BAPAK SELESAIKAN 3,175 MASALAH PENEROKA FELDA


Dengan berpandukan visi untuk menjadi “peneraju utama penyelesaian masalah warga FELDA”, pada hari ini dapat dilihat bahawa Biro Aduan peneroka Kebangsaan (BAPAK) sudah menjadi pilihan warga FELDA dalam menyalurkan aduan dan masalah yang mereka alami di tanah-tanah rancangan FELDA.

Sepanjang 10 bulan ditubuhkan sejak November 2010, sebanyak 3,816 buah kes telah diterima oleh BAPAK mengenai pelbagai aduan seperti aduan mengenai pinjaman pembesaran rumah, KPF, rumah generasi kedua, infrastruktur FELDA, dan lain-lain termasuk aduan mengenai jabatan-jabatan luar dan BAPAK telah berjaya menyelesaikan sebanyak 3,175 kes iaitu kira-kira 84% daripada jumlah keseluruhan aduan.

Antara aduan yang telah berjaya diselesaikan setelah diadukan kepada BAPAK ialah 13 aduan daripada peneroka FELDA Tersang 1 mengenai pinjaman perumahan dan ianya telah selesai pada 02 Julai 2011 yang lalu. Selain itu, BAPAK juga telah menyelesaikan beberapa aduan lain seperti aduan rumah terbakar di FELDA Jengka 9, Pahang dan aduan mengenai malapetaka banjir yang telah memusnahkan kenderaan sukarelawan GWGF. BAPAK telah menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa kebakaran iaitu Puan Fazlinawati binti Junait dan sukarelawan GWGF tersebut iaitu En. Ariff Muslizam Jamalludin dari FELDA Semenchu, Johor. Di antara aduan-aduan lain yang telah diselesaikan oleh BAPAK ialah aduan mengenai tanah runtuh dirumah peneroka FELDA Mempaga 2, En. Mat Saat Ahmad dan aduan bagi membantu pembiayaan yuran pengajian tahfiz adik Mohd Syahid Zainuddin dari FELDA Kemasul.


Meskipun terdapat sesetengah pihak yang masih tidak memahami objektif penubuhan biro ini dan terdapat juga pihak tertentu yang cuba mempergunakan biro aduan ini, BAPAK masih lagi utuh berpegang kepada objektif penubuhan biro ini iaitu untuk bersama-sama pihak FELDA serta membantu mereka dalam mengesan dan mengumpulkan maklumat mengenai aduan serta masalah yang dialami oleh warga FELDA dalam usaha untuk memastikan warga FELDA hidup di tanah rancangan dengan keadaan selesa dan mendapat kemudahan yang sewajarnya.

Dengan kejayaan yang diperolehi oleh Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) ini pada hari ini, pihak GWGF berharap agar semua warga FELDA dapat menggunakan kewujudan biro ini sebaik mungkin kerana aduan dan masalah mereka pasti dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik jika ianya disalurkan ke saluran aduan yang betul.

Warga FELDA yang ingin membuat aduan bolehlah menghubungi talian bebas tol BAPAK : 1-800-88-4943, sms ke 019-3894943, faks ke 03-5518 0996, facebook, aduan secara online di laman web GWGF www.gwgf.org.my , melalui email iaitu aduan@gwgf.org.my , melalui surat dan borang aduan serta melalui 317 orang sukarelawan GWGF di seluruh Malaysia.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN