GWGF KOMITED BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

    
   
GWGF KOMITED BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Shah Alam, 30 Julai 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia (GWGF) adalah sebuah badan NGO yang menggabungkan anak-anak Generasi Baru FELDA dan bersama 14 persatuan gabungan yang melibatkan lebih 500,000 ahli daripada generasi FELDA seluruh Malaysia menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengambil tindakan yang amat sesuai dalam merombak kepimpinan negara. Rombakan kabinet yang telah dilaksanakan baru-baru ini adalah satu langkah yang positif  bagi mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara bagi memastikan keutuhan dan kedaulatan negara ini.

Persatuan gabungan ini terdiri daripada generasi-genarasi FELDA ingin menyatakan sokongan dan sentiasa berdiri teguh dibelakang kepimpinan YAB Perdana Menteri dan barisan kabinet yang baru demi cinta dan kasih sayang kami kepada agama, bangsa dan tanah air. GWGF dan semua 13 badan gabungan yang terdiri seperti berikut ;

1.    Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
2.    Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
3.    Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
4.    Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia
5.    Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
6.    Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
7.    Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
8.    Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
9.    Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
10. Kelab Storm Rider GWGF
11. Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia
12. Kelab Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
13. Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia

GWGF juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru. GWGF menaruh sepenuh kepercayaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri untuk bersama mengembling tenaga bersama YAB Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dihormati. Sehubungan itu juga, GWGF juga menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri baru-baru ini.

GWGF yakin dengan barisan kabinet yang baru ini akan dapat menepis segala tuduhan tidak berasas oleh pihak-pihak yang cuba merosakkan keamanan, kekuatan dan kestabilan politik negara.

GWGF juga meminta pihak yang sering membuat tohmahan supaya berhenti melakukan kerja sia-sia ini dan sama-sama membantu negara dan bukannya menghancurkan negara. GWGF berharap dengan barisan kabinet yang mantap ini, negara dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri akan terus maju dan seterusnya Malaysia akan terus disegani dunia.

GWGF komited dan akan sentiasa bersama YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi memastikan kepentingan generasi FELDA secara keseluruhannya terpelihara.

Datuk Haji Abdullah bin Abu Bakar
Timbalan Presiden,

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN