Majlis Perasmian Majid Bandar Puncak Alam

Catatan Bergambar :

Puncak Alam, 10 Julai 2015 ; Majlis Penyerahan Masjid Bandar Puncak Alam kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan yang disaksikan oleh YAB Menteri Besar dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat negeri Selangor.

Masjid Bandar Puncak Alam ini  telah diwakafkan kepada MAIS melalui penyerahan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor. Pada majlis ini juga DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin dan Saudara baru.

Masjid yang dibina dengan bercirikan ukiran dari timur tengah ini boleh memuatkan 5000 orang jemaah pada satu masa. Masjid yang menelan kos RM 30 juta termasuk kos pembinaan serta keunikan seni ukiran Islam ini telah dibuat dan dicadangkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Beliau merupakan Presiden GWGF, anak jati FELDA Gedangsa, Hulu Selangor dan juga seorang Generasi FELDA yang berjaya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg Tan Sri Rozali Ismail. Semoga Allah merahmati dan membalas jasa YBhg. Tan Sri Rozali dan seluruh keluarga beliau.








Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN