PENGERUSI FELDA TERIMA ANUGERAH PERLANTIKAN FELO WILLIAM PITT OLEH UNIVERSITI CAMBRIDGE



CAMBRIDGE – Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, di sini baru-baru ini.
Ini menunjukkan satu testimoni jelas hubungan yang erat antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge.
Untuk beberapa tahun lepas, FELDA telah bekerjasama dengan Universiti Cambridge dalam pelbagai projek penyelidikan dan teknologi.
Dua tahun lalu, Yayasan FELDA telah menandatangani perjanjian strategik dengan Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka.

Melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012, pegawai-pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGVH) telah mengikuti latihan dan kursus di Kolej Pembroke.
Felo William Pitt adalah satu simbolik kepada seorang bekas Perdana Menteri Britain yang termuda pada tahun 1783 dan Pitt merupakan bekas pelajar kolej tersebut.
Pada tahun 1804, William Pitt sekali lagi dipilih menjadi Perdana Menteri sehingga beliau meninggal dunia pada 1806.
Majlis yang diadakan di bilik Thomas Gray itu turut dihadiri oleh isteri Pengerusi FELDA, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid; Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan FELDA, Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Preelector Kolej Pembroke, Brian Watchorn.
Isa berkata, anugerah pelantikan itu adalah penghormatan kepada kumpulan FELDA yang mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke selama dua tahun.
Katanya, Yayasan FELDA juga mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine.

Sumber Berita - FELDA Voice

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN