eksekutif
5.      En.Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, Eksekutif
6.      En. Anas bin Alimor, Setiausaha Eksekutif

Latar belakang beliau adalah merupakan anak kepada peneroka FELDA Soeharto yang terletak di dalam Wilayah Trolak, Perak Darul Ridzuan. YBhg. Dato’ Hj Khairuddin memulakan pengajian di peringkat Universiti di Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. Ketika di kampus beliau aktif sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) 1994/1995. Semenjak belajar di Kolej Islam Klang (kini dikenali Kolej Islam Sultan Alam Shah), beliau didedahkan dengan ruang kepimpinan. Apabila di Pra Akademi Islam Universiti Malaya (UM), beliau menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor.

Sifat kepimpinan beliau terus menyerlah sepanjang pengajiannya di  UM dengan menyandang pelbagai jawatan seperti Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Exco MPPUM, Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan aktif sebagai fasilitator dalam BTN.

Sebelum beliau menyertai Seranta FELDA ini, beliau pernah berkhidmat bersama Puncak Niaga Sdn. Bhd dan juga GWGF selama lebih kurang 3 tahun, selepas daripada itu beliau menyertai Jabatan Perdana Menteri dengan berkhidmat bersama Ybhg. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) pada tahun 2004. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Datuk Ahmad Maslan. Selepas daripada itubeliau telah dipanggil oleh YAB. Perdana Menteri untuk menjawat jawatan Pengarah Seranta FELDA. Ianya menjadi satu sejarah bagi Seranta FELDA sendiri, kerana YBhg. Dato’ Hj. Khairuddin adalah anak peneroka yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut. Ianya menjadi satu penghormata besar kepada generasi baru FELDA khusunya.

Di dalam pertemuan ringkas di pejabat beliau tempoh hari, beliau juga menerangkan peranan agensi Seranta Felda, memainkan peranan sebagai pemudahcara dan penerang dasar kerajaan dalam komuniti Felda. Seranta Felda ditubuhkan 1981, kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sejak Jun 2013, beliau mengambil pendekatan 5P di mana setiap pegawai Seranta Felda boleh menjadi pemimpin, pengurus, pembimbing, pemangkin dan penyatu dalam membantu transformasi insan 1 Malaysia, sebagaimana diharapkan Perdana Menteri.

Seranta Felda bekerja akrab dengan Felda dan Felda Global Ventures Sdn (FGV) untuk mendekati komuniti Felda. Sehingga kini Felda mempunyai 317 tanah rancangan, 11 wilayah Felda di seluruh Malaysia dengan jumlah 112,635 peneroka.

Komuniti Felda meliputi 1.6 juta orang termasuk anak isteri peneroka dan pekerja di 54 kawasan parlimen dan 92 Dun.

Pelbagai program dilaksanakan untuk komuniti, peneroka dan mahasiswa. Contohnya Persatuan Permuafakatan Mahasiswa Mahasiswi Felda (Persada) yang melibatkan 20 IPTA dibantu Seranta Felda bermula 2009.

Antara lain juga di dalam perbincangan ini, juga ada berkongsi mengenai sejarah penubuhan Seranta FELDA ini yang mana Unit Seranta (FELDA) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1981 iaitu kira-kira 27 tahun yang lalu. Pada peringkat awal penubuhannya, Jabatan telah diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Berikutan dengan penstrukturan semula kementerian-kementerian pada 27 Mac 2004, Jabatan telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri apabila FELDA diletakkan di bawah tanggungjawab YAB. Perdana Menteri bermula pada bulan Jun 2004 sehingga kini. Kini, Pejabat Unit Seranta (FELDA) terletak di Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dengan jumlah pegawai seramai 170 orang merangkumi di setiap negeri

Di akhir pertemuan, beliau juga mengingatkan mengenai integriti bagi semua pihak agar bekerja dengan penuh tanggungjawab dan juga mengelak daripada menerima rasuah, kerana jika dilihat pada zaman sekarang terlalu sangat banyak rasuah berlaku di sektor kerajaan ataupun pihak swasta.

Di akhir, perbincangan ringkas beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak GWGF kerana sudi untuk hadir bertemu dengan generasi FELDA yang berjaya. Beliau amat menyokong hasrat murni pihak GWGF untuk membuat lawatan kepada semua generasi FELDA yang berjaya kerana ianya mampu menonjolkan identiti GWGF sebagai badan bukan kerajaan yang membantu FELDA.


YBhg. Dato’ Hj. Khairudin Mohamad mengucapkan terima kasih kepada delegasi GWGF yang sudi hadir.


YBhg. Dato’  Hj. Khairudin mendengar penerangan dari YBhg. Datuk Hj. Abdullah Abu Bakar mengenai isu-isu semasa yang melibatkan FELDA.


YBhg. Datuk Hj. Abdullah memberi cenderahati kepada YBhg. Dato’ Pengarah Seranta sebagai tanda kenangan.


Wakil GWGF dan Wakil Seranta FELDA bergambar sebagai tanda kenangan


Turut hadi, dari kanan ; En. Mohd Ismail, En. Muhammad Hafiz, En. Nur Farhat Iskandar, Dr. Abd Rahim




Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN