JEJAK GELANDANGAN


Gabungan Wawasan Generasi FELDA akan bersama-sama dengan Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) dari Universiti Sultan Idris dan Universiti Malaya dalam melaksanakan program khidmat sosial seperti berikut :

Tarikh ; 18 Disember 2015 (6 Rabiul Awal 1437 H)
Hari ; Jumaat
Masa ; 11.30 Malam
Tempat ; Sekitar kawasan Masjid Jamek

Program Khidmat sosial yang akan dijalankan mengfokuskan gelandangan sekitar kawasan yang dimaklumkan di atas. Antara objektif program ini adalah seperti berikut :

  1. Menyediakan platform kepada mahasiswa FELDA untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan dan memberi peluang kepada mahasiswa FELDA untuk berbakti kepada masyarakat sejagat khususnya gelandangan.
  2. Membuka mata masyarakat bahawa generasi FELDA mampu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat lain dan bukan hanya tertumpu pada masyarakat FELDA sahaja.
  3.  Memupuk semangat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi memastikan mahasiswa akan sentiasa cakna kepada isu semasa dan tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.
GWGF mengharapkan agar program yang akan dijalankan ini mencapai objektif dan menjadikan sebagai pengalaman baru dalam hidup dengan menjejaki gelandangan.

Muhammad Hafiz Haji Bahari
Bahagian Perhubungan Korporat GWGF





Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN