MAJLIS BERKHATAN PERDANA PERINGKAT ADUN JENGKA


JENGKA 2 Disember 2015 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN kawasan Jengka telah mengadakan program berkatan secara beramai-ramai. Program ini telah melibatkan 54 kanak-kanak dan juga dibantu oleh Pegawai Perubatan daripada Hospital Jerantut.

Program berkatan beramai-ramai ini adalah julung kalinya diadakan bersama GWGF dan pada tahun ini GWGF sebagai penyumbang tunggal dalam menjayakan program ini.Majlis berkahatan ini adalah majlis tahunan yang akan diadakan pada setiap hujung tahun pada cuti sekolah. Pada tahun ini sudah masuk tahun ke 7 majlis ini diadakan.

Majlis ini dimulakan dengan ketibaan Yang Berbahagia Lt. Kol (K) Datuk Haji Abdullah Haji Abu Bakar, Pengrah Urusan GWGF dan disusuli dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Wan Salman Haji Wan Isamil ADUN kawasan Jengka.

Dalam ucap utama Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, beliau menucapkan jutaan terimka kasih kerana sudi menadikan GWGF sebagai rakan kerjasama dalam majlis pada hari ini. Tambah beliau lagi pada tahun 2016 GWGF akan memberi peruntukan yang sama seperti hari ini dalam menjalankan khidmat sosial iaitu berkatan secara beramai-ramai.

Majlis ini diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Wan Salman Haji Wan Ismail dan seterusnya gimik pelancaran program ini dengan memancutkan air dari kenderaan Bomba.





















































Muhammad Hafiz Haji Bahari
Pegawai Perhubungan Korporat
Gabungan Wawasan Generasi FELDA


Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN