RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Pada 17hb September yang lepas, kira-kira 1000 warga FELDA dari seluruh Malaysia telah bersama-sama berhimpun di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagi menghadiri jamuan hari raya aidilfitri 2011 yang telah diadakan bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Jamuan yang turut dihadiri oleh sukarelawan GWGF dari setiap FELDA seluruh Malaysia ini turut dihiburkan oleh persembahan artis-artis FELDA seperti Jalil Hamid, Harun Ahmad, Nora Zulkifli, Suhaimi Inteam, Faizol Malaysian Idol, Isman Hijjaz, Khairul Mustika, Along exist, Ayie Spider, Ijat Indie Band dan Nafi Spider. Selain acara persembahan nyanyian, turut diadakan sesi melukis potret oleh kartunis Butet yang juga merupakan anak jati FELDA

Majlis yang cukup meriah itu diselitkan dengan pelbagai acara menarik seperti acara pemberian duit raya kepada kanak-kanak, pertandingan karaoke yang disertai oleh tetamu-tetamu yang hadir, pertandingan pakaian tercantik lelaki dan wanita, dan acara teka-teki. Dalam kita bergembira, yang susah tidak dilupakan. GWGF turut menghulurkan sumbangan kepada kirakira 40 orang anak yatim dari FELDA-FELDA yang dibawa khusus dari negeri Pahang.

Pihak GWGF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan jamuan hari raya aidilfitri GWGF. Pihak GWGF juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

** gambar program boleh dilihat di facebook GWGF
http://www.facebook.com/pages/GWGF/120286201326503

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN