jom kenali Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK)


MAKLUMAT AM :
Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 21hb November 2010 oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan merupakan satu saluran alternatif baru kepada warga FELDA untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan yang dihadapi. BAPAK merupakan satu biro perantara dimana masalah dan aduan yang disampaikan oleh warga FELDA akan di salurkan kepada pihak yang berkenaan. Berpegang kepada slogan “Masalah anda, Masalah kami”, BAPAK berharap ianya dapat memberi faedah kepada semua warga FELDA terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkit oleh warga FELDA.

VISI
Peneraju utama penyelesaian masalah warga FELDA

MISI 
Menjadikan Biro Aduan GWGF sebagai tempat aduan utama berkaitan masalah rancangan tanah FELDA dan generasi baru FELDA.


OBJEKTIF
·      Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan.
·      Untuk mendapat maklum balas warga FELDA bagi menjayakan pembangunan di dalam tanah rancangan FELDA.
·      Untuk menyelia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada warga FELDA.
·      Untuk memberi khidmat nasihat kepada pengadu dan agensi berkaitan dan meningkatkan sistem pengurusan aduan.

JAWATANKUASA BERSAMA GWGF-BAPAK 
Pegawai daripada FELDA       : 5 orang
Pegawai daripada GWGF       : 5 orang

SALURAN ADUAN
·      Talian Bebas Tol : 1-800-88-4943 (8.00 PAGI HINGGA 6.30 PETANG)
·      SMS : 019- 389 4943
·      Faks : 03-5518 0996
·      E-mel : aduan@gwgf.org.my
·      Surat & Borang Aduan
·      Portal : www.gwgf.org.my/aduan
·      Sukarelawan GWGF di 317 buah Tanah Rancangan FELDA


Related Posts
Previous
« Prev Post

6 comments

13 October 2011 at 08:28

SHAH ALAM: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) harap peruntukan RM400 juta diumumkan dalam Bajet 2012 bagi meningkatkan infrastruktur bekalan air di beberapa kawasan Felda terpilih mampu atasi masalah peneroka.

Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, gabungan itu juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan pusat kerana menyediakan peruntukan dana bagi menyelesaikan masalah itu.

"GWGF sentiasa memantau bekalan air di Felda melalui Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak), "katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozali juga berharap projek menaik taraf bekalan air diberikan kepada generasi baru yang berkelayakan dan berkemahiran dalam skim Felda.

GWGF adalah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai kira-kira 80,000 ahli yang terdiri daripada generasi baru Felda - siasah.com.my

Reply
avatar
18 October 2011 at 16:17

Sukarelawan GWGF IJOK,TROLAK,tidak befungsi sama sekali bermaksud tidak peka dan mengambil berat langsung dalam kemelut pengurusan Felda Ijok dan penindasan dan putar belit Pengurus Felda dan ketua Peneroka itu sendiri. Penindasan hak dan korupsi seperti Pengurusan Masjid As-Syukriah,JKKR dan sekolah Agama Rakyat Felda Ijok.

Reply
avatar
18 October 2011 at 17:22

Assalamualaikum;
Felda Ijok dlam wilayah Trolak. Adalah Felda yang pertama di Perak dan "Top Three" seluruh Malaysia. Amat malang sekali Felda IJOK ini seakan terkena sumpahan sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Ini semuanya berpunca dari Ketua Peneroka yang menjawat jawatan ini sejak zaman Perdana Menteri Tun Mahathir mohamad lagi.
Sekilas pandangan dalam arus permodenan dan pembangunan Felda amnya sepatutnya perkara ini tidak boleh terjadi sama sekali.
Oleh kerana kerakusan dan gila kuasa untuk mendapat kemewahan dan kesenangan hidup serta dipuji serta mendapat sanjungan dari pihak Pengurusan Atasan Felda samada di Wilayah,Peringkat Zon dan pihak Pentadbiran Pusat.
Sedangkan masyarakat Felda Ijok samada generasi Baru dan Peneroka amat tertekan dan berada dalam ketidakpuasan hati masing-masing.
Tan Sri Isa Samad pernah berkata dalam satu sms bila pihak kami menceritakan masalah pihak peneroka , beliau pernah berkata"selagi ada tangan-tangan besi di Felda ijok ini..Selagi itulah permasalahan ini berlarutan."
Kami amat buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Berbagai bagai cara pihak generasi Baru Felda Ijok cuba untuk mengemukakan politik kotor beliau dan salah guna kuasa beliau.
Jadi pihak Generasi Baru Felda Ijok yng hanya baru-baru ini saja dapat maklumat GWGF dari anak-anak peneroka yang bermastautin di luar untuk berhubung dengan GWGF ini.
Pihak kami amat berharap kemelut dan permainan kotor untuk kepentingan individu 'orang besar' Felda ijok ini dapat perhatian terutamanya dari pihak BAPAK,Seketeriat GWGF,Pengerusi GWGF dan Perdana Menteri sendiri.
Kememelut Felda Ijok ini juga telah sampai kepada ADUN Larut dan AP Larut, tapi ini bukan bidang kuasa mereka kerana ini didukungi oleh pihak Felda sendiri.
Akhir sekali pada pihak-pihak yang berkeperihatinan dengan masalah pihak kami, tolong dan bantu lah kami secepat mungkin.
Untuk kerajaan Malaysia dan kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang.
DUN Larut, BN hanya menang 66 undi.. 66 undi itu datang dari peti undi Felda Ijok itu sendiri..
Tolonglah beri bantuan kepada kami secepat mungkin...

Reply
avatar
10 December 2011 at 20:21

PESAN UNTUK PENEROKA
BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI
HUTANG DIBAYAR HINGGA SELESAI-PERLU DIJAGA JANGAN TERGADAI


http://apofelda.blogspot.com
apofelda@yahoo.com

Reply
avatar
29 December 2012 at 17:05

as salam.. mohon dapat naiktaraf jalan ladang jengka 14. Jalan ladang J14 masih lagi jln tanah merah yang kadangkala ditabur batuan simen pecah/batuan tetapi masalah jalan yang lecah, air bertakung, berlumpur dan berselut masih tidak ditangani. Seringkali peneroka terjatuh dan lori tersekat di lumpur jalan disebabkan jalan yg licin. Mohon felda menaiktaraf jalan ladang Jengka 14.

Reply
avatar
24 January 2017 at 18:14

kecewa dengan pengurusan di pejabat felda sungai tiang pendang kedah...tak de hati perut utk warga felda....

Reply
avatar

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN