SIARAN MEDIA (Tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Besar FELDA)


 Tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Besar FELDA

Shah Alam, 6 April 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia dengan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Datuk Hanapi Shuhada  atas perlantikan sebagai Pengarah Besar, yang telah diluluskan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Sejak penubuhan FELDA pada 1 Julai 1956, FELDA telah berjaya mengubah sosiekonomi peneroka yang dahulunya seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kini, program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELDA telah berjaya membasmi kemiskinan penduduk luar bandar, dan menjadi contoh kepada banyak negara-negara luar.

Pemilihan YBhg. Datuk Hanapi Shuhada sebagai Pengarah Besar FELDA yang ke-8 adalah amat dialukan kerana ketokohan beliau dan pengalaman luas beliau di dalam FELDA adalah amat ditagih untuk memajukan FELDA dalam misi mencapai misi Negara maju Wawasan 2020. ,Beliau juga adalah seorang yang mesra kepada kakitangan dan senantiasa peka terhadapa nasib peneroka, sebagai contoh beliau membatalkan cuti dan bergegas turun meninjau keadaan warga felda di beberapa kawasan Felda yang dilanda banjir pada Disember 2014.

GWGF yakin dan percaya bahawa YBhg. Datuk mampu menggalas tugas dengan baik berlandaskan pengalaman YBhg. Datuk bersama FELDA dalam tempoh yang lama dan diharapkan bahawa YBhg. Datuk meneruskan lagi kecemerlangan FELDA ke tahap yang lebih membanggakan

GWGF akan menyokong sepenuhnya perancangan yang akan dilaksanakan oleh FELDA dalam membantu Generasi Baru FELDA Khususnya dan seluruh warga FELDA amnya

Tan Sri Rozali Ismail,
Presiden,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Mohd Ismail Masri di talian 012-566 6880




Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN