MAJLIS PENUTUPAN KEM MOTIVASI ANAK SOLEH



PUNCAK ALAM, 13 DISEMBER 2015 – Masjid Puncak Alam telah melaksanakan program keagamaan dan salasiah sempena cuti sekolah tahun ini iaitu Kem Motivasi Anak Soleh dan Solehah. Program ini telah melibatkan lebih 400 orang kanak-kanak antara umur 7 tahun hingga 17 tahun sekitar kariah Masjid Puncak Alam, Selangor.

Menurut Ustaz Mohamed Fauzi bin Aziz, Nazir Masjid Puncak Alam, program yang dijalankan sekarang adalah julung kalinya diadakan pada tahun ini semenjak Masjid ini dirasmikan pada tahun 2014. Program ini adalah hasil cetusan idea daripada YBhg. Tan Sri Rozali Ismail yang mencadangkan agar pihak masjid melaksanakan program-program berbentuk khidmat masyarakat supaya ianya selari dengan peranan masjid sebagai pusat komuniti setempat. Tambah beliau lagi program ini juga akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan sambutan yang mengalakkan diterima daripada kariah setempat.

Kem Motivasi Anak Soleh dan Solehah ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail,Pengerusi Lembaga Penasihat Masjid Puncak Alam merangkap Presiden GWGF. Dalam ucap utama beliau semasa perasmian penutupan program ini, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke program motivasi ini kerana peranan  yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sangat penting bagi menjayakan program ini. Beliau juga menyatakan bahawa program ini adalah satu medium untuk proses tarbiyah kepada anak-anak bagi mengisi masa lapang cuti sekolah. Tambah beliau lagi, anak-anak yang ada pada hari ini harus dilentur dari awal bagi mengelak anasir-anasir yang tidak sihat menganggu kehidupan seharian kerana jika dilihat trend terkini budaya fitnah yang senantiasa menular terutamanya di ruangan media sosial ataupun dari pihak yang tidak bertanggungjawab menyalurkan berita-berita yang tidak benar tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama peserta seperti kelas fardhu ain yang menitik beratkan amali solat, kelas motivasi dalam membina sahsiah diri supaya menjadi muslim dan muslimah yang sejati, latihan dalam kumpulan untuk memupuk semangat kerjasama dan taklimat keselamatan daripada Storm Rider Junior Racing Malaysia dan GWGF.


Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Abidin bin Saleh, Pengarah Urusan Subsidiari Bahagian Perladangan PNHB, Encik Imran Abdullah, Setiausaha Agung Kelab Storm Rider, dan pegawai-pegawai Masjid Bandar Puncak Alam.


YBhg. Tan Sri Rozali Ismail bergambar bersama peserta dan fasilitator

YBhg. Tan Sri Rozali menyerahkan cenderahati kepada fasilitator




























Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN