LAWATAN KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA ; EN. AZMI TARMIZI, PENGARANG BERITA SINAR HARIAN.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KOMPLEKS KARANGKRAF, 30 Septmber 2015 : GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu YBhg. Dr. Abd Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, En. Mohd Ismail bin Masri Ketua Pegawai Operasi GWGF, En. Nur Farhat Iskandar Mohame Isa Eksekutf kanan GWGF, dan En.  Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari Eksekutif Perhubungan Awam kepada generasi FELDA yang berjaya iaitu En. Azmi Tarmizi, Pengarang Berita Sinar Harian.

Kunjung hormat bersama generasi FELDA yang berjaya telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia pada mesyuarat jawatankuasa GWGF pada 31 Mac 2014. Justeru itu pihak GWGF mengambil inisiatif untuk melakukan kunjungan hormat kepada generasi FELDA yang berjaya untuk berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

Latar Belakang :

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan FELDA Soeharto dari tahun 1981 hingga 1986, kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Soeharto pada tahun 1987 hingga 1991.Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 pada tahun 1992 di sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baru sehingga tamat STPM. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam pengkhususan Media 

Intipati Perbincangan :
Antara yang telah dibincangkan adalah mengenai masa hadapan Generasi Baru FELDA dalam menghadapi cabaran dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat dan juga kestabilan ekonomi yang menggugat negara. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa FELDA dan GWGF harus bekerjasama dalam memastikan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia supaya Generasi Baru FELDA senantiasa terpelihara dan juga memastikan Generasi Baru FELDA menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Di akhir pertemuan ringkas, beliau menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada GWGF atas keprihatinan GWGF dalam menjejak anak-anak FELDA yang berjaya.













Muhammad Hafiz Hj. Bahari
Pegawai Perhubungan Awam
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN