GWGF MENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA KONVOKESYEN PENYELIA PDK SELURUH MALAYSIA


PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2015 – Program Semai Bakti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah salah satu usaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI)  serta dengan usahasama daripada  Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah untuk membantu kerajaan dalam usaha memberi perhaian, latihan, bimbingan dan bantuan kepada golongan kurang upaya khususnya untuk masyarakat luar Bandar.

Pusat-pusat PDK yang telah ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarkat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dengan matlamat untuk menyediakan tempat latihan dan kelas bimbingan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit sindrom down, autism ringan atau kecatatan anggota dan mengalami masalah pembelajaran.

Majlis Konvokesyen Penyelia PDK Seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor Yang Di-Pertua BAKTI. Dalam ucap utama semasa perasmian majlis ini beliau turut menyeru  agar penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sentiasa menambah ilmu baru mengenai penjagaan anak-anak kelainan upaya bagi membantu mereka memajukan serta menyerlahkan lagi potensi diri. Beliau turut menekankan bahawa golongan istimewa itu amat memerlukan bantuan daripada penyelia untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih sempurna menuju ke arah tahap yang lebih baik.

Sejumlah 101 penyelia dari 508 Pusat PDK menerima Sijil Kemahiran Tahap Tiga pada majlis konvokesyen itu yang dianjurkan oleh Semai Bakti sempena Sambutan 10 Tahun Program Semai Bakti yang telah disampaikan oleh YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Di Pertua BAKTI. Dalam majlis yang sama juga beliau turut menyampaikan anugerah khas kepada GWGF kerana telah bersama-sama pada peringkat awal dalam membangunkan dan mengembling idea mengenai penubuhan PDK ini. Anugerah Khas ini diterima oleh YBhg. Tuan Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF bagi mewakili pihak pengurusan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi GWGF Mohd Ismail Masri, anugerah ini yang diterima adalah sebagai pemangkin semangat buat GWGF untuk mengerakan lagi program berbentuk khidmat masyarakat kepada OKU yang terdapat di 34 buah pusat PDK di seluruh tanah rancangan FELDA. Tambah beliau lagi, GWGF menyokong sepenuhnya usaha yang akan dilakukan oleh YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI dalam membantu orang kelainan upaya (OKU) ini adalah amat dipuji dan wajar dijadikan contoh tauladan kepada masyarakat luar dan beliau juga turut berpandangan kecacatan seseorang tidak seharusnya dilihat sebagai satu beban, malah ia juga bukan penghalang untuk mereka maju dan bergerak sama dalam membangunkan sesebuah negara.

Dalam majlis tersebut juga, YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor turut melancarkan buku terbitan Semai Bakti bertajuk 'OKU Dari Perspektif Islam', yang menjelaskan kedudukan istimewa golongan itu dalam masyarakat dengan status dan hak sama dengan masyarakat normal yang lain.

MOHD ISMAIL BIN MASRI
Ketua Pegawai Operasi GWGF


Untuk makluman lanjut, sila hubungi Muhammad Hafiz Haji Bahari, Pegawai Perhubungan Korporat GWGF di talian 014 638 4475
































Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN