SIARAN AKHBAR - GWGF TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS TANGANI MASALAH BAUKSIT DIKALANGAN PENEROKA




SHAH ALAM, 11 Januari 2016. Gabungan Wawasan Generasi FELDA(GWGF) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang senantiasa cakna terhadap isu-isu semasa mengenai generasi FELDA. Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan isu mengenai perlombongan bauksit yang melibatkan kawasan FELDA Bukit Goh, yang terletak di dalam Wilayah Kuantan.

Kesan daripada perlombongan bauksit tersebut menyebabkan hampir semua penduduk FELDA Bukit Goh berada dalam keadaan tidak selesa menyebabkan pencemaran alam dan masalah kesihatan yang melanda Peneroka tersebut. Ini disebabkan oleh sikap rakus tangan manusia tanpa memikirkan akibat yang akan dirasai oleh orang lain.

Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail, menyatakan terdapat juga sesetengah pihak yang lain cuba ingin mengaut keuntungan lebih dengan memujuk para peneroka untuk memajak tanah ladang kelapa sawit yang dipercayai mempunyai bauksit dengan menawarkan jumlah wang yang agak lumayan kepada setiap peneroka. Tambah beliau lagi, GWGF melalui Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia akan membantu para peneroka FELDA Bukit Goh yang telah terlibat dengan pajakan atau jual beli ladang kelapa sawit dengan pengusaha bauksit ini untuk meneliti segala dokumen pajakan atau jual beli yang telah dimeterai.

GWGF sebagai badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab membela nasib generasi FELDA akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk membantu peneroka-peneroka FELDA dan meneliti semula dokumen-dokumen yang digunakan untuk memeterai pajakan atau jual beli yang telah dilaksanakan, sekiranya terdapat keraguan yang munasabah dalam dokumen tersebut, GWGF akan membantu mereka.

Berdasarkan laporan sebelum ini mengenai perlombongan bauksit dan mendengar keluhan daripada peneroka-peneroka FELDA Bukit Goh, GWGF menggesa pihak kerajaan negeri terutama pihak yang bertanggungjawab dalam kawal selia FELDA di dalam negeri Pahang iaitu Exco Hal Ehwal FELDA, YB Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun memainkan peranan dengan lebih menyeluruh dalam membantu Peneroka-Peneroka FELDA Bukit Goh, agar Peneroka FELDA ini akan terbela.

GWGF menyokong sepenuhnya saranan kabinet melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menghentikan sementara operasi perlombongan bauksit ini selama tiga bulan untuk membolehkan pengusaha bauksit ini menguruskan lambakan simpanan bauksit bagi mengelakkan masalah kesihatan dan pencemaran.GWGF menyarankan agar pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil tindakan undang-undang bagi pengusaha yang tidak mengikut arahan pemberhentian perlombongan bauksit ini mengikut tarikh yang telah diberikan.

Tan Sri Rozali Ismail,
Presiden,

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)


YBhg. Datuk Haji Abdullah Haji Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF menjawab soalan dari wartawan ketika melawat tapak perlombongan bauksit ini










Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN