ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI GENEVA, SWITZERLAND


ANAK FELDA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI
GENEVA, SWITZERLAND

SHAH ALAM - Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) sebuah syarikat yang membekalkan dan mengagihkan air terawat kepada pelanggan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikendalikan  oleh  Tan Sri Rozali Ismail, seorang anak felda dan juga Presiden GWGF telah mengharumkan nama negara dengan mewakili negara untuk menerima Anugerah Century International Quality ERA (CQE) 2015, yang telah diadakan di Geneva, Switzerland.

Majlis berprestij yang berlangsung di Pusat Konvensyen InterContinental Genève, Switzerland pada 22 Mac 2015 lepas, turut menerima kehadiran daripada beberapa syarikat ternama dari 74 buah negara, yang melibatkan beberapa tokoh usahawan yang berjaya yang terdiri daripada latar belakang bidang perniagaan yang berbeza-beza, Pakar-pakar ekonomi dunia, Ahli-ahli korporat serta Pengiat seni, Tokoh-tokoh akademik dan Wakil-wakil diplomatik serantau.

Selaku penganjur, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BID Group One, Jose E. Prieto, telah memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan sendiri pingat penghargaan tersebut kepada Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.

PNHB telah dipilih berdasarkan kepada keberkesanan pelaksanaan syarikat dalam Kualiti Pengurusan Operasi yang menyeluruh dan keupayaan syarikat untuk mempamerkan amalan kualiti dan kecemerlangan dalam operasi perniagaan. Penerima-penerima anugerah pada malam tersebut juga kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat yang berpengaruh dan aktif dalam komuniti, komited kepada penambahbaikan yang berterusan dan mempunyai rekod prestasi pencapaian dan inovasi yang cemerlang.

Latar Belakang Pengerusi Eksekutif PNHB

YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan juga Presiden GWGF. Beliau merupakan anak jati kelahiran Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan menjadi ikon sebagai anak Felda yang berjaya  mencipta nama sebagai usahawan yang berjaya bukan sahaja diperingkat tempatan malah juga diperingkat global.

Beliau yang sebelum ini pernah berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah dalam bidang guaman, bidang pembangunan hartanah, bidang pembinaan dan juga bidang pembankan, telah mengorak langkah drastik untuk berkecimpung dalam bidang perkhidmatan yang melibatkan pengurusan konsesi industi air.  Berdasarkan kejayaan-kejayaan yang dikecapi, kini nama beliau telah sinonim kepada industri perkhidmatan pemprosesan air menta dan beliau juga pernah tersenarai sebagai 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young kerana sumbangan dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.

Sebagai usahawan, beliau juga turut aktif dalam aktiviti kerja-kerja amal dan sering berkerjasama dengan NGO tempatan dan luar negara dalam menjaga dan memeliharan alam sekitar. Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) adalah  contoh idea beliau untuk melahirkan generasi Wawasan 2020 yang dinamik terhadap alam sekitar. Melalui BPS ini beliau mahu generasi muda cintakan kebersihan sungai dan menjadi agen perubahan sikap terhadap kebersihan sungai di kalangan pelajar.

Latar Belakang Syarikat PNHB

Kumpulan PNHB adalah syarikat utama dalam menyediakan penyelesaian bersepadu bagi air, air sisa dan alam sekitar serta syarikat  yang tidak asing lagi di dalam sektor minyak dan gas (O&G) di rantau ini.

PNHB merupakan syarikat pegangan pelaburan dengan subsidiari yang terlibat dalam operasi, penyelenggaraan, pengurusan, pembinaan, pemulihan dan pembaikpulihan kemudahan rawatan air, pembekalan dan penyaluran air terawat dalam negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PNHB juga menjalankan kerja-kerja berkaitan industri minyak dan gas termasuk penyediaan kerja kejuruteraan di pesisir dan luar pesisir, usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan, pembangunan teknologi untuk sektor air, air sisa dan alam sekitar.

Ditubuhkan pada 7 Januari 1997, PNHB telah tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (kini dikenali sebagai Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad) pada 8 Julai 1997.


YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BID Group One, Jose E. Prieto, telah memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan sendiri pingat penghargaan tersebut kepada Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhgTan Sri Rozali Ismail




Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN