MESYUARAT PERLAKSANAAN PERJANJIAN ANTARA GWGF DAN IKBN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 FELDA

Putrajaya, 25 Mac 2013 bersamaan dengan 4 Jamadil Akhir 1436 Hijrah. Gabungan Wawasan Generasi FELDA telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Pengurusan Transformasi (TMO) untuk hadir berbincang mengenai hala tuju generasi baru FELDA yang telah menamatkan peperiksaan SPM baru-baru ini. GWGF telah disertai ileh 4 orang pegawai dan telah diketuai oleh YBhg. Dr. Abd Rahim bin Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad dan KBS telah diketuai oleh YBhg. En. Shaifoul bahari bin Saad, Pengurus Jabatan Pengurusan Transformasi. 

Untuk makluman juga bahawa, En. Shaifoul Bahari adalah ahli GWGF yang berdaftar, dan beliau adalah salah seorang generasi baru FELDA yang berjaya. Beliau berasal dari FELDA Jengka 21, Bandar Jengka Pahang Darul Makmur. 

Tujuan pertemuan adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju Generasi Baru FELDA pada masa sekarang dan pada masa hadapan. Melalui KBS ada mempunyai institut pengajian tinggi iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). IKBN ini menawarkan kursus-kursus yang berbentuk kemahiran dan GWGF akan membantu pihak IKBN untuk mempromosi mengenai faedah yang akan dapat jika menuntut di IKBN. Kebanyakan rakyat di luar sana lebih cenderung untuk memelih Kolej-Kolej swasta berbanding dengan IKBN, kerana mereka kurang jelas apa kelebihan IKBN. Antara kelebihan utama IKBN adalah menawarkan sistem pendidikan percuma yang tiada terdapat di kolej-kolej swasta yang lain. 

Pihak GWGF akan terus bersama dengan pihak KBS, akan mempromosikan IKBN melalui Wilayah-Wilayah FELDA yang terdapat di dalam negara ini. Dalam perancangan awal, GWGF akan turun pada bersama IKBN dalam masa terdekat. Jika semuanya berjalan dengan lancar seperti apa dirancang, pihak GWGF akan berada di FELDA anda semua.


 Perbincangan antara GWGF dan KBS, yang diwakili oleh Tn. Shaifoul Bahari

Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, memerhatikan perbincangan antara wakil KBS dan GWGF

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN