FUTSAL STORM RIDER JUNIOR 2016 - LAHIRKAN SEMANGAT KESUKANAN GENERASI MUDA

FUTSAL STORM RIDER JUNIOR 2016 - 
LAHIRKAN SEMANGAT KESUKANAN GENERASI MUDA 

DAMANSARA,1 Januari 2016; Storm Rider Junior Racing Team (SRJM) telah mengadakan perlawanan futsal sempena menyambut tahun baru 2016. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan Kelab Storm Rider (KSR).

Perlawanan Futsal yang diadakan baru-baru ini melibatkan penyertaan daripada 10 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli Storm Rider Junior Racing Team (SRJM) sekitar Lembah Klang. Perlawanan ini telah berlangsung di Sport Planet Kota Damansara telah melibatkan pasukan berikut :
  1. Mek FC
  2. HD Motor
  3. Spirited 7
  4. Gombak FC
  5. Ceria All Star
  6. Storm Rider Junior Racing Team
  7. Taman Wijaya Indah FC
  8. YTS FC
  9. Walawa FC
  10. Q2M 
Sepak mula gimik perasmian perlawanan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia dengan disaksikan oleh semua pemain. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Mek FC, ditempat kedua adalah pasukan HD Motor dan tempat ketiga dari pasukan Spirited 7. Pasukan laian menerima saguhati yang disumbangkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.

“Ketika ditemui sejurus sepak mula berlangsung beliau menyatakan perlawanan pada hari ini adalah salah satu program kerjasama GWGF dengan SRJM yang akan diadakan sepanjang 2016. Program ini adalah hasil cetusan idea YBhg. Tan Sri Rozali Ismail dalam membentuk ahli-ahli Stomr Rider Junior Racing Team aktif bersukan dan ingin menepis dakwaan negatif yang menyatakan kebiasaanya budak motor hanya terlibat dalam gejala sosial.”

Menurut Pengurus Storm Rider Junior Racing Team, merangkap pengerusi jawatankuasa pertandingan Encik Farid bin Jamsari, kejohanan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah silaturahim antara ahli-ahli Storm Rider Junior Racing Team yang menetap disekitar Lembah Klang. Beliau juga melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada YBhg. Tan Sri Rozali Ismail selaku Penaung SRJM ini kerana sudi membiayai kos semua pasukan yang bertanding. Mengikut perancangan dalam takwim SRJM untuk 2016, SRJM akan mengadakan perlawanan futsal ini di setiap zon dalam mengumpulkan ahli-ahli SRJM seluruh Malaysia. Tambah beliau lagi beberapa program khidmat sosial SRJM akan diadakan dari semasa ke semasa berdasarkan takwim yang telah ditetapkan. Antara lain program seperti ini diadakan adalah ingin memupuk semangat kerjasama berpasukan dan ingin membersihkan nama budak motor daripada terpalit dengan gejala sosial kini.

Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Mek FC yang telah menewaskan pasukan HD Moto pada perlawanan akhir FUTSAL SRJM 2016. Mek FC telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250.00, Medal dan Hamper. Hadiah kememenangan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Borhanudi Ramli, Presiden Kelab Storm Rider. Turut hadir bersama semasa penyampaian hadiah adalah YBhg. Dato’ Samsuri Rahmat, Timbalan Presiden Kelab Storm Rider,YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zainul Fithri bin Dato’ Othman, Pengarah Eksekutif Sumber Strategik dan Perhubungan Korporat Puncak Niaga Holdings Berhad, YBhg. Dr. Abd Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, Encik Amran Mohamad, Pengerusi Pertubuhan Kontraktor GWGF Malaysia dan AMT GWGF.



Sebahagaian Peserta Kejohanan bergambar sebelum perlawanan bermula


Pihak pengadil dan Pihak penganjur kejohanan berbincang terlebih dahulu sebelum sepak mula








Wakil dari pasukan SRJM 







Pengadil sedang memberi taklimat kepada para pemain

















































Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN