Maklumat berkaitan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF)

Gabungan Wawasan generasi Felda (GWGF) adalah merupakan sebuah Badan Bukan Berkanun (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Ogos 2002 dan dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada warga-warga generasi baru peneroka FELDA, peneroka FELDA dan penerokawati FELDA dari 317 Tanah Rancangan FELDA di seluruh negara.

Ianya diuruskan oleh anak-anak peneroka FELDA dari golongan professional dan pertubuhan yang dibuat khusus untuk memajukan generasi baru FELDA dan bertindak sebagai badan penasihat kepada persatuan-persatuan peneroka FELDA lain yang bernaung di bawah GWGF seperti
  1. Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM),
  2. Pertubuhan Penerokawati Felda,
  3. Pertubuhan Sukan Bermotor GWGF Malaysia,
  4. Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi Felda,
  5. Pertubuhan Anak- Anak Peneroka Luar Negara,
  6. Pertubuhan Silat Generasi Felda,
  7. Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda,
  8. Pertubuhan Imam Muda  Felda,
  9. Pertubuhan Generasi Felda Universiti,
  10. Kelab Storm Rider,
  11. Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda
  12. Yayasan Pembangunan Generasi Felda Malaysia (YPGFM).

Yang Berbahagia Tan Sri Rozali Ismail merupakan anak peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor dan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF).

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN