HARI PENEROKA PERINGKAT KEBANGSAAN

HARI PENEROKA PERINGKAT KEBANGSAAN

Catatan Peristiwa :

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) ingin mengucapkan kepada semua Peneroka, Generasi Baru FELDA dan ahli-ahli GWGF  Selamat Hari Peneroka 2015. Cebisan keringat kedua ibu bapa dalam meneroka tanah dan membangunkan FELDA amat dihargai. GWGF sebagai badan NGO yang menyokong penuh FELDA mengharapkan FELDA terus maju dalam apa jua aspek. Kepada semua yang akan hadir ke majlis ini diharapkan berhati hati dalam perjalanan dan selamat pergi ke Terengganu dan selamat pulang ke destinasi anda. Semoga Allah merahmati kita semua.
#sehatisejiwa
#felda
#gwgf
#generasibarufelda

Read More

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI RUMAH TERBUKA SYABAS

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI RUMAH TERBUKA SYABAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bangsar, 11 Ogos 2015 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) hadir ke Majlis Sambutan RUmah Terbuka yang di hoskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor SYABAS. Majlis ini juga telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif SYABAS merangkap Presiden GWGF. Untuk makluman semua, SYABAS telah menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi baru FELDA dan kini, kakitangan yang berasal dari FELDA sudah mencecah 200 orang. Sebagai badan korporat SYABAS sedia memberi peluang kepada generasi FELDA untuk berkhidmat bersamanya. Pihak GWGF amat berbangga akan perkara tersebut.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, YBhg. Encik Mohd Ismail bin Masri dan beberapa pegawai yang mengiringi. Semoga hubungan ukhwah diantara GWGF dan SYABAS dapat diteruskan bersama.




























MUHAMMAD HAFIZ HJ. BAHARI
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM GWGF

Read More

MAJLIS RAYA BERSAMA MAEPS

MAJLIS RAYA BERSAMA MAEPS
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 GWGF

SERDANG, 7 Ogos 2015 ; Gabungan Wawasan Generasi Felda hadir ke majlis rumah terbuka anjuran MAEPS yang dilangsungkan di Dewan 2 MAEPS,. GWGF diwakili oleh YBhg. En. Mohd Ismail Masri, COO GWGF Malaysia. kehadiran GWGF ke majlis ini adalah memenuhi undangan dan juga mengeratkan hubungan dua hala antara MAEPS dan GWGF yang pernah bekerjasama sebelum ini. Majlis ini juga dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohd Satim Diman, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MAEPS. Majlis ini juga diserika juga oleh artis anak FELDA iaitu Rahmat Mega. Semoga hubungan dua hala ini akan berterusan. Tahniah MAEPS atas penganjuran dan dekorasi yang cantik.























Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN